Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.. 
Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa berkunjung di blog ini.. Kali ini saya ingin berkongsi tentang ilusi optik iaitu kehebatan otak manusia berfikir dan menzahirkan maklumat yang diterima berdasarkan penglihatan.

Berdasarkan maklumat yang pernah saya baca, ilusi optik berlaku apabila objek yang kita lihat berbeza dari keadaan sebenarnya. Ilusi optik terjadi disebabkan otak kita tidak dapat mentafsir dengan tepat objek yang dilihat oleh mata kerana gangguan keadaan di sekitar objek. Bintik buta tidak mempunyai sebarang reseptor yang peka terhadap cahaya. Hal ini menyababkan imej yang jatuh pada bintik buta tidak dapat dilihat. 

Berikut adalah contoh ilusi optik :

Ilusi Optik
Gambar ini sebenarnya statik, tidak bergerak namun jika dilihat ianya seolah-olah bergerak-gerak. Sekiranya anda focus pada satu titik, kawasan yang diperhatikan tidak bergerak tetapi sekitar kawasan lain tetap bergerak-gerak. Ini merupakan rangsangan otak dan tafsirannya hasil dari penglihatan kita.. 

Ada sebahagian pendapat pula mengatakan effect gerakan cepat menandakan orang itu stress dan sebaliknya.. Namun tiada sebarang pengesahan dibuat oleh mana-mana pakar dalam bidang berubatan berkaitan perkara ini. Kesimpulan saya : sesungguhnya semua itu kuasa Allah..



Sekian sahaja perkongsian saya kali ini
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Wasalam..
Byeee..


Regards,