Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan menjalankan aktiviti seharian. Siapa antara pembaca familiar dengan wangian jenama De'Xandra? Saya yakin tentu ramai tahu perfume De'Xandra.. Iklan De'Xandra juga ada ditayangkan di tv. Saya ada 'sejarah' dengan jenama De'Xandra.. Pengakuan ikhlas, ada kisah disebalik jenama ini.. Nak tahu apa dia? Teruskan membaca..

edp
De'Xandra Perfume
Kepada pembaca yang mengikuti blog saya sebelum ini tentu tahu saya sukaaaaaaaa sangat wangian dari wangian badan (perfume), mandian (shower foam), rumah, kereta dan sebagainya. Addicted to the max! Perangai saya bila ke shopping mall mesti tak pernah miss masuk ke kedai Lovely Lace, sasa Cosmetic atau Sephora hanya kerana wangian.

Untuk perfume kegemaran saya ada 3 wangian utama iaitu L'eau De Issey by Issey Miyake, La Vie Est Belle by Lancome dan Crystal Royal by Princesse Marina De Bourbon. I can tell you memang menusuk hidung okay, strong floral scent suka sangat!.. Untuk shower foam saya suka koleksi Enchanteur manakala wangian kereta dan rumah ikut mood, janji wangi. For me, bau wangi sangat menenangkan dan boleh mengurangkan stress.

Related post : Mencari perfume idaman.
 


SEJARAH BERKENALAN DENGAN De'Xandra Eau De Parfum

Mula-mula saya kenal De'Xandra perfume dari office mate.. Member ni dealer De'Xandra jadi bila saya tengok jenis wangian De'Xandra adalah inspirasi dari designer perfume saya mula mencebik. Bukan tak suka tapi reaksi saya bermaksud apa sahaja inspired perfume memang tak boleh percaya. Bau tak kekal lama dan tak sama dengan bauan asal. Itu persepsi saya #jangankecamsaya.

Untuk tidak menghampakan dan dengan niat support business kawan, maka saya cuba 1 jenis perfume dari brand yang selalu saya guna iaitu L'eau De Issey by Issey Miyake. Ternyata, I just love it and start using it every day.. Oleh kerana murah habis sebotol tak sampai sebulan! Benarlah orang kata, don't judge a book by its cover. Belum cuba belum tau okay..  

Sekarang jatuh cinta dan perfume ini saya guna selang-seli dengan designer perfume. Keistimewaan De'Xandra selain eau de parfum (which is long lasting) ianya boleh dibawa solat di samping harga yang berpatutan. Pada pendapat saya bau haruman De'Xandra edp (jenis perfume saya guna) much more stronger than the original designer perfume.

PRODUCT BARU De'Xandra

Moving on to the next story (dah macam story teller pulak you...), De'Xandra ada keluarkan product baru selain dari body perfume iaitu koleksi De'Xandra Air Freshener.. Sekarang dah jadi fenomena di pejabat. Ramai office mate order, saya pun tak lepaskan peluang.

Wangian De'Xandra
8 wangian De'Xandra Air Freshener with inspirational quote printed on the box
Terdapat 8 wangian utama mengikut mood (4R) iaitu :

REJUVENATE (make someone look or feel better, younger and energetic again) : Passion Fruit & Passion Fine
RELAX (make someone become less tense or anxious) : Roasted Caramel & Coffee Warm
REFRESH (give a new strength or energy to reinvigorate) : Rose Forest & Green Tea
REJOICE (feel or show great joy or delight happiness, pleasure & joy) : Vanilla Fresh & Forest Dream

KOMEN SAYA TENTANG De'Xandra AIR FRESHENER

Saya beli semua jenis air freshener ni semata-mata ingin cuba sendiri keharumannya. Antara semua 8 jenis air fresheners saya prefer Rose Forest (bau seakan perfume rumah Lovely Lace) dan Vanilla Fresh (quite strong). Memang best!

PACKAGING

The best part, packaging juga elegant dengan inspirational quote printed on the box. Selain itu eco friendly.

Wangian De'Xandra
De'Xandra Air Freshener Eco Friendly packaging
HARGA

Walaupun saya tak nafikan quality wangian De'Xandra setanding dengan designer tapi harga tak sama dengan high end perfume tau..  Begitu juga dengan air freshener ini. Anda boleh dapatkan dengan harga RM10.00 sebotol.

Sekiranya anda returned customer dapat lagi 5% discount, sangat murah dan berbaloi-baloi..

De'Xandra perfume
De'Xandra Air Freshener
RECYCLE BOX

Banyak keistimewaannya sampai kotak kosong pun boleh recycle sebagai coin box. Menarik okay. Lepas ni duit syiling dalam kereta takde alasan letak merata-rata.

Haruman De'Xandra
De'Xandra Air Freshener
No other comments! Saya anggap penjelasan saya jelas, product De'Xandra memang best!.. De'Xandra ada keistimewaan tersendiri. 

Bagaimana pula dengan pembaca? Ada tak antara pembaca dealer product De'Xandra atau pernah menggunakan wangian De'Xandra? Share pengalaman sikit.. Kepada pembaca yang masih belum pernah guna wangian De'Xandra, jangan tunggu lagi.. Sekiranya review saya ini tidak meyakinkan anda apa kata anda cuba sendiri..

MANA NAK DAPAT PRODUCT De'Xandra?

Mudah sahaja.. Products De'Xandra boleh didapati secara online iaitu  :

Instagram : @shopperholic2u
 Facebook : Butik RG



Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