PENANGAN KASUT BOLA

Assalamualaikum dan Selamat bercuti semua.. 
Apa plan you all hari ini? Mesti pi jalan-jalan, cuci mata, makan-makan dan menghabiskan masa bersama keluarga..Walau apa sahaja yang anda lakukan saya doakan agar anda dilindungiNya selalu..

Kalau ada anak setiap ibubapa pasti akan penuhi setiap kemahuan mereka mengikut kemampuan masing-masing.. Saya pun sama.. Al-kisah berbulan lalu anak bujang sorang ni sibuk kata nak main bola memandangkan ada pemilihan pasukan bola sepak sekolah.. So saya ikutkan minat dia mana tahu dia cenderung dalam bidang sukan dan ada bakat terpendam.. Jadi saya gigih membeli segala persiapan termasuk kasut dan jersey tanda memberi sokongan. Maklumlah kalau bab anak biasa mak-mak ni over sikit, heheheh

Kasut bola sepak
Kasut bola
Pemilihan telah pun diadakan tapi dia tak terpilih, it's okay janji menang gaya.. opss! Adatlah tak terpilih saya tahu di mana kelemahannya. Dia langsung tak pernah main bola selain di sekolah. Dari awal lagi saya kata kalau tak terpilih jangan putus asa.. Saya ada janji padanya andai keputusan peperiksaan dia baik, saya akan masukkan dia ke akademi bola sepak S2FC yang dinaungi oleh Aidil Zafuan dan Aidil Zaquan supaya mendapat latihan dan pendedahan sewajarnya.


Tiba-tiba Jumaat lalu, lepas balik sekolah terus mengadu sakit lengan.. Saya pun periksa lengan dia, alangkah terkejut tak tahu nak kata lengan dia bengkak dan nampak bengkok.. Panik sungguh terus bawa dia x-ray di hospital Columbia Asia. Rupanya di sekolah masa kegiatan kokorikulum dia ada main bola dan kena tackle dengan kawan, jatuh sampai jadi begitu.. Dari pagi menahan sakit sampai bengkak baru beritahu saya.. Katanya tak mahu susahkan mama tengah kerja.. I'm so touched!

Maka beranduh la dia untuk tempoh 2 minggu atas arahan doktor..

Tangan beranduh
Tangan beranduh
Apa perasaan saya? Tak tahu nak kata apa tapi tetap bersyukur sebab takde perkara major berlaku seperti tulang retak atau patah riuk. Doktor kata cuma otot koyak sebab itu bengkak.. Doktor beri ubat sapu untuk melegakan rasa bengkak.

Oleh kerana tuan punya badan kata serik main bola, maka hasrat untuk daftar ke akademi bola sepak terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.. Mungkin keinginan main bola sepak timbul kemudian hari manalah tahu kannn... Sebagai ibu saya sentiasa menyokong minatnya asalkan baik bagi kedua-dua pihak..

Hari ni pula baru jap tadi balik dari klinik bila muntah non-stop sejak breakfast pagi ini. Tambahan pula batuk dan selesema tak baik lagi sejak minggu lepas. Semoga anakku cepat sembuh..

Itu sahaja perkongsian saya kali ini..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


24 Comments:

ooh boy get well soon.. tapi itula adat adat bersukan. kalau da minat tu kadang2 tak serik. ingat muka lebam2 dulu main netball. gigi pun penah patah tapi jenis bebai.. da ok pi main balik. tapi xpeee.. kasi sihat dulu nanti kalo nak main lagi boleh main..

Terima kasih Siti.. Hebatlah Siti, tahan lasak.. Sis jenis tak aktif memang ngeri bila melibatkan luka-luka dan patah riuk.. Kalau jiwa kental memang tak serik kann tapi bila minat tak boleh kata apa..

semoga anak bujang LZ cpt sembuh... btl tu LZ klu anak minat harus la kita sbg mak support... tak pe itu may be permulaan tuk langkah kejayaan...

huhu, anak ni mane la kita tak risau, kan? sikit ke banyak ke yg kena tetap risau. hanya doa dapat mengiringi. semoga cepat sembuh.

Terima kasih Sheila, in shaa Allah harap begitulah hendaknya..

gws! aduh sha yang baca yang rasa sakit :3

Terima kasih Mek, Allah sahaja tahu kan Mek camne risau kita bila anak sakit atau ditimpa kejadian begini..

Samalh Sha, mama dia pun rasa gerun nak tengok perkembangan lengan dia yang bengkak.. Hati tisulah sis ni Sha..

Allahu...kita mak2 mmg ckp risau dgn anak.saya pn sapn sama juga

Itulah perasaan kita sebagai ibu kann AA..
Hanya doa yang terbaik untuk anak-anak semua..

Mudah2an si boy cepat sembuh dan tak serik main bola.

semoga cepat sembuh dik..one day nanti mesti dia main bola semula..cuma kene rajin ajk dia main je :D

klau main bola mmg gitu la jadinya..xboleh nak elak lagipun boy kan..diaorg selagi tak sakit teruk mmg takkan bgth

hopefully anak bujang tu cepat sembuh dan jgn jadikan kecederaan tu sebagai penghalang untuk masuk akademi bola sepak. nnt boleh main dgn JDT dan dapat gaji besar...ehhh

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Terima kasih Pakcik WP..

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Harap begitulah Cuya.. Itulah yang sis harapkan.. Terima kasih dear 😍

Itulah kann budak lelaki Mrs Liez, bila dah kena camni baru tahu penangannya..

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Terima kasih kak 😍

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Hehehehe Terima kasih ewanthology.. betul2 membakar semangat..

semoga cepat sembuh dan menjadi pemain yg berbakat satu hari nanti :)

Aminnnn..
Terima Kasih atas doa ejulz..

xpe lz, ia boleh ditangguhkan.
kasut tu sbg peransang. cantik dah tu nak join kelab pemain jdt tu.
Izzat, akan dtg aida nak dia masuk kelab bola jugak. selain dari taekwondo & swimming.
dia boy. nak dia ke depan skit lah kan.
kakak-kakak nyer tak aktif pun. gitu gitu ajer.

Yer betul kata Aida, boy memang suka aktiviti lasak.. Arief ada masuk taekwondo tapi setakat tali pinggang oren, sekarang dia nak focus football tapi tak pasti bila mood dia sampai lepas tangan injured.. Saya bagi sokongan jer 😊

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More