SEDAPKAH MAKANAN DI BURGERBYTE? | Assalamualaikum dan Selamat Hujung Minggu kepada semua pembaca blog ini. Hari ni late lunch saya di Burgerbyte cawangan Seremban 2. Ini merupakan kali pertama saya berkunjung ke restaurant Burgerbyte sedangkan tempat makan ini sudah terkenal sebagai cafe hipster yang pernah hangat diperkatakan satu masa dahulu.
Lokasi restaurant Burgerbyte di Seremban 2 terletak di Dataran Centrio berhadapan pasaraya Mydin Mall. Setelah melangkah masuk ke restaurant, saya mencari port strategik, kawasan berhawa dingin. Tak lama selepas itu, waiter pun datang dan menyerahkan menu. Jom kita check apa yang menarik di sini?
Daif sungguh buku menu di sini..
Nampak tu tagline Burgerbyte, "grilled with soul" - sepenuh jiwa dan raga gitu, hehehehe
Terdapat variety burger yang ditawarkan.. Menu untuk kanak-kanak juga disediakan. Selain burger, grill beef dan lamb ada juga ditawarkan di sini.
Selain itu terdapat pilihan makanan ringan atau snacks seperti french fries, chili fries, nachos with salsa, nachos with chili meat (beef or chicken), fried sausage (beef / chicken) dan mashed potato. Pemakan heavy lunch, jangan risau menu berasaskan nasi ada juga di sini iaitu montreal rice.
Okay, bagaimana pula dengan minuman? Apa pilihan minuman yang ada?
Seperti restaurant lain, terdapat pilihan minuman panas, sejuk dan iced blended ditawarkan. Waktu saya ke sini cuaca sangat panas, sudah tentu saya memilih minuman sejuk. Makanan telah dipilih, sementara tunggu pesanan disediakan saya sempat bergambar semata-mata untuk entri ini, hehehehe
Tempoh menunggu tak lama lebih kurang 15 minit sahaja. Makanan utama pilihan saya Fettuccini Seafood Marinara (atas) berharga RM16.75 manakala Combo 2 Naked Beef (beef & lamb) for my husband berharga RM23.11. Selain itu nachos with salsa berharga RM8.27 serta minuman iaitu flavor iced cafe latte with hazelnut berharga RM9.54, iced chocolate berharga RM6.36 dan passion fruit soda berharga RM5.83.
Jumlah keseluruhan termasuk GST : RM69.85
Overall sedap dan memenuhi citarasa saya, range 10 saya beri 6 sahaja. Markah kurang sebab black pepper gravy manis tak rasa sangat kepedasan black pepper sebenar dan sayur-sayuran untuk set Combo 2 Naked Beef kering. Selain itu credit to sos salsa, minuman dan daging burger grilled yang tebal dan juicy. Restaurant hipster begini sesuai untuk gathering dan lepak dengan kawan-kawan. Kalau pergi dengan family members lepas makan terus balik rumah tak challenge langsung, huhuhu
Sebarang maklumat lanjut tentang Burgerbyte boleh layari social media mereka seperti di atas.
Sementara belum ke sana, boleh cuci mata dulu di laman web Burgerbyte.my, tapi awas jangan browse masa lapar sebab gambar dalam website ni memang mengancam, terliur dibuatnya.
Begitulah cerita yang ingin dikongsi bersama. Cerita makan di restaurant hipster..
Combo 2 Naked Beef!! Haha. Pantang sungguh dengar kalau ada beef lamb di situ 😁 siqah tak pernah lagi makan kat sini. Pas baca review kak LZ, maybe akan ke sana lah nanti. Hii. At least cuba sekali kan 😉
ReplyDeleteHahahaha masa baca menu pun akak tertarik sebab ada beef dan lamb..
DeleteTerus suruh husband order jadi akak boleh rasa padahal makanan sendiri ada, memang buruk perangai kannn..
Akak pun sama Siqah, cuba sekali pastu terpulang sama ada nak repeat atau tidak.. Kalau mcm ni ada yang kurang menarik memang lambat lagi kot repeat datang sini..
Sedap, dagingnya juicy <3
ReplyDeleteTapi pernah makan sekali je.haha
At least Mai pernah rasa so akak cerita Mai mesti dapat bayangkan camne rasa dia, okaylah rasa dia boleh terima kannn Mai, hehehe..
DeleteHehehe masa saya duduk shah alam,kedai ni bawah rumah je. Siap ada muka zizan pulak tu besar2, hahaha.
Deleteowh kat seremban 2 ya...tak perasan pun selama ni..hehe..ok nanti nak try terjah lah..aah kalau blckpepper rasa manis memang kurang kick sikit kan..irda memang kurang kalau cam tu..n kalau boleh sayur segar n fresh...hehe
ReplyDeleteAda Irda, di kawasan Dataran Centrio memang banyak tempat makan hispter kat situ 😁
DeleteYup, black pepper tentulah kita nak pedas kann, kalau manis bukan rasa black pepper, hehehe
macam klasik je tempat ni..
ReplyDeleteRestaurant ni guna meja & kerusi kayu mungkin sbb tu nampak klasik Unni Anje, hehehe 😁
DeleteWow.
