PENGGANTI SUAMI

PENGGANTI SUAMI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Semoga kalian dilindungiNya selalu.. Pssstt apa menu untuk berbuka nanti? Hurrrmm saya nak bagitau, hari ini saya order ikan talapia 3 rasa manakala sayur dan lauk masak sendiri di rumah... simple saja. Okay, kita tinggal menu berbuka..

Entry saya kali ini berunsur santai dan relax.. Tak mahu stress sangat fikir menu berbuka. Now lunch break so curi masa sikit blogging sementara tunggu pukul 2.00 petang..

Okay, I hope you will enjoy reading this entry as much as I did..

Photo credit to Google

Kisah bermula :

Di tanah perkuburan, seorang ustaz yang alim lagi warak mendekati seorang wanita jelita yang baru kematian suaminya...

Ustaz: (berbisik) "Saya turut berdukacita atas pemergian suami kamu. Semoga suami kamu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.."

Wanita: "Mudah-mudahan. Terima kasih ustaz". (Sambil teresak-esak menangis)

Ustaz: "Kamu tak boleh lama-lama hidup dalam kesedihan begini. Bolehkah saya menggantikan tempat suami kamu???"

Wanita: "Ustaz serius??!!!"

Ustaz: "Ya betul, saya serius ingin menggantikan tempat suami kamu!!"

Tiba-tiba wanita itu berkata kepada si penggali kubur..

Wanita : "Pak cik!! Tolong korek semula kubur suami saya kerana ustaz ini ingin menggantikan suami saya!!!

Ustaz: "Allah..."

Adoiiii... Tak tau apa nak kataaa.. hehehe

Begitulah cerita yang ingin disampaikan.. Just joking huh.. don't take it too seriously okay.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

21 Comments:

Hihihi...nampaknya ustaz silap percaturan..bijak si isteri..tetap memilih suaminya...mesti purple muka ustaz tu...

Hehehehe silap besar ustaz, si isteri masih setia, don't play play, hehehe

PC, LZ terbayang muka purple ustaz tu, tentu terkedu 😁

Hehe. Silap la ustaz..😁

Kannnn CR, tak tau pulak jelita tapi lurus bendul, hehehe 😁

hahaha. uztaz nak ngorat mmg tak kena masa. kan dah kena. hihi

hahaha..terus cerah mata sy cik LZ oii...hahaha

Kesian dia nadhie.. hehehehe

Saja saya ceriakan hari Kak Fuzy.. 😊

haha! Ya Allah, setianya dia pada Arwah suaminya. disuruhnya gali balik tu yang tak tahan tu..

mana nak cari pengganti suami yang menerima baik buruk kita kan? rindu dekat Arwah suami. huhuhu

Tu la pasal IQ, cian ustaz.. 😁

hahhaa.. bila baca cerita ni rasa kelakar.. seolah2 wanita tu x faham maksud ustaz tu.. Padahal ada maksud tersirat disebaliknye... Setia betul wanita tu pd suaminya..

Hahaha. Aduh kak! Lawak betul. Wanita dalam kesedihan tak boleh berfikir dengan baik. Hihi. Agaknya dia faham maksud tersirat ustaz, cuma buat2 tak faham. Hihi

Hehehe tu la Lea akak kata jelita tapi lurus bendul.. mgkn sedih sgt kot x dpt berfikir dgn rational, hehehe 😁

Hahahaha sebab itu kot Siqah.. Cian ustaz terkena 😁 baru nak usha..

haha..ala ustaz ni, kot ye pun sabar lah dulu.

Hahaha komen Sal memang win! 😁

Just for fun Tuan.. hehehe 😁

Kahkahkah! Padan muka ostat tu 😜. Dah wanita tu dalam tempoh iddah, lagi dingorat 😂

Hahahaha terus reject on the spot. Kecewa ostat 😁

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More