WHAT YOU GIVE, YOU'LL GET BACK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pengunjung blog ini. Semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dilindungiNya selalu. Tajuk post macam tajuk lagu kumpulan rock Scorpions.. Atau mungkin dendam dengan seseorang hanya tunggu masa dan peluang untuk balas balik..
Eh dua-dua salah! Tak ada kaitan langsung okay, hehehe.. Al-kisah tentang orang buat khianat, dengki kat kita. Jadi tak perlu beriya sangat balas pengkhianatan yang dilakukan kepada kita kerana Allah SWT Maha Adil.
Dalam Islam disebut 'KIFARAH' manakala penganut Hindu menyebut 'KARMA'.
Kita hanya perlu tingkatkan kesabaran, percayalah Allah is the best of planners even the best of all planners.
Yang menyakiti akan disakiti,
Yang mengkhianati, akan dikhianati
Yang melukai, akan dilukai
Yang meninggalkan, akan ditinggalkan..
Hidup kita bukan bergantung kepada apa yang kita rancang tetapi ianya bergantung kepada apa yang Allah rancang. Kita hanya watak-watak yang 'melakonkan'. Bukan nasib tetapi perancangan yang sempurna dariNya. He knows what is the best for you and when it's best for you to have it.
Jadi andai tak mahu Kifarah buruk terjadi, berbuat baiklah.. Fikirkan apa perasaan kita andai orang lain buat apa yang kita buat kepadanya.
Sekian, perkongsian saya. Semoga ianya bermanfaat kepada pembaca semua.
Wasalam.
Regards,
24 Comments:
Orang yg hebat itu dia berbuat baik kpd orang yg brbuat baik dan jg jahat kepadanya. Tdk cuba untuk membalas dendam dan brmusuhan. :)
setuju kak.. sebab tu e'in selalu ingat, biar laa orang buat kite.. jangan balas balik! one day die mesti akan kena balik.. huhu
e'in dah follow sini.. hihi
kata pepatah ada menyebut, buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali...
Indeed Ana Fatihah..
Bukan susah pun berbuat baik kepada org lain.. ;-)
Yup exactly E'in,
Pepatah ada kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.. Berpegang kepada prinsip itu..
Thanks sudi follow blog ini.. ;-)
Tepat sekali dear anies..
Kita pegang prinsip ini sama2.. ;-)
Betul kak, biarlah orang buat jahat kat kita. Kalau kita balas dengan kejahatan juga, takda beza pun kita dengan dia. nanti dia akan dapat balasan dia juga.
Itu sudah pasti Syed kerana ada kifarah kita tak perlu beriya balas kejahatan mereka.. :-)
Kifarah :) Mek ade satu tabiat tk berapa elok. Klau time mood mek ok, mek bior je. Klau kne hangen mek pon tk ok, tkde tunggu kifarah - mek dulu yg bg pmbalasan --'
Kalau sampai buat Mek meletup mesti kes melampau-lampau atau lama terpendam..
Sabar Mek, confront dulu biar dia tahu kalau dia berada tempat kita tentu dia rasa camne perasaan itu.. ;-)
Setuju LZ tp kkdg bengang x dpt cite so terbalas jgk.hahaa..kna lebih muhasabah diri..biar org buat kite jgn kita buat org sbb Allah kn ad😊
Itu nama menguji kesabaran Mas_FVOME..😄
In shaa Allah, sabarlah selagi terdaya 😊
orang yang selalu bersabar bila dikhianati, tuhan tu pasti bagi perlindungan dan libatkan gandakan kebahagiaan. bila baca ni, rasa tenteram skit jiwa :)
Alhamdulillah Rockysweety..
Semoga bermanfaat.. :-)
Betul sgt...allah byr cash
Setuju sangat JM..
Sekarang x yah tggu lama, Allah Maha Adil..
deep and indeed so true
Yang menyakiti akan disakiti,
Yang mengkhianati, akan dikhianati
Yang melukai, akan dilukai
Yang meninggalkan, akan ditinggalkan..
Jealousy blind you to see what you have. Be thankful to Allah S.W.T.
Whenever we plan the downfall of someone, perhaps the same plan might result directly in that person actually to be raise above us.
Yup exactly, itulah kifarah Nhhas..
So true, alhamdulillah.. Syukran..
Agree with you dear..
Kadang2 susah nak bendung rasa amarah tu. Bila dah duduk sendiri baru nampak baik dan buruk sesuatu tindakan kita. Ana selalu jadi cmtu dekat anak. Lepas tu menyesal. Cepat2 peluk cium dia 😅
Memang anak selalu jadi mangsa bila marah. Lepas marah kita menyesal.. Biasa terjadi pd LZ juga Ana..😥
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!