RESEPI OAT DALAM JAR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.. Apa sarapan pagi ini? Jangan pening kepala memikirkan sarapan apa yang hendak dimakan hari ini sama ada nasi lemak, bihun goreng, nasi kerabu, nasi dagang atau kuih-muih manis.
No.. no.. no.. sesekali apa kata kita makan makanan berserat dan berkhasiat seperti oat. Umum sedia maklum oat antara bijirin sihat di dunia namun kurang diambil oleh masyarakat Malaysia. Apa kata kita ubah cara pemakanan sarapan pagi.
Sebenarnya cara penyediaan oat sebagai sarapan pagi amat mudah disediakan berbanding makanan seperti disebutkan tadi..
Sesiapa selalu ketandusan idea untuk menu sarapan boleh cuba oat in the jar ni.. Jom saya bagi idea dan cara penyediaannya..
Sebenarnya cara penyediaan oat sebagai sarapan pagi amat mudah disediakan berbanding makanan seperti disebutkan tadi..
Sesiapa selalu ketandusan idea untuk menu sarapan boleh cuba oat in the jar ni.. Jom saya bagi idea dan cara penyediaannya..
Sediakan 5 bekas jar seperti di bawah untuk stok 5 hari bekerja..
Bahan-bahan :
5 buah jar (ikut pilihan masing-masing)
1/2 cawan oat segera / rolled oats
1/4 yogurt perisa asli / Greek yogurt
2 sudu besar buah-buahan segar seperti : pisang, blueberry, raspberry, strawberry etc.
1 sudu besar kacang yang telah dicincang seperti pecan, hazelnut - pilihan
1/4 - 1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil madu / maple syrup
Cara-cara
Masukkan 1/2 cawan oat segera / rolled oats dan kekacang (pilihan / optional) ke dalam jar.
Kemudian masukkan yogurt perisa asli / Greek yogurt untuk lapisan kedua.
Seterusnya masukkan buah-buahan segar mengikut citarasa seperti Isnin : strawberry, Selasa : pisang, Rabu : blueberry, Khamis : raspberry etc.
Akhir sekali, masukkan susu segar dan madu. Sukatan susu bergantung kepada kesesuaian sama ada ingin lebih susu atau kurang.. Bergantung kepada citarasa masing-masing.
Tutup jar dan biarkan semalaman dalam peti sejuk.
Esok pagi sebelum ke pejabat, capai satu jar untuk dinikmati sebagai sarapan pagi. Mudah sangatkan.. Selain menjimatkan masa, ianya baik untuk kesihatan.. Sesuai untuk mereka yang sedang diet juga.
Sebenarnya banyak version oat in the jar. Resepi boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan masing-masing, ada suka letak coklat, perisa vanilla, sedikit kayu manis dan sebagainya..
28 Comments:
Selalu ana buat ni time ramadhan. Kalau pening tak tahu nak sahur apa, makan ni jer. Oat salah satu sumber tenaga kan.
Waahhhhh grand sangat kak kalau breakfast macamni tiap hari hihihi.
tapi nampak macam sedap juga kalau buat macamni, sebab ada yogurt and buah semua.
nanti nak buat jugak laa. nak letak kat blog jugak. wait aahh wait
Menu hotel ni kalau saya buat, nampak simple pula cara nak buatnya.. Ingatkan susah nak dapatkan makanan sihat kan.... Nanti nak cuba juga resepi ni... mudah...
Ohh Siqah allergic dengar oat. Hihi. Cantik bila jar dah disusun begitu :)
Betul Ana, salah satu khasiat oat sebagai sumber tenaga.. Bagus kepada sesiapa yg mengamalkan diet 😄
Iyer ker Syed.. Beli oat dan segala bahan lain secara pukal. Boleh guna berminggu-minggu jimat tau, hehehehe
Yup sedap sudah pasti sebab macam-macam fresh ingredients dalam tu 😊
Can't wait to read it Aswaleyla..
Thanks dear 😍
Menu simple, sihat dan sedap tu yang penting Tuan..Bahan-bahan pun mudah dapat, hehehe.. Selamat mencuba 😄
Oic, it's okay dear.. Boleh cuba menu kesihatan yang lain 😍..
Cantik kannn colorful, hehehe
glurp jugak nak makan ni. hehehe
Cuba jangan x cuba 😊
Sedapnyaaa. Kalau saya mesti susu lebih sebab memang penggemar susu. Tp buah-buahan dgn susu segar mahal. Haha
#mahalbagisayalaaa
Kita boleh guna buah-buahan tempatan Fatihah.. Buah-buahan import memang mahal, sis pun x larat beli untuk stock harian, huhuhu 😅
Wah...idea bagus ni...
Lagi lagi kalau mcm mrs pip yg nak berdiet ni...
Mrs. PIP boleh juga cuba untuk diet seimbang 😄..
ya ampun! Cantik pun cantik. Sedap pun sedap n paling penting baik utk kesihatan. tqq bg resepi kak!
Betul Nad, terbaik 👍
Selamat mencuba 😍
nampak sedap pulak kalau macam nie. BV bukan penggemar oat sebab rasa plain je. maybe dgn cara nie boleh tarik minat makan oat. dah la comel pulak letak dalam bekas macam tu :D
Boleh cuba resepi ini BV, mana tau kot2 suka dan kena pd selera 😄
Boleh cuba try menu ni.
Biasa bersahur oat di bulan Ramadhan aje.
Selamat mencuba 😄
InsyaAllah akan dicuba nanti... Oat dah ada kat rumah dah, baru beli... tinggal yang lain-lain je... :-)
Oic, great 👍
busyra dulu tak makan oat. tp dulu time study housemate ni mmg gila makan oat. sebab dia kurang makan nasi. then busyra try cuba makan dgn yogort mcm ni la. boleh tahan sedap. hehe. tp cara akak buat ni menarik! suka tngok jar tu. comel!
Letak buah-buahan favorite mesti lebih sedap Busyra.. Cubalah, yummy! 😍
Semua bahan-bahan tu mai suka, tapi sayangnya belum pernah try lagi...Kena cuba ni, nampak sedap dan menyuhatkan pulak tu.
Bolehlah Mayy cuba.. Rasa sendiri baru puas hati Mayy 👍
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!