Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya dengan tergesa-gesa (imagine seperti marathon berkejar menuju ke garisan penamat) teruja untuk sertai Giveaway Souvenirs Pulau Jeju yang dianjurkan oleh blogger Siti Yang Menaip (SYM) dan blogger SalbiahM.. Al-maklum tarikh giveaway tamat pada 31 Januari 2018 nanti.. Tinggal sehari sahaja lagi..

Frankly speaking, saya baru came across giveaway ini semalam.. Itu pun secara tak sengaja terbaca dalam salah satu blog post semasa blogwalking.. Bila terpandang tempoh giveaway akan berakhir tidak lama lagi terus 'bookmarked' sebab tak mahu miss giveaway ini..

 GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM
Sila click banner di atas untuk Syarat-Syarat Penyertaan
Siapa yang ingin turut serta jangan risau, syarat-syarat penyertaan sangaaaaaaaat mudah... Saya dah penuhi setiap syarat-syarat yang dinyatakan dari 1 hingga 6.. Salah satu syarat utama, follow blog mereka. Untuk pengetahuan, saya sudah lama menjadi Follower mereka jadi ianya bukan satu syarat yang sukar untuk dipenuhi, hehehehe.. 

Selain itu, saya beriya sangat sertai giveaway ini semata-mata untuk menyokong SYM dan SalbiahM.. Mereka adalah rakan bloggers yang rajin singgah di blog saya. Di samping itu sudah tentu saya juga ingin mencuba nasib untuk menang hadiah yang ditawarkan so called ole-ole dari Korea sebab mereka baru saja pulang dari bercuti di sana. ;-)

SOUVENIRS YANG BAKAL DIBERIKAN 

Fridge magnet Pulau Jeju x 3 orang Pemenang
Keychain Khas Pulau Jeju x 5 orang Pemenang

Okay SYM dan SalbiahM, terima kasih kerana menganjurkan giveaway ini.. Kepada pembaca sekalian, masih belum terlambat untuk meriahkan lagi giveaway rakan blogger kita ini.. Jom kita marathon sama-sama kerana tarikh akhir giveaway esok iaitu pada 31 Januari 2018..Cepat-cepat...

By the way, good luck saya ucapkan kepada peserta lain..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