JANGAN SENTAP, OKEY! Siapa yang bekerja di pejabat mohon terasa! | Begitulah tajuk buku dari penulis bernama Izman Pauzi diterbitkan oleh Alaf 21 yang agak tegas bunyinya. Buku ini baru saja saya habis baca. Siapa pernah baca buku ini tentu tahu apa mesej yang ingin disampaikan dari kandungannya. Jadi dalam entri ini saya ingin kongsi beberapa fakta yang berlaku di pejabat di mana serupa dengan apa yang saya alami.
Sebelum itu sebagai mukadimah, buku ini mempunyai 59 bab. Di sini saya kongsikan beberapa bab yang kena dengan situasi saya di pejabat seperti berikut:
BAB 22 : JAM SIAPA PALING TEPAT?
"Bila ditanya Bahagian Sumber Manusia bagaimana mereka menentukan masa yang tepat? Hal ini timbul bila ada yang tak berpuas hati dan mendabik dada menyatakan bahawa masa mereka adalah masa yang tepat."
Ada ikut jam Bulletin Utama, Aada ikut masa RTM. Mana satu masa paling tepat? Sebenarnya masa digunapakai oleh SIRIM adalah masa yang diperakui paling tepat di Malaysia. Pihak SIRIM telah diamanahkan oleh kerajaan Malaysia sebagai penjaga dan pengawal ketepatan masa jam berkenaan. Boleh rujuk website SIRIM.
BAB 25 : BAHASA DIRI
"Semasa bekerja, kita dikehendaki berkomunikasi. Ia melibatkan komunikasi dengan pengurusan atasan, rakan sekerja dan juga pekerja bawahan. Sebagai orang Melayu, kita terbiasa menggunakan kata ganti diri semasa berkomunikasi. Kita cenderung memanggil Kakak tea lady, abang security guard, pakcik despatch atas faktor usianya.
Walaupun gelaran tak merendahkan pangkat atau kuasa seseorang, ianya sekadar satu panggilan yang bersuara mesra. Namun gelaran tersebut akhirnya dimansuhkan apabila Pengurus terdengar perbualan saya dengan pekerja bawahan.
Pengurus HR telah memanggil semula kakitangan jabatan kami kebiliknya. Dia cekak pinggang sambil memandang seorang demi seorang bagai singa lapar. "Mulai hari ini saya tak nak dengar lagi kamu panggil staff kamu dengan panggilan 'abang', 'kakak', 'makcik' dan macam-macam gelaran lagi. Ini bukan rumah kamu yang ada adik-beradik, ini pejabat. Kena ada formaliti, ada ranking. Kena panggil ikut pangkat. Saya tak nak dengar lagi kamu panggil pegawai kamu dengan panggilan 'abang', panggil Encik Izman, faham!"
Situasi ini berlaku di kebanyakkan syarikat yang majoriti orang Melayu. Saya akui agak terkejut bila saya mula bekerja di syarikat yang majoritinya Melayu. Semasa bekerja dengan syarikat selain dari Melayu, rakan sekerja memanggil saya dengan Cik (pada masa itu sebelum berkahwin).. Tapi lepas berkahwin saya bekerja dengan syarikat majorti Melayu, tiada panggilan Puan.. namun panggilan 'Kak'. Betullah apa yang disampaikan dalam buku ini seperti yang dinyatakan di atas.
BAB 37 : NAMA SUAMI? JANGAN HARAP!
Hal ini biasanya berlaku bila majikan kita menyuruh pekerja wanita mengisi Borang Penamaan KWSP. "Ia bermaksud, Pegawai Sumber Manusia antara individu yang dibenarkan menjadi saksi bagi mengesahkan bahawa pekerja telah bersetuju untuk mendaftarkan penama tertentu sebagai waris sekiranya pemegang akaun meninggal dunia.
Di dalam penamaan waris, boleh dikatakan bahawa 100% pekerja lelaki yang telah berkahwin akan menamakan isteri dan anak-anak mereka sebagai penama atau waris. Namun sebaliknya bagi pekerja wanita yang telah berkahwin. Mereka lebih cenderung untuk hanya menamakan anak-anak sebagai penama di dalam borang penamaan. Namun suami biasanya disingkirkan sebagai waris yang akan memiliki harta peninggalan isteri melalui caruman KWSP."
Antara dialog yang mencuit hati saya bila ditanya mengapa kakitangan ini tidak menamakan suaminya sebagai penama dalam Borang Penamaan KWSP, ini jawapannya:
"Mati hidup semula pun saya tak nak masukkan nama suami sebagai penama. 'Kang' kita mati, dia pula yang seronok dapat semua duit tu," "Mana tau selepas dapat duit banyak, terus gelap mata, atau terus nak berbini baru. Memang mati keringlah anak-anak saya nanti." Dia terus menjelaskan rational di sebalik penamaan tanpa nama suami.
Hehehehe begitulah kebanyakkan persepsi kaum wanita..
BAB 52 : SANGKUT KERJA DI PAGAR OFFICE
Maksudnya jangan bawa kerja balik rumah..
"Saya sedar bahawa membawa pulang kerja pejabat ke rumah adalah tidak bagus untuk keharmonian rumahtangga. Saya juga sedar bahawa pekerja yang gagal menyiapkan tugasan di pejabat adalah pekerja yang gagal mengatur masa dan tidak produktif."
