Resepi Kari Kepala Ikan Sedap

RESEPI KARI KEPALA IKAN SEDAP | Semalam bersiar-siar di pasaraya NSK yang baru dibuka di Seremban.. Saya sempat beli kepala ikan kurau di pasaraya tersebut dek kerana teringin makan kari kepala ikan. Cari kepala ikan merah semua besar-besar belaka, tak sesuai sebagai hidangan 3 orang makan.. Mungkin bagi sesetengah orang masak kari kepala ikan sesuatu yang sangat mudah tapi bukan saya.. Jadi hari ini merupakan hari yang paling sesuai untuk mencabar diri untuk merealisasikan keinginan itu. Memang mencabar lebih-lebih lagi ini adalah percubaan pertama kali dalam hidup, hehehe

 

Berikut merupakan resepi yang saya cuba, ternyata ringkas dan memang terbukti sedap!

RESEPI KARI KEPALA IKAN 

Bahan-bahan :
1 ekor kepala ikan merah / ikan kurau / ikan jenahak / ikan tenggiri - belah dua
1/2 cawan santan
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil biji sawi - optional
1 cm halia* - kisar
3 ulas bawang putih* - kisar
1/2 biji bawang merah* - kisar
1/2 biji bawang merah - hiris
2 biji cili merah potong memanjang
2 tangkai daun kari
Air asam jawa
1 biji tomato
Bendi

Cara masak :
Tumis biji sawi, hirisan bawang merah, cili besar yang telah dihiris dan daun kari hingga wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar diikuti rempah iaitu kari ikan, sebuk ketumbar, jintan putih dan cili giling. 
Masak hingga garing dengan api perlahan. 
Selepas itu masukkan air asam jawa dan separuh hirisan tomato, masak hingga mendidih. 
Kemudian masukkan kepala ikan dan sedikit air, masak hingga mendidih. 
Bila mendidih masukkan separuh lagi hirisan tomato dan bendi. 
Akhir sekali masukkan santan dan perlahankan api. 
Biarkan mereneh dan kuah nampak pekat dan sebati.
Padam api dan sedia untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama roti atau nasi panas..

Alhamdulillah percubaan kali pertama berjaya.. Jadi saya seronok menikmati kari kepala ikan sebagai sarapan pagi bersama roti dan nescafe tarik..



Oh ya, alang-alang cerita tentang kari kepala ikan.. Baru terbaca mengenai asal usul kari kepala ikan.. Selama ini hanya tau makan tapi tak tahu sejarah kari kepala ikan, hehehe. Okay, begitulah sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama.. Selamat mencuba.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri. Sekian, wasalam..


Regards,

35 Comments:

pandai LZ masak kari kepala ikan, sy tak pass lagi..kari biasa reti la huhuu

nampak sedap. nanti nak try la sbb masih dlm proses belajar memasak hhehe

LZ yakin Zie Azi pun boleh buat​. Kari biasa lebih kurang sama macam kari kepala ikan cuma tambah sikit rempah2 yang berkaitan. Kalau suka jangan lupa cuba tau 😉

Silakan Shesyira, resepi LZ post di entry ni memang senang dan sedap.. LZ pun x pandai masak sangat tapi bila cuba alhamdulillah rasa sama mcm kat kedai dan lebih kurang sama seperti orang terror masak, hehehe 😁😅

fae tak pandai mkn kcg bendi huhuhu

wah wah, LZ ni orang pahang ye ?

Oh ya Fae? Kurang nikmat makan sayur kalau begitu Fae, gurau ja hehehe 😍.. Kacang bendi favorite LZ tau 😉.

Kurang tepat dear, LZ bukan orang Pahang 😄

Sedap nampaknya tu. Cicah roti pun dah layan.

Ana dekat sini pun shopping di NSK. Tapi kalau barang basah macam ayam atau ikan beli di pasar borong. Sebelah NSK je. Lagi murah harganya.

wah, nampaksedap sangt laaa. rasenak buat jugak. terliur pulak kan

Yes Ana memang sedap, LZ baru lepas makan cicah roti sebagai minum petang 😋..

