Produktiviti Pegawai adalah teras utama bagi setiap syarikat. Walau bagaimanapun, tahap produktiviti sangat dipengaruhi oleh sikap Pegawai terhadap kewajipan kerja mereka.

Berikut merupakan kriteria-kriteria 3 Jenis Pegawai utama berdasarkan produktiviti mereka hasil kajian yang dilakukan oleh pasukan Jooble: 


1. Dia mampu mengutamakan tugasnya

Pegawai yang dapat membezakan tugas-tugas penting dengan tugas-tugas yang kurang penting biasanya adalah pegawai yang paling berjaya di pejabat. Sering kali, pegawai tersebut mempunyai jadual yang tidak pernah diganti dan yang dirancang sesuai mengikut kriteria tertentu. Mereka sentiasa berjaya dan biasanya merupakan pegawai cemerlang di syarikat kerana mereka boleh memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang paling penting. 

Mereka berpendapat bahawa perlaksanaan sesuatu tugas itu adalah yang paling penting dan bukannya cara perlaksanaan tersebut. Di samping itu, mereka tidak mempunyai masa untuk bersembang kosong di pejabat, apatah lagi mengenai hal-hal peribadi. Cuba perhatikan, e-mel yang mereka hantar juga biasanya mengandungi hanya beberapa ayat constructive dan straight to the point. 

Kriteria di pejabat:

• Berkeupayaan untuk menganalisis 
• Menyelesaikan masalah dengan tepat dan logik 
• Bekerja untuk mendapatkan keputusan 


2. Sentiasa membuat perancangan 

Seorang yang gemar merancang jarang melakukan sesuatu secara spontan terhadap perkara yang masih belum mempunyai rancangan yang tepat. Mereka biasanya cenderung berfikir dan mempertimbangkan seberapa banyak maklumat sebelum melakukan sesuatu tindakan. Selalunya, mereka terlewat untuk melaksanakan sesuatu kerana mereka terlalu teliti walaupun berkaitan perkara yang tidak perlu diambil peduli. 

Di pejabat, anda selalu dapat melihat perancang masa yang mencatat senarai tugas yang masih perlu dilaksanakan dan yang telah selesai. Berbeza dengan jenis pegawai 1, perancang selalu menghantar e-mel dengan penjelasan terperinci untuk setiap maklumat yang diberikan. 

Kriteria di pejabat:

• Berorientasikan secara praktikal
• Bijak menganalisis kekurangan rancangan atau jadual


3. Pengawal selia

Bagi yang berpengaruh mereka sangat mudah untuk mempengaruhi kejayaan pasukan serta berkomunikasi dengan rakan sekerja dengan cekap. Para Pengawal selia dapat memastikan kejayaan kumpulan serta secara sukarela mengadakan mesyuarat supaya sesuatu projek dapat dilaksanakan dengan lancar. 

Pengawal selia suka beramah-mesra dan berunding dengan rakan sekerja sehingga mereka dengan mudah dapat mencari jalan penyelesaian untuk pelbagai masalah di pejabat. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu dan menjadi orang pertama yang akan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan. 

Kriteria di pejabat: 

• Lancar berkomunikasi dalam pasukan 
• Membawa idea baru

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,