Jadi kalau boleh jangan bawa kerja pejabat ke rumah.. Ianya lebih menambahkan stress dan boleh menggugat keharmonian rumah tangga, betullah seperti apa yang penulis nyatakan.
Ini sahaja entri yang ingin dikongsi bersama pembaca. Apa komen anda? Ada tak yang kena dengan persekitaran tempat anda bekerja? Kepada pembaca yang masih belum / tidak bekerja, itulah realiti yang biasa berlaku di pejabat.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
22 Comments:
bab 25 tu - bahasa diri. saya sangat tak suka bila di ofis terpaksa panggil collegues or staf2 yang lain ikut pangkat, tak boleh panngil abang, kakak, makcik etc... padahal panggilan tu lagi mesra
Itulah panggilan kita untuk menunjukkan kemesraan, tapi Ada sesetengah syarikat tidak digalakkan sebab diaorg risau bila terlalu mesra hingga pijak kepala.. Depends on individual jugak ๐..
bab 52 elsa setuju sangat. dulu elsa selalu bawak balik kerja office ke rumah. sampai parents elsa cakap elsa tak nak bercampur sebab buat kerjaaa saja. sejak dari tu elsa tak bawak kerja ke rumah dah hmm
singgah klik adsense :* http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/5-cara-hilangkan-mengantuk-di-pejabat.html
Kadang2 akak buat jugak kalau mmg nak kejar deadline ๐.. Cuma jangan jadikan habit ๐
sy setuju bab 52. jangan diamalkan. lagi bertambah stress bila bawa balik kerja ke rumah. di rumah, lebihkan masa dgn family. tenangkan fikiran, rehatkan minda ��
Bab 22 : serius baru tau SIRIM yang betul tepat.
BAB 25 : sy dgn team panggl nama ja xdek abang ke adik ke encik pon takdak
BAB 37 : bini i xdapat kwsp. wuaaa...
BAB 52 : ni paling mencabar sejak ada whatsapp. huhuhuhu
Setuju 200% memang akan bertambah stress NA ๐
Bab 52 : setuju sejak ada WhatsApp boleh pulak boss 'memandai' suruh create group utk dia mengarah kita lepas office hour. Bill phone kita bayar sendiri.. bikin panas!
Di pej lama ana kebanyakkan associate akan pgl akak atau abg. Tp hormat tetap kena hormat sebab beza pangkat kan. Kecuali bos2 besar kena pgl En / Tuan. =)
Bawa blk kerja tu dah kebiasaan. Blk rumah pukul 8 lps tu samb di rumah. 7 tahun merasa mcm tu.
Bab jam tu br ana tau pasal Sirim tu. Ada standard rupanya ye. ๐
Iskh though jugak kerja Ana dulu.. mesti stress. ๐ฅ
Ha'ah Ana, LZ pun tau lepas baca buku ni.. LZ rasa majikan LZ pun x tau masa ikut jam SIRIM ๐
Tak tahu lah kak sebab tak kerja lagi haha. tapi kat sekolah dulu masa praktikal panggil cikgu-cikgu semua kak atau cikgu je. kalau guru besar atau yang berpangkat barulah puan ataupun encik hehehe.
Kalau Cikgu mungkin takde masalah kot Cikgu Syed sbb beza hanya Guru Besar, Pengetua etc. Lagi pun lebih mesra ikut pangkat atau umur ๐
Mcm best je buku ni, confirm sentap, hehehe~
kan, kerja memang x pernah stop. habis satu, ada lagi yang akan menyusul. so, buat keja hanya di tempat kerja. balik rumah, rehatkan minda & fizikal. sebab kita bukan robot, kita juga perlukan rehat. tapi, kalau ada kerja yang x boleh dielakkan & terpaksa buat kat rumah, bertabahlah :)
LZ ! Semua betul kat atas ni ! Yg kwsp memang betul trjadi kat ofis mek. Yg pasal time tu pun same jugak :)
Nak beli lah !
Hihihi cerita ttg suasana biasa di pejabat yien.. The best part ada kena dgn diri sendiri, tu bab yg boleh sentap.. ๐
Hihihihi exactly Mek ๐
Tu yg best baca buku ni ๐
Bab 37 tu kelakar. Hihi. Ada juga segelintir yang berfikiran begitu kan. Hii.
Bab 52 Siqah suka!!! Itu adalah salah satu benda yang membuatkan Siqah suka kerja Siqah sekarang. Habis kerja di pejabat dan tak akan bawa balik kerja. Hii. Bila kat rumah masa untuk rehat je ๐
Menariklah buku ni kak. Nak beli lah. TQ kak for sharing :)
BAB 37 ... siapalah tak sayang bini, tapi ada cik kak Leeza kann., kanns., hehe2
Hehehe kannn Siqah.. Buku ni Siqah boleh beli di MPH mana tahu untuk tambah koleksi ๐
Hehehehe reality kehidupan Wak ๐๐๐
masuk tahun ke-2 tahun kerja sendiri buat ana yakin that is the best decision so far. kalau ana masih kerja di sana dengan jumlah turnover yg sangat tinggi during peak period, ana dah boleh bygkan stress dia macam mana. tak sanggup nak hadap semua tu kali ke-8. hehe
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!