ACCESSORIES WANITA PELENGKAP GAYA

WOMEN'S ACCESSORIES TO COMPLETE YOUR STYLE | Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Demi mendapatkan penampilan anggun, wanita sanggup berbelanja lebih bukan hanya pada pakaian tetapi termasuk accessories. Bagi wanita, accessories fesyen seperti jam, beg tangan, tudung, barang kemas / perhiasan dan kasut adalah accessories utama.

Pemilihan accessories yang sesuai memainkan peranan penting untuk menyerlahkan lagi penampilan secara keseluruhan dan mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang wanita apabila tampil di khalayak ramai. Penampilan seseorang wanita itu lebih terserlah sekiranya wanita tersebut bijak memilih accessories untuk disuaipadan dengan pakaian yang dikenakan. Accessories yang dikenakan juga tidak semestinya dari harga yang mahal untuk kelihatan bergaya.


Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memilih jenis accessories yang sesuai dengan keperibadian dan gaya si pemakai.

Accessories wanita pelengkap gaya


Selain dari accessories utama yang disebutkan di atas, dalam entri ini saya akan berkongsi dengan pembaca mengenai accessories lain yang mampu membuatkan kita tampil bergaya  :


Kaca mata hitam 

1. Kacamata hitam - Saya pasti setiap wanita mempunyai kacamata hitam. Kacamata hitam merupakan accessories popular di kalangan wanita. Ia adalah aksesori yang mesti ada pada wanita tidak kira sama ada wanita tersebut fashionista atau sebaliknya. Selain dari melindungi pemakai dari habuk, angin, silau, panas akibat pancaran cahaya matahari, ianya juga mampu memberikan penampilan bergaya kepada wanita. 


Printed scarf

 2. Tudung / printed scarf - Tudung merupakan salah satu accessories penting bukan sekadar berfungsi menutup rambut wanita Muslim tetapi ianya perlu patuh syariah. Pemilihan corak dan warna tudung yang sesuai mampu membuatkan penampilan seseorang wanita kelihatan anggun dan bergaya. Setiap wanita bertudung perlu bijak memilih dan menggayakan tudung yang sesuai dengan pakaian. Sekiranya anda tidak bertudung, accessories  ini boleh juga digunakan sebagai scarf untuk melindungi rambut dari pancaran terik cahaya matahari, memakainya di leher dan digunakan untuk mengikat rambut. 


Perhiasan rambut


3. Perhiasan rambut / accessories rambut -  Bagi wanita yang tidak bertudung boleh menggayakan perhiasan rambut seperti pin rambut yang terdiri dari batu hiasan berwarna-warni atau hiasan bunga-bunga kecil. Accessories ini kelihatan simple namun mampu menyerlahkan penampilan anggun kepada pemakai.


Beg tangan / clutch


4. Beg tangan / clutch - Ia merupakan accessories pelengkap gaya formal semasa menghadiri makan malam dengan gaun panjang atau digayakan dengan pakaian casual seperti jeans dan baju t-shirt. Beg tangan / clutch wajar dimiliki oleh wanita  kerana accessories ini membolehkan anda membawa segala barang keperluan seperti telefon bimbit, tablet, alat solek, tisu dan barang-barang bersaiz kecil yang lain.


Barang kemas / perhiasan

 5. Barang kemas / perhiasan - Setiap wanita pasti mempunyai koleksi barang kemas / perhiasan tak kira ianya diperbuat dari emas, perak, logam atau platinum. Ia juga merupakan accessories popular di kalangan wanita.  Perhiasan tersebut seperti cincin, subang, rantai leher atau gelang. Pemilihan barang kemas / perhiasan hendaklah bersesuaian dengan pakaian yang digayakan dan wanita perlu bijak menyuaipadan accessories ini. Barang kemas / perhiasan perlulah digayakan dengan ringkas dan tidak sarat.


Tali pinggang

6. Tali pinggang - Accessories ini tidak boleh dipandang remeh kerana pemakaian tali pinggang yang sesuai mampu menjadikan seseorang wanita tampil bergaya dan kelihatan glamour. Tali pinggang jenis halus dan berwarna contrast boleh digayakan dengan palazzo, skirt mahupun gaun panjang selain jeans.


Cell-phone casing

7. Cell-phone cases - Accessories ini menjadi trend terkini apabila terdapat pelbagai jenis fesyen cell-phone cases di pasaran sekarang. Sekiranya anda bijak memilih corak dan warna cell-phone cases yang sesuai dengan penampilan anda secara tidak langsung menujukkan anda sememangnya seorang fashionista.

Selain accessories yang disenaraikan di atas, terdapat banyak jenis dan fesyen women's accessories mampu milik yang wajar dijadikan koleksi pelengkap penampilan anda agar lebih elegan dan tampil bergaya. Apa yang menarik women's accessories yang disenaraikan di atas semuanya boleh didapati di ZALORA. Dapatkan sekarang kerana koleksi women's accessories yang terdapat di ZALORA mampu mengubah penampilan anda.

Begitulah tips bergaya mudah yang ingin saya kongsi bersama.. 
 Semoga ianya dapat memberikan inspirasi kepada anda..


Regards,


28 Comments:

cantiknya cell phone cases tu...

sebab ana memang dah pakai spek xboeh nk bergaya dengan spek mata hitam dah. huhu. nk pakai lense mmg dh lama tglkan.

PC seperti Sis Ana...huhuhu...PC rabun...rapi tak apalah boleh tengok atau pilih eksesori lain...penghias rambut tu PC suka...

singgah sini lagi ..hehe

Banyaknya aksesori,hihihi. Tengok mmg rasa nak beli, tapi jarang pun keluar pakai macam2.

Betul ChemSO.. Menarik warna dia.. 💕

Setuju Tn. NA.. Beg wanita semua ada macam beg Doraemon, hehehe

Mungkin Ana kena cari accessories lain yang sesuai supaya nampak WOW, hihihi 😁

Siapa pakai spec kena cari alternative lain kannn PC..

Thanks dhia, really appreciate it 💕

Kalau Mai nak ubah penampilan dari biasa boleh cuba supaya nampak glamer 😊..

betul.. kalau miera, sunglasses la pelengkap gaya.. baru nampak ala-ala bergaya kan.

Exactly Miera, simple but elegant.. 💕

wah menarik ni.. hehe. busyra rabunn. kalau drive msti wajib pkai spek tp time mlm la

Okaylah tu Busyra, at least ada standby satu, hehehe 😁

banyak aksesori wanita ni..lepas ni nak beli rantai lah.cincin yg ada corak doreaemon pun ada kan..

Spek mata .. belum ada lagi dalam senarai eksesori .hehe

Cepat decide beli satu, berbaloi-baloi dear CCL 😍

Ada jugak Rabia.. tentu comel accessories tema Doraemon, hehehe

Semuanya ada di Zalora Siti 😉..
Berminat, boleh grab satu dua barang, hehehe..

Perhiasan dan wanita mana boleh pisah. Kalau dah nama pompuan, walau tak beli, dpt tengok pun dah happy dah

Setuju statement Mak Nom.. Tengok pun okay kannn apatah lagi dapat beli, hehehehe 😁

Suka phone cases tu.. Cantik bangat..

Nampak elegant kannn.. 😊

it's really nice and meanful. You have really helped lots of people who visit blog and provide them usefull information. See Instagram photos and videos from 'Deskgram'

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More