TIPS MEMILIH CERMIN MATA SESUAI DENGAN BENTUK MUKA

TIPS MEMILIH CERMIN MATA SESUAI DENGAN BENTUK MUKA  | Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.. Entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai tips memilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka kita. 

Jika anda seorang individu yang bercermin mata seperti saya dan sentiasa menjaga personality atau penampilan, tentu anda tidak mahu dilihat janggal atau awkward di khalayak ramai.. Jadi pemilihan cermin mata yang sesuai adalah penting untuk menunjukkan personality seseorang. Apa guna mengenakan pakaian dan aksesori mahal tetapi 'cacat' dengan gaya cermin mata yang langsung tak sesuai. On  top of that, biasanya kita memakai cermin mata untuk tempoh masa yang panjang sehingga bertahun lama.


Pengalaman saya sendiri, saya pernah lihat ada individu yang mengenakan cermin mata yang tidak sesuai dengan bentuk muka. Ini secara tidak langsung memberikan tumpuan mata yang memandang terus kepada cermin mata individu tersebut dan bukan his / her entire appearance, walaupun berpakaian cantik. Ouch! I tell you nampak seperti Betty dalam drama  "Yo Soy Betty La Fia" - sila Google kalau anda ingin mengetahui siapa gerangan nama itu.

Okay, berikut kaedah yang perlu anda lakukan:

KENALI BENTUK MUKA ANDA 

Terdapat 4 jenis bentuk muka yang utama iaitu muka segi, muka bulat, muka bujur dan muka berbentuk hati.

Bentuk muka segi (square)
Individu yang memiliki bentuk muka segi perlu memilih bingkai cermin mata yang mempunyai perincian di bahagian atas dan pastikan lebar bingkai sedikit lebih luas daripada garis rahang untuk keseimbangan. Bingkai bulat dan bujur sangat sesuai.

Bentuk muka bulat (round)
  Individu yang memiliki bentuk muka bulat perlu memilih bingkai cermin mata yang tebal sedikit dan mempunyai sudut serta pastikan bingkai bahagian bawah di atas tulang pipi.

Bentuk muka bujur (oval)
Individu yang memiliki bentuk muka bujur pula sangat sesuai memilih bingkai cermin mata besar sedikit mengikut gaya anda dan perlu bijak memilih warna yang menonjol.

Bentuk muka hati (heart)
Individu yang memiliki bentuk muka hati perlu memilih bingkai cermin lebar sedikit dan luas dari dahi serta mempunyai sedikit perincian di bahagian bawah bingkai. 



KESIMPULAN boleh rujuk seperti gambarajah berikut :

 

Selain cermin mata kanta biasa, tips ini boleh juga digunakan untuk memilih cermin mata hitam untuk disesuaikan dengan  gaya anda. 

 

Sekiranya ada ingin memilih cermin mata, saya harap anda gunakan tips ini sebagai panduan supaya sesuai dengan penampilan anda.. Jangan jadi fashion victim bila trend jadi ikutan kita pun pakai tanpa 'menyiasat' terlebih dahulu kesesuaian sesuatu fashion dengan diri dan bentuk fizikal kita.. Jangan abaikan tips penting ini..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai tips memilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka kita.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..



* photos credit to Google

Regards,

17 Comments:

Ana dr zaman belajar memang pilih cermin mata bersegi sampai skrg. Cuma beza besar atau kecik saiz cermin mata tu. Mula2 je rasa awkward.

LZ pun sama Ana, kena guna spec segi sbb muka LZ jenis bulat.. Kalau muka bulat guna spec bulat nanti jadi lebih lebar.. 😁

selalu jugak dilema nk pilih spek mcm mne

Hi Ucing singgah dari segmen mia liana (^_^).Selamat berpuasa...

Lepas ni Cikk Mimin tak perlu dilema lagi.. Saya kongsi tips ini sebagai panduan.. 😊

Terima kasih sudi singgah, Ucing Kadayan..

Selamat berpuasa diucapkan.. 😊

bentuk muke e'in oval.. hihi..

sy muka bulat tapi tak berkaca mata ;D

https://umifuzy.blogspot.my/

Cantik orang muka oval ni E'in, comel 😊

Samalah kita Kak Fuzy, LZ pun jenis muka bulat..

Alhamdulillah akak x berkaca mata, bertuah akak.. 😍

Siqah bermuka bulat =) Kalau beli cermin mata, biasanya akan bawa someone bersama. Tak percaya dengan pilihan sendiri kalau bab cermin mata. Hihi

Itu tips yang bagus jugak Siqah, at least ada org beri pendapat sama ada sesuai atau tidak spec kita pilih..

Thank you for sharing 💕

tak pernah lepas bab suaipadan ni..memang fashion victim no.1.haha.thanks share LZ

Hehehehe LZ share supaya kita tak jadi fashion victim dan tampil lebih gojes SalbiahM 😊

Thanks sudi singgah 💕

Biasanya begitulah Tuan, hehehe..

Sy rasa muka sy bulat 😌 Tapi, sy pun was2 sebenarnya. Kihkihkih

Hehehehe agak2 pun boleh NA, asal sesuai dengan muka dan tak nampak pelik okaylah tu.. 😁

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More