Semalam baru first time LZ pi NSK, baru tahu konsep NSK seperti pasar borong. Barang dia ada mahal dan murah, kena bijak bandingkan harga 😊😉

Alhamdulillah sedap 😋..
Resepi ringkas dan mudah dimasak Aswaleyla.. Selamat mencuba 😄

Mai tak pernah makan kepala ikan, hehehe, dulu masa kecik abah tak bagi, sampai sekarang terbawa-bawa..

Sedap tengok masakan kak LZ/

As salam. Sedap tu. Tengok gambar pun dah terliur.
Abam Kie juga salah seorang peserta Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali.
Abam Kie follows your blog here. TQ.
www.zukidin.com

Oh I see, mungkin ada sebab abah Mai tak bagi makan 😄

W'salam Abam Kie..
Memang sedap, alhamdulillah.

LZ akan menyusul follow blog peserta segmen seterusnya termasuk blog Abam Kie..

We support each other, thank you.

belum pernah cuba buat kari kepala ikan. kari ayam dgn daging je pass. :P

dah pernah try masak kari kepala ikan, karinya cair ��

Sedapnyaa kari kepala ikan 😍

Husniey jumaat haritu baru masak kari ikan tenggiri.. Makan pulak dengan sambal belacan, sayur campur goreng plus sotong goreng kunyit 😍😍

Fuhh. Sedapnya.. curry is my fav kena pulak ada bendi / tomato tu kan.. 😭😂❤❤

Mesti happy sebab menjadi kan...
Lain kali boleh cuba kepala ikan lain pulak.

Kalau Eeca pandai masak kari ayam dan daging tentu boleh masak kari kepala ikan juga cuma tambah beberapa jenis rempah lain.. 😊😉

Mungkin kurang rempah kot Nour Adieb, boleh diperbaiki lagi akan datang 😉

Samalah kita dear HH, suka kari makan bersama menu2 yang disebutkan di atas.. hurrrmm yummy! 😋

Sangat teruja Mrs. A bila masak untuk pertama kali terus jadi, sedap pula tu, hehehe 😁

Ha'ah bebila boleh cuba kepala ikan lain 👍

Suka kari kepala ikan walaupun tak makan kepala ikan. Hihi. Cuma rasanya lagi sedap kalau kari kepala ikan berbanding kari yang lain. Nampak gambar menu ni, terus lapar kak. Tak dinner lagi nie 😅

Cepat-cepat makan, hehehe..
Akak tak berapa pandai makan kepala ikan, akak suka kuah kari kepala ikan ni, pekat dan lain rasa dia berbanding kari ikan biasa, sedap Siqah.. yummy! 😋😋

Kaklong pun tak pernah masak kari kepala ikan..
Tapi fevret suami tu.. Nak try buat juga la..

Saya kalau masak kari tak kiralah masak kari apa kepala ke badan ikan, mmg pakai serbuk kari Adabi tu ajelah LZ hihi.....
Tapi tambahan jintan bagai tu rasanya buat lebih sedaplah kan.... Tengok gambo tu pun dah mengancam tau

Sedapnyaaaaaaaaa ! Mkn dgn ns pns pastuh ade papadom pulakkkkkk. Dlm kari kpla ikan tu letak bendi. Superb !!!! Nk kira brape hr lg nk kne pntang nii

Buatlah Kak Long senang masak resepi ni.. bila jadi nanti tentu suami puji 😄

LZ guna Adabi dan Faiza bergantung kepada stok yang ada.. Betullah apa yg Mak Nom bgtau, jintan dan ketumbar jadi kuah kari lebih pekat. Rasa pun lebih kaw! Hehehe 😁

Hurrrmmm sabar Mek, LZ tau memang sedap lauk tu 😍.. Lepas pantang nanti boleh makan naa, hehehe 😁..

Tapi memang sedaplah Mek, sehingga menjilat jari! Hehehe 😉

Wah!. Dah macam kat kedai dah LZ.

Hehehehe malulah I Cik Mirror 😁, by the way thanks 😍

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More