Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini hari pertama bagi tahun 2018.. Selamat Tahun Baru 2018 diucapkan kepada semua.. Hari ini juga adalah hari pertama persekolahan penggal pertama tahun 2018 bagi negeri dalam Kumpulan A iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu manakala Negeri Sembilan dalam Kumpulan B.
Ketika orang lain sibuk menyambut kemeriahan Tahun Baru saya di rumah membuat persediaan menyediakan segala peralatan sekolah memandangkan sesi persekolahan bermula esok. Al-maklum kerja last minute so bertabahlah. Tahun ini terdapat 2 sesi persekolahan di sekolah tempat anak saya belajar iaitu darjah 3 hingga 6 sesi pagi manakala darjah 1 dan 2 sesi petang. So far takde masalah dari segi urusan transport dan tempat transit anak, alhamdulillah.
Related : Rutin Tahunan
Related : Rutin Tahunan
Buku-buku sekolah |
(a) balut buku sekolah :(
Jahit tanda nama dan lencana uniform sekolah |
Walaupun keja yang perlu dibuat agak mudah tapi sangat leceh.. Abaikan hasil jahitan tangan ku yang kaku okay (haippp!.. jangan gelak saya tahu jahitan tak cantik..). Selepas jahit tanda nama dan lencana sekolah, uniforms perlu dicuci, selepas cuci perlu digosok.. fuhhhhh mencabar!
Persiapan sekolah penggal pertama tahun 2018 |
At last, siap semua.. Kasut hitam dan stokin telah sedia.. Semoga pagi esok berjalan lancar dan tiada drama.. Maka dengan ini diisytiharkan bahawa rutin harian saya akan berjalan seperti biasa.. No more cuti, no more relax!
Begitulah adanya.. Bagaimana pula persiapan ibu, mommy, ummi yang lain? Camne dengan persiapan sekolah anak-anak? Mencungap jugak nak start sekolah ni kannnn... Kepada adik-adik dan anak-anak yang akan start sekolah esok, selamat menempuhi alam persekolahan. Belajar bersungguh-sungguh tau!
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
I am LZ
16 Comments:
Selamat tahun baru 2018
Anak anak mrs pip pun akan memulakan sesi pra sekolah pagi ni, hope teda lah drama nanti...hehe...
Selamat tahun baru Pakcik WP..
Harap2 berjalan lancar. Semoga urusan Mrs Pip dipermudahkan, amin 💕..
selamat tahun baru.
semoga yg datang semua baik baik sahaja !
..اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Thanks Cikyan, same goes to you dear 💕
selamat tahun baru akak.. <3
Seronok tgk parents bersiap sedia untuk anak ke sekolah. Huhu. Selamat tahun baru juga kak LZ. :)
persiapan ank sekolah ..beli yg mana patut je la...selagi bole jimat kn...bab memjahit saya "kerastanga'...MIL tlg jahit kn :)
Adehhh!!! Mrs. A tahun ni belum membalut buku lagi.
Aryssa baru je dapat buku semalam Adik pulak senyap je...
Bab jahit lencana tu memang bikin stress lagi2 kalau jahit kat tudung.hohoho Tapi takpe lah,bukan buat hari2 pun ^^
Selamat Tahun Baru Busyra 💕
Seronok tapi semput GV, huhuhu
Selamat Tahun Baru GV 💕
Setuju dengan mama tisya, mana boleh jimat kita jimat. Bab jahitan tangan sis pun tak berapa terror, hehehe 😁
LZ percaya weekend ni Mrs A monitor anak2 membalut buku.. Semalam Mrs A beli banyak pembalut buku, hehehe 😁
Masa sis belajar takde jahit tanda nama & lencana ni Hana.. Sekarang jahit untuk anak, fuh mencabar tau. Mujur tak kerap. 😁
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!