MANAGE YOUR COMMENTS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Entri kali ni boleh dianggap sebagai #throwback.. Awal bulan lepas bila selesai set-up blog baharu, saya rajinlah berblogwalking sana sini untuk memperkenalkan blog ini kepada rakan-rakan blogger yang lain.. Malangnya langsung tiada siapa membalas komen saya. Setiap masa dan ketika checked blog post dengan harapan tinggi menggunung. Dari saat ke minit, minit ke jam, jam ke hari.. Puas saya tunggu tapi kecewa..
Mana pergi semua rakan bloggers? Sampai hati tak mahu kunjungbalas.. Hati terasa ingin merajuk, sedih... Tapi semangat untuk berblogging yang menebal cuba mencari jawapan kepada persoalan yang macam-macam di fikiran..
Mungkin aku salah setting kot.. tapi cannot be, kenapa blog lama takde masalah blog baharu jadi camni, menurut kata hati yang tak mahu mengalah. Tambahan pula blogger seperti Perdu Cinta, Busyra, Syed dan Siqah ada komen semasa hari perasmian blog ini..
Siap google 'Manage your blog's comments' mencari jawapan..
Maka, semasa lunch hour bersama Mrs. A, saya menyuarakan masalah ini - "Kenapa agaknya takde orang komen kat blog baharu I?" Dalam hati mengharap supaya Mrs. A komen blog baharu saya, hehehe.. Mrs. A jawab : "I ada komen tapi LZ setting tunggu approval.."
Hah?!!! Iyer ker? Akhirnya jumpa jugak jawapan yang membelenggu fikiran. Memang betullah saya salah setting! Lepas 4 orang rakan blogger tersebut komen, ntah macammana gatal tangan thick box 'Anyone' di bahagian 'Who can comment?'.. Sepatutnya saya thick box seperti di bawah:
Lepas setting semula, komen masuk bertubi-tubi lebih kurang 45 komen lebih.. Mulalah saya membalas komen-komen yang masuk satu persatu acah-acah diri ni artis fofular.. Masa tu tak peduli orang kiri kanan sebab terlalu teruja, hehehehehe.. Alhamdulillah, wajahku pun tersenyum riang..
Terima kasih semua.. Seronok bila ramai rakan-rakan blogger datang ke blog kita dan tinggalkan komen. Suka sangat bila dapat ramai kenalan baharu... Ini yang membuatkan semangat untuk berkongsi cerita..
Begitulah kisah #throwback yang ingin diabadikan di sini.. Terima kasih sudi baca..
28 Comments:
Tu lah. Ana tgk juga entri LZ tp kenapa komen ana takde. 2-3 entri pulak tu. Tp tgk entri baru ada je. Huhu. Rupa2nya setting tu ye. Tp takpelah dapat lah rasa macam artis kejap ye bioa byk komen masuk πππ
Alhamdulillah..selesai masalah..
Sekarang dah boleh komen :)
Hehehehe tu lah Ana.. Malu sebenarnya nak mengaku. Maaf yer lambat approved comments π. Tapi rasa teruja lepas tu memang lupa diri, hihihi π
Alhamdulillah nohas, dipermudahkan dapat juga detected punca masalah, hehehe..
Thanks for your support π
Dah okay, alhamdulillah.. hehehehe seronok sangat rasa nak lompat bintang.. hahahaha
Hehehehe alhamdulillah dear Rockysweety selesai masalah.. π
Thanks for your support.. π
Test test komen
Dapat baca tak2
Yeayyy dapat baca..
Terima kasih pakcik.. π
hai kak LZ, BW here
Hai CH,
Terima kasih.. π
fae mls nak setting yg comment atu to comment moderation. biarlah org komen terus publish siap. hehe. bagi fae leceh nak approve satu2 komen hehe.
Ngeh!ngeh!ngeh!
Dugaan blog baru gitew...
Samalah kita Fae, akak pun suka terus publish, hehehehe π
Kannnnn Mrs. A, excited dia sampai setting comments pun terlepas pandang.. π
test2 hehe..happy blogging dear ^^
Hehehehe thanks Mrs Anna..
Di sinilah tempat kita berinteraksi sesama rakan blogger.. Really appreciate your support! π
hahahah..ingatkan pasal apalah tadi...memang akan kacau emosi bila xde balas kunjung dari blogger lain....semoga terus bersemangat dalam blogging LZ!
Setuju.. mana emosi x kacau sebab sesuatu sgt bila org x komen : "macam orang x nak kawan aku jer" or "blog aku x best ker?" - mesti x senang duduk dibuatnya.. hehehe π
Salam khamis...
membalas kunjungan semalam...
terima kasih ya...♥
W'salam Nieyl,
Terima kasih sudi kunjung balas.. π
alhamdulillah dah okay.. dah boleh komen2. hehe
Alhamdulillah Busyra.. Settled masalah.. hehehe π
Syukur alhamdulillah Cik Tie π
Hehe. Kak LZ kelakar lah. Ingatkan sebab apa lah tadi. Setting approval tanpa disedari rupanya. Hihi.
Sekarang dah settle masalah akak eh. Happy blogging kak :) Komen daripada rakan blogger boleh buat kita happy kan. Siqah pun suka π
Hehehehehe memang lawak tapi sedih juga masa tu Siqah (sambil tutup muka).. Alhamdulillah dapat jugak kenalpasti punca masalah..
Betul Siqah, akak suka baca komen dan balas komen rakan blogger kesayangan.. Masa tu terasa seperti kita berkomunikasi secara dekat π..
Test test... Komen Amer keluar tak? Hehehehe..
Ehh keluarlah komen Amer..
Thanks sudi kunjungbalas..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!