Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Semalam hari pertama saya memulakan tugas di pejabat selepas cuti sambutan Hari Natal tempoh hari.. Terasa lemau disebabkan suasana office agak sunyi kerana ramai kakitangan mengambil cuti hingga tahun 2018. Unfortunately saya tidak dapat berbuat demikian disebabkan cuti tak cukup hingga akhir tahun, bertabahlah. Namun disebabkan tugasan di pejabat bertimbun tak mengira hujung tahun jadi semangat datang dengan sendiri tanpa dipaksa..  Begitulah serba sedikit cerita memulakan minggu baharu di pejabat.. 

Entri kali ini pula saya ingin berkongsi tentang cara saya blogwalking untuk terus keep in touch dengan rakan bloggers.

 

APA ITU 'BLOG WALKING'?

Istilah 'blog walking' sudah pasti tidak asing lagi kepada otai bloggers. Kepada newbie, 'blog walking' adalah kata pinjaman dari bahasa Inggeris yang menunjukkan navigasi atau lawatan blogger lain mengunjungi blog rakan blogger yang lain.  Bahasa Melayu pula boleh saya nyatakan : mengunjungi blog lain dan meninggalkan komen di blog mereka.

TUJUAN 'BLOG WALKING'

Salah satu cara mudah untuk mempromosikan / memperkenalkan blog anda di samping meningkatkan traffic ke blog anda. Jadi tinggalkan komen di blog yang telah anda lawati. Jangan lupa letak backlink ke blog anda tapi jangan risau, selalu profile blog anda akan terus backlink ke blog anda (sila rujuk sifu blogger jika anda ingin backlink secara mesra SEO). Dari situ pemilik blog berkenaan tahu bahawa anda telah mengunjungi blog mereka dan membolehkan mereka berkunjung balas ke blog anda. Paling penting blog walking juga boleh tambah ilmu di samping tambah kenalan.. Jadi blog walking sebanyak mana yang anda mampu..

Itu serba sedikit interpretation tentang 'blog walking'..

BLOG WALKING CARA SAYA

Untuk pengetahuan pembaca, sebelum meninggalkan komen di blog anda, saya akan baca profile anda atau 'About Me' terlebih dahulu. Tujuan saya untuk mengenali siapakah penulis / pemilik blog berkenaan. Selepas membaca blog post mereka sepenuh hati (bukan sekadar buat syarat) faham isi kandung blog post yang ditulis, baru saya akan tinggalkan komen. Biasanya saya akan ulas atau komen berdasarkan post yang ditulis. Saya bukanlah pengunjung blog yang semata-mata mengejar traffic or page ranking kerana bagi saya jika mengenali pemilik blog berkenaan ianya merupakan satu bonus dan secara tak langsung akan terjalin ukhuwah antara rakan bloggers.  

Selain itu, saya lebih suka meninggalkan komen di ruangan komen setiap blog post berbanding di shout box. Ini adalah kerana bagi saya komen di shout box tiada kaitan dengan blog post berbanding di ruangan komen. Jika ingin promosi url blog anda mungkin sesuai meninggalkan jejak di shout box atau sekadar bertanya khabar.. Bagi saya komen di shout box akan berlalu pergi begitu sahaja...


Cara saya :

1. Via email inbox

Saya suka blog walking dari komen yang diterima. Setiap komen yang saya terima akan masuk ke email inbox. Dari situ saya akan melakukan blog walking supaya tidak terlepas pandang dan paling penting setiap komen dari pembaca akan dianggap priority. Jika ada antara pembaca yang meninggalkan komen tetapi masih belum menerima kunjung balas dari saya, jangan ambil hati. Mungkin saya masih belum berkesempatan dalam masa terdekat, lambat laun saya akan muncul juga ke blog anda. Jangan merajuk tau!

2. Blog Lists Rakan Bloggers

Semasa saya blog walking terdapat antara rakan bloggers meletakkan bloglists di blog mereka.. Jadi saya akan browse setiap link yang disenaraikan. Sekiranya ada antara blog yang masih unfamiliar bagi saya maka saya akan berkunjung ke blog berkenaan dan be their Followers selain tinggalkan jejak di ruangan komen di blog post mereka.. Dari situ saya akan mula mengenali pemilik blog tersebut dan mendapat rakan baharu.

3.  Komen pembaca di blog rakan bloggers

Selain kedua-dua cara di atas, semasa saya meninggalkan komen akan terdapat beberapa rakan bloggers lain yang telah terlebih dahulu meninggalkan komen di blog berkenaan. Jadi saya mengambil peluang untuk ke blog rakan bloggers tersebut.

4. Segmen & Giveaway

Blog walking saya diluaskan lagi dengan cara mengunjungi rakan-rakan blogger yang mengambil bahagian dalam segmen dan giveaway.. Saya sering mengenali rakan blogger baharu melalui cara ini..

Hurrrrmmmmm saya kira setakat itu sahaja 4 cara saya blog walking untuk keep in touch dan mengeratkan silaturahim antara rakan bloggers. Walau bagaimanapun, lain orang lain caranya.. Saya tetap hormati cara masing-masing.. Pesanan saya blog walking lah dengan sopan dan berhemah, jangan spam blog orang lain tau, tak baik buat camtu. Sila hormati pemilik blog. Saya anggap komen di blog post rakan bloggers seperti tetamu memasuki rumah orang lain, ada adab dan tertib tertentu.. Barulah rakan bloggers akan mengekalkan persahabatan yang dibina dan sering memberi kunjungan balas mereka.. Setuju? Itu sahaja...

Sekarang, sampai turn pembaca kongsi cara anda blog walking pula.. Saya sangat berbesar hati jika anda tinggalkan tips di ruangan komen di bawah.. Apa? Rahsia? Tak boleh kongsi? Iskkhhh janganlah begitu.. Jika betul rahsia itu hak masing-masing okay, saya tak paksa.. Apa pun kita still kawan, hehehe.. Siapa yang sudi sangat dialu-alukan..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian yang ingin disampaikan.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,