ReplyDeleteNampak menyelerakan.
Betul EJ, tak boleh browse bila tengah lapar, bahaya hehehe
DeleteCombo 2 naked tu sos dia nampak menyelerakan. Fettucini tu pun sama. Terus lapar di buatnya 😋😋😋
ReplyDeleteHehehe nampak menyelerakan Ana, tapi sos black pepper manis dan fettuccini agak keras sedikit spt kurang lama masa rebus 😅
Deletewehh cik kak Lenny x swafoto dgn burger ke tuuu., hehe2
ReplyDeleteTak sempat Wak, lapaq tahap kebuluq masa ni, hehehe
DeleteNampak macam sedap je kak. Saya teringin sebenarnya nak try makan dekat sini. Tapi kawan saya tak bagi dia cakap nanti saya menyesal kalau makan sini sebab rasa dia biasa-biasa je haha. so sampai sekarang tak pernah pergi lagi.
ReplyDeleteKalau akak try jer sebab akak tak percaya sangat citarasa orang berbanding taste sendiri.. Kalau cuba sendiri kita puas hati dan dapat buktikan sama ada pendapat kawan kita tadi betul atau sebaliknya, hehehe 😁
DeleteBetul tu xcuba kita xtau lgpun selera Kita xsama...
DeleteSetuju dengan Cikna..
DeleteSedap atau tidak kena cuba sendiri baru puas hati 😉
sedap semua,,, tak tahan sis....
ReplyDeleteAda masa sis kena terjah outlet terdekat 😁 kalau tidak terbayang-bayang, hehehe
Deleteburgerbyte ni ada cawangan tak? macam best je..heee
ReplyDeleteAda IQ, check di sini -> http://www.burgerbyte.my/location.php 😉
DeleteTak pernah rasa lagi.. ingatkan jual beger je.. hehe
ReplyDeleteAkak pun anggap macam tu juga Hafiza..
DeleteKata orang belum cuba belum tau, hehehehe lepas cuba untuk kali pertama baru tau ada menu lain selain burger, I'm so happy 😉
Saya masih belum ada rezeki makan di sini. Ohhh, food nampak temptingggg :)
ReplyDeleteExactly Farrah, but don't worry ada rezeki nanti boleh singgah dan rasa 😉..
Deletemacam best je, hehe sebab burgerbyte ni kat belakang rumah Shah Alam ni je tapi belum pernah pergi lagi hehehe
ReplyDeleteCuba Haneeza jangan tak cuba, bila orang cerita kita tau camne, hehehe
DeleteDulu ada je Burgerbyte sekangkang kera dengan rumah tapi tak terasa nak pergi. Sampai ni dah tutup dah pun. Langsung tak merasa nak cuba makanan kat situ. Alahaaaiiii lapaq teruih cek rasa nih! 😭
ReplyDeleteHihihihi selalu camtu FA, akak pun sama..
DeleteBila teringin mesti kedai dah tutup bisness atau pindah, huhuhu
Salam kenal. follower 98..😉
ReplyDeleteSalam kenal Jueliza, thanks follow blog ini 😉
DeleteNampak menyelerakan. Nanti boleh la singgah bila balik Seremban :D
ReplyDeleteDialu-alukan Eizz, so dapat rasa dan nilai sendiri..
DeleteLain orang lain citarasa masing-masing kannnn, hehehe 😁
Kalau balik dari kampung, biasanya saya akan lalu Senawang dan akan lalu Bergerbyte ni LZ. Tak pernah pulak try. Bila baca review awak ni macam teringin pulak nak rasa hihi.... macam sedap aje....
ReplyDeleteDahsyat jugak penangan review ni yek
Alhamdulillah Mak Nom, kalau ada peluang singgah sat sebelum balik kampung.. Mana tahu kalau kena selera jadi pelanggan tetap BB lepas ni 😁..
DeleteAndai dapat positive feedback dari customer alhamdulillah, majulah jugak sesebuah restaurant itu.. Andai sebaliknya memang malanglah.. Itulah kuasa social media sekarang kann..
alahai menu mengancam jiwa hehe...
ReplyDeletemrs anna blm pernah try lagi ni....abis la pasni hehe
Hehehehe apakata Mrs. Anna try sekali..
DeletePuas hati bila ada depan mata 😉
Macam 3D kan Tuan NA, hehehe
ReplyDeletedaif bebenor buku menu tu, nampak sangat ramai pelanggan kan
ReplyDeleteBetulah tu, pelanggan ramai bebenor sampai cenggitu sekali rupa buku menu dia, hehehe
Deletekan, dari buku menu pun dah dpt petunjuk yg restoran tu ramai pelanggan
DeleteNampak sedappppp 😭 Mek is terliurrrrr
ReplyDeleteAwas Mek, time berpantang dilarang sama sekali menghayati menu makanan.. Macam-macam teringin, nampak minyak masak pun sedap,hehehehe gurau huh..
DeleteLepas tempoh berpantang nanti bolehlah Mek terjah BurgerByte ni.. Sabar naa 😅
Arghhhh,craving giler dh la xbekfes g ni....!!!
ReplyDeleteBahaya baca post tentang makanan time lapar Cikna, hehehehe terus teringin kann 😁..
Delete