Sunday, September 09, 2018

RESEPI : SAMBUTAN KIMCHI MENGGALAKKAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda hari ini..

Sejak akhir bulan Ogos 2018 lalu hingga masuk bulan September banyak cuti-cuti Malaysia iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidiladha disusuli pula sambutan Hari Merdeka ke-61 dan seterusnya sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Agong and so on.. Cuti lepas saya penuhi dengan gardening dan memenuhi pesanan kimchi dari kawan-kawan.. Kebetulan lama tak buat kimchi, teragak nak makan so buat extra.. 

Memandangkan saya belum cerita tentang kimchi dalam blog ini, so saya selit sekali resepi untuk rujukan.. Manalah tahu ada antara pembaca yang berminat dan ingin cuba buat sendiri..

Resepi kimchi
Kimchi mudah dan halal

RESEPI KIMCHI  MUDAH

Bahan-bahan 
Bahan-bahan Napa cabbage (baechu) Halia Bawang putih Bawang Holland Serbuk cili kasar (chilli flakes) Sos ikan Cencaluk (menggantikan sotong basah) Daun bawang Daun kuchai (buchu) Lobak merah Lobak putih Garam kasar Tepung beras Gula perang (brown sugar) Air

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Bahan-bahan Napa cabbage (baechu) Halia Bawang putih Bawang Holland Serbuk cili kasar (chilli flakes) Sos ikan Cencaluk (menggantikan sotong basah) Daun bawang Daun kuchai (buchu) Lobak merah Lobak putih Garam kasar Tepung beras Gula perang (brown sugar) Air

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
2 biji napa cabbage (baechu)
1 inci halia
5 biji bawang putih
1/2 biji bawang holland
1 cawan serbuk cili kasar (chili flakes)
1/2 cawan sos ikan
1 sudu besar cincalok 
10 helai daun bawang
Segengam daun kuchai
1 biji lobak merah
1 biji lobak putih
2 pek kecil garam kasar
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula perang
2 cawan air

Cara-cara

1. Potong napa cabbage seperti gambar di bawah, rendam dalam air seketika kemudian basuh dan toskan. Tabur garam kasar dan gaul rata. Letak tepi, biarkan selama 2 jam. Setiap setengah jam olah kobis dari bawah ke atas dan buang lebihan air.

Kimchi mudah
Napa cabbage yang telah dicuci
2. Sementara tunggu kobis perap, buat kimchi porridge. Masukkan air ke dalam periuk, didihkan. Apabila air sudah mendidih, masukkan tepung beras dan brown sugar. Kacau atas api perlahan hingga pekat, tidak berketul dan lutsinar. Padam api dan ketepikan biar sejuk.

Napa cabbage (baechu) Halia Bawang putih Bawang Holland Serbuk cili kasar (chilli flakes) Sos ikan Cencaluk (menggantikan sotong basah) Daun bawang Daun kuchai (buchu) Lobak merah Lobak putih Garam kasar Tepung beras Gula perang (brown sugar) Air

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
 3. Kemudian, kisar halia, bawang putih dan bawang holland bersama sos ikan.

Resepi kimchi mudah
Racik lobak merah dan lobak putih
4. Racik lobak merah, lobak putih dan potong daun kucai dan daun bawang seperti gambar di atas dan di bawah ini.

Resepi kimchi mudah
Daun bawang dan daun kuchai
5. Satukan bahan-bahan yang telah dikisar bersama chili flakes, cincalok dan kimchi porridge dalam satu bekas hingga menjadi kimchi paste seperti di bawah.

Resepi kimchi mudah
Kimchi paste
6. Setelah itu, cuci kobis yang diperap hingga bersih, toskan. Kemudian masukkan kimchi paste sedikit demi sedikit gaul bersama kobis, daun bawang, daun kucai, lobak merah dan lobak putih hingga sebati.

Resepi kimchi mudah
Gaul semua bahan
7. Masukkan ke dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering.

Resepi kimchi mudah
Kimchi mudah
8. Biarkan di luar dalam suhu bilik selama 5 jam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Kimchi sedap dimakan selepas seminggu hingga 2 minggu.

TESTIMONIAL

Semalam sempat agihkan kepada office-mates yang tak pernah cuba kimchi ni.. Berikut feedback mereka :

Officemate 1

Testimonial 1

Officemate 2

Testimonials
Testimonial 2
So what's next? May be this little hobby can generate side income? I'll think about it..

Sebelum mengakhiri post ini, saya ingin pendapat pembaca mengenai kimchi.. Saya suka makan kimchi dengan nasi panas atau masukkan dalam sup fishball.. Selain itu boleh juga buat nasi goreng kimchi.. Pendek kata kimchi boleh dipelbagaikan dalam masakan kita.. Kalau ada menu lain boleh kongsi.
 Okay, jangan lupa kongsi pendapat anda di ruangan komen..

Thank you in advance..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


36 Comments:

  1. mesti sedap sbb ada cincaluk..dua2 suka..kimchi & cincaluk..pernah tgk org korea blend honey pear..tp dah ada brown sugar, ok lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak boleh diterima ramai.. Ooo Korean guna honey pear untuk rasa manis kimchi, menarik juga..

      Terima kasih kak kongsi info..

      Delete
  2. Ohh x pernah buat la sis, hii macam nak try jerr ..macam2 resepi ni, tapi ada cencaluk ni mesti lagi sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wani terror masak sis yakin mesti boleh buat..

