BERGAYA DENGAN EJ STYLE | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Nak tanya ni.. Setakat mana persiapan Hari Raya you all? Kalau tanya saya, jawapan saya boleh dikatakan 70% ready manakala balance 30% tak pasti mana belum complete lagi.. Maklumlah kita ni selagi Hari Raya belum tiba, selagi itu masih terasa belum cukup persediaan, betul tak? hehehe
Since last week, saya sibuk buat persiapan terakhir antaranya cari baju raya untuk keluarga, mak abah dan adik bongsu termasuk beberapa helai pakaian persalinan sendiri. Jadi minggu lepas saya ambil kesempatan shopping last minute di butik EJ Style cawangan Seremban 2. Butik EJ Style ni baru sahaja dibuka tahun ini.
Oh ya, ini bukan iklan berbayar tau tetapi saya dengan sukarela mempromosi Butik EJ Style kerana saya suka koleksi dari butik ini.
Oh ya, ini bukan iklan berbayar tau tetapi saya dengan sukarela mempromosi Butik EJ Style kerana saya suka koleksi dari butik ini.
Untuk pengetahuan ini baju raya saya tahun lepas dari koleksi Alraandecy Adeela by EJ Style . Saya beli di cawangan Bangi :
Alraandecy Adeela by EJ Style |
Mengapa saya pilih butik EJ Style?
Saya jenis malas cari pakaian sana sini.. Kalau ada satu tempat serasi dengan citarasa saya memang saya terus jadi pelanggan setia. Samalah juga dengan butik EJ Style ni.. Saya dah biasa jadi malas cari tempat lain.
Saiz
Saya selesa dengan jubah butik EJ Style ni dan paling penting saiz saya ada di butik ini dan terbukti selesa.
Harga mampu milik
Pakaian yang terdapat di butik EJ Style kebanyakkannya jubah wanita dan kurta untuk lelaki. Harga yang ditawarkan dari RM73.00 beberapa sen sehelai. Sudah tentu mampu milik dan sesuai untuk pakaian persalinan.
Lokasi
Sejak butik ini dibuka di Seremban 2 saya tak perlu bersusah payah ke cawangan EJ Style di Bangi atau TTDI Grove Kajang seperti sebelum ini. Jika ada koleksi baru yang tidak terdapat di cawangan Seremban 2, saya boleh beli melalui online.
Puas membelek inilah hasilnya..
Saya beli sehelai jubah dari koleksi Al Safeera :
Al Safeera by EJ Style |
... dan sehelai jubah dari koleksi Awinna :
Awinna by EJ Style |
Allexis Printed by EJ Style |
Tahun ini sambutan koleksi raya EJ Style sangat laku keras termasuk koleksi Arianna Floral ini. Jadi tak hairanlah kalau saya akan bertembung dengan sesiapa yang memakai baju sama nanti, hehehe. Saya ni jenis tak kisah sebab saya terima kenyataan, ini bukan custom made kannn..
Arianna Floral by EJ Style |
Jadi sesiapa yang ingin mengunjungi butik EJ Style cawangan Seremban 2 boleh singgah :
Berikut pula alamat butik EJ Style cawangan Seremban 2 :
EJ Style
Cawangan Seremban 2
website : ej style
Sekian sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
*Gambar-gambar tanpa watermark diambil dari FB EJ Style. Harap maklum.
Regards,
19 Comments:
Lea ada borong baju EJ 2 helai... Ada diskaun baru ni..
Samalah kita Lea..
Grab sementara ada diskaun..
At least dapat jimat sikit compare to harga asal.. 😊
Meriah berbelanja nampaknya.
Selamat Hari Raya.
Belanja mana yang perlu pakcik WP.. Takde la shopping sakan, hehehe 😁
semua cantik2, rambang mata nk memilih
Betul tu Zie, selalu jadi camtu.. Tak tahu pilih mana satu. Design semua cantik, hehehe
memang cantik.ala, jubah kalau sama tak obvious, lainlah kalau baju kurug.belum ada baju raya lagi.esok baru nak cari.hehe
Terima kasih Sal sedap sikit hati Sal kata camtu 😊
Cepat-cepat shopping raya Sal..
Sementara peluang masih ada..
cantiknyer jubah Awinna dgn Alexiss tu..patut la anak dara nk sgt ke Bangi...Bangi Gateway ke? dan harga pun berpatutan tu
Cantik with affordable price kann Kak Fuzy.
Bukan di Bangi Gateway Kak tapi di 23-G-01, Jalan PB2, Bandar Baru Bangi..
Cepat Kak sementara stock masih ada, hihihi.. 😁
cantik la.. nak try g sana la petang ni
Silakan Cik Tie..
Working days tak ramai orang kot 😊..
Cantiklah jubahnya terutama warna merah 😍
Menyerlah warna dia kannn Siqah, cantik.. 😊
Arianna Floral tu cantik 😱😍
Samalah taste kita NA 😍
Baju kawen blogger Fatin Liyana tu dari EJ style juga? Kalau x silap la 😂
Oic, nanti sis blogwalking blog Fatin Liyana untuk pengesahan.. Nak tahu juga.. 😊
CANTIK LAH
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!