Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Didoakan semoga pembaca semua dilindungiNya selalu.. Hari ini viral di social media tentang Pray 4 Azizan (#prayforcikguazizan). Kisah sesorang guru yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban 2 akibat menghukum anak muridnya yang mempunyai masalah disiplin.. Mujur saya takde kes esok, kalau ada mungkin saya boleh mengikuti kes ini juga.. Saya hanya mampu berdoa semoga urusan guru berkenaan dipermudahkan dan kes ini diadili dengan sewajarnya.. Okay saya tak mahu komen mengenai kes ini memandangkan ianya masih dalam proses perundangan.

Entri kali ini ada juga kaitan dengan guru atau cikgu.. Saya sebut cikgu biar nampak old school sikit sebab cerita saya pun cerita zaman belajar.. Saya ingin berkongsi tentang pengalaman semasa belajar bila dapat Cikgu Garang.. Aduhai masih lagi segar di ingatan..

 

PENGALAMAN SAYA DISEBAT GURU

Seingat saya ketika di Tingkatan 3, guru Matematik saya seorang guru lelaki, saya beri nama Cikgu J (bukan nama sebenar) seorang yang garang. Beliau sangat tegas ketika mengajar sehingga kami takut untuk bertanyakan soalan. Bila ditanya : "Kamu semua faham?"... Sudah tentu jawapan kami : "Fahammmmmmm cikgu!!" - padahal tak faham. Jadi bila 'semua faham', beliau akan beri homework dan sebelum 7.30 pagi keesokkan harinya beliau mengingatkan ketua kelas supaya mengumpul semua buku dan mesti ada di atas mejanya di Bilik Guru. Jika salah seorang dari kami gagal untuk siapkan homework, maka sekelas akan didenda!!

Dijadikan cerita, seorang rakan sekelas kami bernama Kamarul punca segala-galanya.. Kamarul selalu tak siap homework. Maka bila subject Matematik sebelum Cikgu J memulakan kelas, semua pelajar akan berbaris untuk menerima hukuman. Cikgu J akan sebat punggung pelajar lelaki manakala pelajar perempuan disebat pada telapak tangan. Rotan dia punya tebal masih terbayang-bayang sampai sekarang. Sekali zasssss terasa tebal tapak tangan! Sakit tak boleh cerita, bengkak juga..

Itu kes pertama dan terakhir dalam hidup saya dihukum menggunakan rotan, itu pun disebabkan kesalahan orang lain.. Al-maklumlah saya ni kategori pelajar berdisiplin, hehehe.. Kini memori itu kenangan indah sepanjang hayat. Bila ingat senyum sendiri terbayang perangai budak-budak ketika itu..

Masih lagi cerita tentang Cikgu J.. Bila ujian, setiap satu kesalahan soalan Matematik Cikgu J akan mengarahkan kami buat pembetulan 1 soalan salah tulis jawapan ulang 1000 kali.. Bayangkan kalau salah 10 soalan? Huhuhuhu lebih 10 buah buku latihan diperlukan.. Buat pembetulan sampai menangis-nangis.. Airmata kering masih belum siap! huhuhuhu.. Tapi kami buat jugak sampai selesai, takut punya pasal..

Begitulah kisah Cikgu Garang saya.. 


Kalau diceritakan tentang hukuman dari Cikgu Garang, saya rasa cikgu dahulu sangat garang.. Tampar dan rotan itu sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar yang tak berdisiplin bukan setakat berdiri atas kerusi. Saya masih ingat bila saya lihat abang sendiri kena tampar di khalayak ramai semasa perhimpunan. Puncanya dia  melepak dengan kawan-kawan di koridor semasa kelas al-Quran. Bila kena denda di sekolah memang tak berani mengadu dengan mak ayah, takut kena marah.. Hahahaha padan muka siapa suruh nakal.. Kalau tak mahu kena denda, ikutlah peraturan..

Itu sahaja kisah Cikgu Garang saya.. Pembaca mesti mempunyai pengalaman masa sekolah bila berdepan dengan cikgu garang. Siapa pernah kena denda? Kalau pernah, share cerita nak tahu jugak atas kesalahan apa, hehehehe tak yah malu.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,