      Delete
  3. Teringin jugak nak try makan kimchi ni.. Macam menarik je tengok org korea makan.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah ada rezeki nanti ekin dapat rasa kimchi ni..

      Delete
  4. kaella tak pernah lagi makan kimchi ni, tak pernah rasa lagi hihi nnt kena try sebab macam sedap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restaurant Korea halal spt Seoul Garden ada kimchi kaella, tempat lain sis tak pasti.. Takpe ada rezeki dapat rasa juga akhirnya nanti..

      Delete
  5. I suka kimchi. Serious ke korean letak cencaluk dalam tu? hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ ikut resepi Easy Kimchi by Maangchi via YouTube Zhi.. Maangchi letak salted squid so LZ tukar cincalok ianya optional ingredient.. Bila letak memang sedap Zhi..

      Delete
  6. Banyak juga bahannya tu.. Pandainya sis LZ buat 😍

    Psstt macam sedap je nasi goreng kimchi atau makan dengan sup. Pernah baca dekat satu buku travelog ni penulis tu cakap dia beli kimchi dan makan bersama mee segera. Sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul HH banyak bahan itu yang agak leceh.. Tapi bila siap puas hati..

      Yer HH kebanyakkan makanan seperti mee segera boleh juga makan dengan kimchi..

      Delete
  7. aduh kecur air liur! sis takbuat pos ke hahaha nak beli!

    ReplyDelete
  8. kalo ada permintaan, bole wat bisnes dpt tmbh side income...tk brp suka sgt kimchi..dlu ms holiday korea pn tk mkn sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah LZ cadang.. Bergantung kepada permintaan baru buat khas untuk business.. Oh mama tisya bukan peminat kimchi..

      Delete
  9. Sedapnya.. sis jual ke? Boleh lah Sha cuba.. Sha suka amkaan kimchi dengan maggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah cuba kimchi dan maggi.. Boleh try nanti.. in shaa Allah kalau start jual nanti LZ roger Sha..

      Delete
  10. Replies
    1. Bukan nampak sedap ejulz tapi memang sedap hehehe

      Delete
  11. AS suka kimchi. tapi suka yang baruu buat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru buat rasa bawang putih sangat AS huhuhu

      Delete
  12. Dulu pernah jugak buat kimchi... tp tak delah buh tepung jagung tu LZ. Tp masalahnya yg makan kat rumah ni hakak sorang hihi... tulah jadi mls nak buat.
    Hakak makan gitu aje mcm makan salad tu.... lauk apa yg sesuai makan dgn kimchi ek? Ikan goreng ? Ayam goreng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan sorang LZ pun tak gigih nak buat kak.. Betullah tu Kak Nom, kimchi sedap makan dengan ayam goreng, ikan goreng dan apa saja yang boleh digandingkan bersama macam sambal belacan.. Makan camtu pun sodap..

      Delete
  13. First time makan kimchi kat Seoul Garden and terus rasa eh sedap lah hehe serious memang sedap kimchi yummy 😋

    Mija

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cara dia Mija.. Siapa tak pernah makan kimchi boleh cuba kat Seoul Garden.. Kalau suka memang kena dengan anak tekak..

      Delete
  14. waaah kak.. hehe nak jugaaaak sebalang..!!! mak CT pun da pandai makan kimchi sejak balik Korea. jeruk kobes dia cakap hahah.. masa tngk org Korea masak kat utube.. diorang masukkan paste udang.. time tu trpkir.. ni kat Malaysia nk campur apa cencalok ka ? hehe tngk resepi akak aaaa sungguh cencalok =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebalang Siti? Tak cukup hehehe.. Haah kalau orang kita panggil jeruk kobis kann.. Paste udang @ sotong mentah akak tukar ke cincalok sebab lebih kurang sama fungsinya ☺️.. Thanks for your comment dear 😍

      Delete
  15. Allah..kecur ayaq liuq ni..kekeke..last mkn kimchi kt seoul garden....sama tak rasa dia kak ngn kimchi akk?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kimchi’s Seoul Garden kurang pedas Cuya, kimchi versi LZ pedas sikit tapi tak sepedas ramen.. Pedas2 manja gitu hehehe 😊

      Delete
  16. mak mertua liez mmg suka makanan korea..2x sebulan mesti mintak liez belikan stock kimchi,gochujang macam-macam lagi la..even sebelum di g bercuti ke korea,dia call liez tanya mn nak cr periuk korea tu.. liez balik ipoh, google then dpt jugak periuk tu..kimchi tu 1st time liez rasa.. sedap masam2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh advance mertua Mrs Liez suka makanan Korea.. Hebatlah gochujang tu pedas tapi sedap.. La ni LZ teringin makan rice cake tapi susah dapat.. Tak pandai buat sendiri huhuhu

      Delete
  17. pernah rasa real kimchi masa di korea. tekak tak boleh terima la rasa dia. mungkin bila dah campur versi melayu punya sedap lagiii. nak beli online takut pending lama sangat kat poslaju pula. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkan kenalan sis pun kata Korean kimchi susah nak telan lebih kurang sama macam Eecha kata..

      Itu masalah sis bila ada order online, risau rosak bila terperap lama dalam pek poslaju.

      Delete
  18. aida x pernah merasa kimchi.
    teringin!!! so far berjalan, tak dpt nak membeli kimchi.
    kalau dpt yg LZ ni, wow... amat dunia ku.
    terasa jejak ke korea kot hi hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Aida area Seremban boleh jumpa, saya bagi rasa kimchi sementara ada 😊

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!