PERMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN | Salam Jumaat diucapkan kepada readers.. Thank you for reading my blog, I really appreciate it. Minggu ini merupakan minggu paling sukar bagi saya.. Banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan di samping keadaan huru-hara yang melanda di office terpaksa juga saya tempuhi, it's really tough! Dalam banyak-banyak urusan, satu perkara tak akan saya lupakan iaitu berurusan dengan seseorang yang mencabar kesabaran saya. Sedih dan kecewa apabila dikenang kembali.. Alhamdulillah berkat kesabaran dan dengan izin-Nya, segala kesusahan yang dihadapi dapat saya tempuhi satu-persatu.
Antara urusan yang dilalui, apabila saya berdepan dengan situasi di mana kawan sekerja mengambil kesempatan dan menganiaya saya tanpa rasa bersalah dek kerana sikapnya yang tamak dan pentingkan diri sendiri. Secara tak langsung revealed her true colors! Saya betul-betul dipergunakan. Saya akan ingat sampai bila-bila..
Apa yang membuka mata saya ialah sikap berkira dan tak boleh berlebih-kurang.. Tak sangka ada juga species ini dan lebih memalukan dia among our colleagues!.. Pada saya biarlah berlebih kurang dan percaya bahawa sesungguhnya Allah akan membalas setiap perbuatan. Tak perlulah bersungguh tuntut dari manusia hingga sanggup menimbulkan perbalahan.. Demi menuntut 'hak' palsu dan lebih teruk lagi menuduh orang lain, tak mengaku kesalahan sendiri..
Pesanan saya jangan sesekali menyusahkan orang lain. Jangan terlalu berkira untuk memudahkan urusan orang lain lebih-lebih lagi dengan keluarga, kawan-kawan dan orang susah. Andai kita menghadapi kesusahan satu hari nanti, in shaa Allah akan hadir orang yang membantu dengan izin-Nya tanpa kita jangka.. Percayalah dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Maka jangan berkira untuk berkongsi rezeki. Sanggupkah kalian melihat orang lain susah demi kesenangan diri sendiri? Tak kira siapa walaupun orang itu bukan sesiapa pada kalian.. Fikir-fikirkanlah.. In shaa Allah ada hikmah di sebalik setiap kejadian.. Syukur alhamdulillah ianya telah berlalu...
21 Comments:
Bertabahlah...Allah akan permudahkan urusan orang yang sabar.
betul tu sis... jika kita tak berkira dgn org lain menolong dgn ikhlas, InsyaaAllah Allah akan gandakan rezeki kita
Allahuakbar...semoga LZ diberi ketabahan. InsyaAllah ada hikmah dia.
Salam jumaat dan salam ramadhan LZ!
Alhamdulillah Kak Saniah, saya berjaya hadapi dugaan itu cuma hati agak terkesan dengan perbuatan dia.. 😥
Sama-sama kita pupuk sikap memudahkan urusan orang lain kannn Sheila.. Jangan berkira.
Betul apa Sheila nyatakan.. 💕
Alhamdulillah sofie, LZ berjaya hadapi dugaan itu.. macam tak sangka LZ mampu hadapi.. itulah kuasaNya..
yup.. permudahkan urusan org lain.. insyaallah Allah akan permudahkan urusan kita juga nnti.
Semoga kak LZ diberi sifat sabar dan tabah hadapi orang sebegini. Pedihnya rasa bila yang mempergunakan kita adalah rakan sekerja sendiri. Lagi pedih kalau dia adalah salah sorang daripada kawan yang rapat. Hhu.
Apa pun, betul cakap akak. Jangan berkira untuk membantu orang lain. Insyallah satu hari nanti jika kita memerlukan pertolongan, ada yang dibukakan hati untuk membantu.
Sama2 kita pegang prinsip ini Lea.. In shaa Allah dipermudahkan.. 💕
Alhamdulillah dapat kenal kawan seperti Siqah, walaupun di alam maya tapi rasa keserasian..
Betul dear, kita mudahkan urusan org lain, semoga Allah mudahkan pula urusan kita.. 💕
Betul tu. Yang penting kita tak rumitkan/sukarkan urusan orang lain.
Alhamdulillah, tahniah sis. Berjaya mendepani mereka yang mencabar ni :)
Syukur semuanya sudah berlalu Farrah MF.. Thanks for your support dear 😍
aduh...faham sangat drama tempat kerja ni.baik sangat orang ambil kesempatan. nak buat degil, ditegur bos. buat jelah apa yang mampu
Betul Sal.. Dahulukan hati dan perasaan kita 😊
In shaa Allah Tn...
Allah Maha Mengetahui.. Kena yakin rezeki kita datang dariNya.
Kita permudahkan urusan orang, Allah akan tolong kita 😊 Di mana2, memang akan wujud si selfish 😒
Setuju, tepat sekali NA 💕
setiap dugaan ada hikmah disebaliknya... Insya Allah, pasti yang lagi baik menanti
Insyaallah pasti ada hikmahnya
Aminnnn..
Moga ada hikmah atas setiap yang berlaku..
Yezzz... Sangat setuju dengan entry nie... jika kita mudah urusan orang lain... Insya allah urusan kita juga akan dipermudahkan...
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!