23 TIPS SEBELUM BALIK KAMPUNG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu. Bahang ketibaan Syawal kian terasa.. Saya yakin you all sudah membuat persiapan Hari Raya walaupun tak sepenuhnya, malah ada juga yang sudah tiba di kampung memandangkan cuti sekolah sudah bermula di beberapa negeri sejak semalam. Di media sosial dan media elektronik pula sudah sibuk mengatakan tentang jalan jem luar biasa di sana sini..
Sejak Isnin lepas juga, posting tentang *Pesanan khidmat masyarakat balik kampung* melintas di newsfeed Facebook saya.. Setelah diteliti memang ada baiknya untuk saya kongsi di sini sebagai peringatan dan panduan kepada semua pembaca yang akan pulang ke kampung.
Sebelum meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa panjang, elok periksa setiap satu perkara berikut bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung selesa:
1. Cabut semua suis kat dinding except fridge.
2. Buang sampah.
3. Jangan biar baju tersidai di luar.
4. Double triple check kipas & lampu.
5. Kosongkan sinki.
6. Bawak toiletteries.
7. Pasang butang baju Melayu.
8. Pin brooch di beg.
9. Sampin
10. Charger phone.
11. Duit & sampul raya yang telah diisi.
12. Loading semua barang-barang untuk dibawa ke kampung lebih awal, jangan tergesa-gesa / last minute.
13. Sebelum keluar baca Al-Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.
13. Sebelum keluar baca Al-Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.
14. Niat nak buat solat Jamak dan Qasar.
15. Jangan kelam kabut atau marah-marah, jangan pula terlalu gembira hingga lupa diri.
16. Berlapang dada dan solat / baca doa musafir.
17. Tinggalkan rumah dengan tawakkal kepada Allah untuk menjaganya.
18. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jangan sampai tertinggal isteri/suami, hehehe
19. Top up Touch n Go kerana laluan tambah nilai sudah ditutup. Bawak Smart Tag jika ada.
20. Sentiasa kira cukup bilangan anak / jumlah penumpang, terutama selepas berhenti di RnR.
21. Jangan lupa wallet, IC, driving licence.
22. Bawa buah tangan untuk ibu bapa di kampung.
23. Doakan semoga dipertemukan Ramadhan lagi tahun akan datang.
Untuk pengetahuan, saya akan pulang ke kampung pada pagi Hari Raya pertama. Saya balik kampung di Jalan Bakri, Muar Johor. Jadi dikesempatan ini saya ingin mengucapkan, Selamat pulang ke kampung! Jaga diri dan berhati-hati semasa berada di jalanraya. Pesan kepada driver, bawa kenderaan dengan sabar dan iman. Ingat orang yang tersayang.
GILIRAN ANDA
Balik raya mana tahun ni? Kongsilah di sini..
Balik raya mana tahun ni? Kongsilah di sini..
15 Comments:
Selamat hari raya juga.
Pakcik dah memang duduk kampung kelahiran
Xde istilah balik kampung.
Ingatan yang berguna kepada yang akan pulang ke kampung.
Terima kasih pakcik WP..
Maaf andai ada salah dan silap..
Selamat hari raya aidilfitri sis LZ. Maaf zahir batin.
Perkongsian yg bagus ni kak... Pape pun selamat hari raya buat kakak LZ.. :)
gosok baju awal-awal kalau boleh, kat kampung tk payah berebut sterika.teringat baca cerita lawak, ada budak ni tutup suis fridge sekali. menangis mak dia bila balik.
kalau ada alarm dan cctv jangan lupa switch on.
Aminnnn...
Selamat Hari Raya Tn. Noor Azlan sekeluarga..
Terima kasih Cik Renex..
Selamat Hari Raya Aidilfitri juga diucapkan kepada Cik Renex..
Maaf Zahir Batin..
Terima kasih Lea..
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Lea & keluarga.
Maaf Zahir Batin..
Tips yang bagus Sal.. Penting juga gosok baju awal-awal.
LZ pun amalkan sebab tak mahu tunggu turn bila nak menggosok baju kat kampung.
Aduhai, bertuah sungguh anak.. Mau busuk satu rumah bila barang dalam fridge rosak Sal..
Yup, betul juga..
Thanks Sal sudi bagi input... Really appreciate it!
Good tips. Bagus entey ni. Selamat hari raya LZ
Thanks DP..
Same goes to you. Selamat Hari Raya Aidilfitri 💕
Sekarang ni duk dengan family. Tapi kalau nak pi jauh, memang selalu amalkan antara tips di atas 😉
Kena selalu beringat NA terutama sekali bila rumah kosong, mana tahu satu hari semua ahli keluarga pergi bercuti 😊..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!