GIVEAWAY PERTAMA DARI BLOG IRDAGARMIN | Assalamualaikum and Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan.. Hari ini seperti hujung minggu sebelum ini adalah hari saya menyertai giveaway! Kali ini tibalah masa untuk saya sertai giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang mesra dengan nick name Irda Garmin.. Beliau menganjurkan giveaway ini sempena bulan kelahirannya. 

Jom kita baca apakah syarat-syarat penyertaan Giveaway Birthday Month by Irda Garmin :

 Giveaway Pertama Dari Blog IrdaGarmin
Klik banner untuk keterangan lanjut : Giveaway Pertama dari Blog irdagarmin

Syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog irdagarmin.
2. [Tidak dinyatakan apakah syarat nombor 2].
3. Like page [irdagarminblogspot fb page]
4. Buat 1 entri, letak banner di atas dan backlink [DI SINI]
5. Tinggalkan url entri di ruangan komen untuk irda kunjungbalas.

Semua syarat telah dipenuhi maka tiba giliran saya menjawab soalan 4 :

Secara jujurnya saya selesa membaca blog irda.. Untuk pengetahuan Irda dan pembaca semua, saya telah mengikuti blog irdagarmin sejak awal lagi.. Apabila ke blog irdagarmin, saya tak akan lepaskan peluang untuk membaca pengalaman irda dalam bidang perbankan kerana saya suka topic berkaitan kewangan. Perkongsian irda mengenai perbankan adalah melalui pengalaman irda sendiri iaitu dari perspektif individu yang pernah bekerja dalam institusi kewangan. Selain itu saya suka apabila irda berkongsi info-info menarik dan aktiviti yang dilakukan.

Dari segi teknikal (eh betul ker penggunaan ayat 'teknikal', but allow me to do so, hehehe) blog irda mesra pembaca, fast loading dan penggunaan template yang sesuai serta widgets tersusun cantik, I have no comment on that, superb!

HADIAH 

3 pemenang x sebuah buku untuk setiap seorang hasil tulisan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

TEMPOH GIVEAWAY

4 November 2017 (12 pm) hingga 4 Disember 2017 (12 am)

Akhir kata, saya ucapkan good luck kepada semua peserta giveaway ini. Kepada mereka yang belum join, mari kita sama-sama memeriahkan penyertaan Giveaway Pertama dari Blog irdagarmin! Berikan sokongan anda kepada rakan blogger kita.. yeayyyy..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,