PENGGEMAR DAGING KAMBING PERAP OR LAMB MARINADE MESTI BACA ENTRI INI | Syukur alhamdulillah atas limpah dan kurniaanNya dapatlah saya berkongsi info menarik tentang daging kambing kegemaran saya.

Siapa antara pembaca suka daging kambing perap atau lamb marinade? Saya orang pertama angkat tangan sebab saya suka sangat daging kambing perap terutama lamb chop.


Jadi kepada penggemar daging kambing kena tahu info ni.. Tahu tak di Kajang ada pengedar daging perap sedap keluaran EA Inspire Enterprise. You all boleh beli perapan daging kambing sedap The Shepherd, boleh tengok IG : @theshepherd88..


Saya dah cuba dua kali setakat ni memang tidak menghampakan, officemate promote.. 1 pek di atas bersama sos black pepper hanya RM45.00 sahaja.


Cara pemyediaan sangat mudah, hanya buka plastik dan tebar hirisan daging kambing atas non-stick pan. Tak perlu letak minyak sebab lemak dari daging akan menggekalkan rasa asli daging tersebut.


Terbalikkan hingga kedua-dua permukaan masak, ikut kesukaan masing-masing.

Sementara tunggu daging masak, saya sediakan sayur brokoli. Potong dan rendam seketika bersama air garam dan sedikit cuka. Cukup masa bilas dengan air hingga bersih. Kemudian rebus brokoli dengan sedikit garam dan beberapa titik minyak (minyak berfungsi untuk mengekalkan warna hijau sayur). Sesudah sayur layu padam api dan toskan.


Bila daging sudah masak sedia untuk dihidang. Sos pula hanya panaskan atas api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. 

Maaflah dalam fridge cuma ada sayur, tak sempat buat mash potatoes sebab perut dah lapar ketika ini. Konsep masakan, masak apa yang ada, huhuhu


Terbukti sedap.. Bahan-bahan perapan manis dan pedas. Ditambah pula rasa rosemary membangkitkan selera..

Siapa suka dan ingin cuba daging kambing perap bersama sos The Shepherd or lamb marinade with the Shepherd sauce boleh check IG : @theshepherd88.. Belum cuba belum tau, hehehe



Okay, itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di post akan datang..
Sekian, wasalam..


Regards,