MASIH BERULANG : PENIPUAN KAD DEBIT

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. 
Al-kisah hari ini bergegas ke bank, menyelesaikan masalah yang sama.. Kecewa, letih dan bosan asyik menguruskan perkara ini untuk kali ke-3.. Saya tak suka buat kerja remeh berulang-kali lebih-lebih lagi kecuaian bukan dari pihak saya.. Kisah mengenai Penipuan Kad Debit ini pernah saya kongsi dalam blog post sebelum ini: MANGSA PENIPUAN KAD DEBIT... 

Debit Card Fraud
Selepas kejadian ke-2, saya 'mengosongkan' akaun sebagai langkah berjaga-jaga dengan harapan tiada kali ke-3.. Namun ianya berulang untuk kali ke-3 pada 28.08.2018 lalu apabila saya menerima SMS tidak diundang ini :

SMS from Greenpeace
Dijadikan cerita pada hari berkenaan baki dalam akaun cukup untuk 'diambil' kerana adik saya baru sahaja membayar hutang ke dalam akaun tanpa pengetahuan saya.. Di bank, ulang semula proses yang sama seperti sebelum ini.. 

Debit Card Transaction Dispute Form
Mana yang silap di luar pengetahuan saya. Apa yang pasti seharusnya pihak yang berkenaan menyiasat perkara ini dan cuba banteras punca masalah, bukan membiarkan perkara ini berulang kali.. Bukan lihat dari segi amaun terlibat tetapi risiko yang dihadapi oleh account holder jika akaun mereka berjaya diceroboh.

Apabila ditanya mengapa perkara ini masih berulang? Pihak di sana mengatakan : "Saya tak boleh check sebab ianya transaksi dari luar negara". Begitu sahaja? So fragile their system jadi mudahlah si pengodam dari luar negara meneruskan aktiviti mereka..

Tindakan seterusnya, saya cadang selepas siasatan dibuat dan saya dapat kembali wang saya maka akaun ini akan ditutup dengan rasmi. Saya akan buka fresh account.. Mungkin ini sahaja solution yang saya ada..


Begitulah kehampaan saya, menghadapi masalah yang sama berulang-kali.. 
It’s never ending story..





Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


30 Comments:

bahayanya penipuan mcm ni...habis dia songlap duit kite

mmg kena berhati-hati, our hard-earned money..

sabar jelah kan, ekin yang baca ni pun rasa geramm je..

Buat rosak reputasi bank je kalau tiada tindakan dibuat.

Ya Allah, senangnya alasan bank. Atau kita yang patut bertukar bank lain je

antara perkara yg sy takuti...

p/s bla sy buka blog sis ni keluar iklan spam laa acu sis check...

Senangnya memberi alasan bank tu kan...
Lepas ni LZ closed account tu buka new account

Betul sangat kak, kena sentiasa waspada..

Zaman cyber pakcik WP, macam-macam boleh berlaku..

Itulah kann ekin, kena pulak berulang kali.. Dugaannn..

Exactly kak notie, saya tak sangka bank terkenal tak dapat tangani masalah ini..

Kita sebagai pengguna/pelanggan wajar buat pilihan, tukar bank jalan terbaik ain..

Itulah anies.. Dugaannn ku..

Oh masih ada lagi anies? LZ dah buang code spam tu.. Takpe nanti LZ usahakan..

Terima kasih beritahu 😍

Ya Mrs A, hampa dengan jawapan itu sebab bukan duit mereka.. LZ akan buat seperti yang Mrs A cadangkan itu..

Thank you..

Senangnya alasan bank.. Tak de tindakan langsung..

bahaya betul.. x dapat tukar no ac terus ke?

tukar debit card shj sudah memadai kerana caj didebit berdasarkan nombor kad debit dan kod 3 angka cvc diblkg kad. Apabila tukar kad, no kad dan kod cvc sudah bertukar tanpa perlu menukar no akaun.

lagipun proses tukar kad lebih mudah dari proses buka akaun.

Ok fine baru tahu pasal ni, bahaya betul lah.. Penat-penat menyimpan bank pulak bagi alasan gitu jerr .. Buat report tak boleh ke?

Mija

Tu la Sha, letih nak menguruskan hal begini.. Orang sana x mau ambil tindakan terpaksalah kita kerja lebih.. Bertabahlah..

Tak boleh tukar account on the spot ejulz sebab dalam siasatan Bank, andai genuine case no refund jika close account ni..

Dah tukar card masa case kedua tapi berlaku juga untuk kes ketiga ini..

That’s why Mija so frustrating.. Report polis tak berhasil sebab bukan bidangkuasa polis tp report ke Bank Negara akan dibuat selepas dapat refund untuk kes ini..

i think CIMB mmg fragile la sorry to say tho tak pernah berdepan situasi mcm ni.. ada few yang membuatkan CT rasa they are not the best bank kat Malaysia. tapi urusan transaksi laju and mudah kalo melalui CIMB sbb cepat. kalo BIMB pulak ketat sangat tapi biarla yang ketat tu..

LZ prefer Maybank dari CIMB tapi bab transaksi mudah dan cepat memang tak dinafikan.. Bila ada kes begini rasa serik dan tak percaya sangat dengan keselamatan perbankan mereka Siti..

byk dgr negatif tentang cimb.
aida ada akaun cimb. khas utk elaun.
once elaun masuk, terus aida withdraw masuk ke akaun lain.
x berani nak simpan tunai byk situ.
ni sebab baca pengalaman org kan. so far, tidak ada pengalaman sendiri lah...
moga dijauhkan la.

Itulah Aida, x syok berurusan dengan CIMB lagi bila ada kes2 begini 😔

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More