My First Filofax Planner

Assalamualaikum & salam sejahtera to all readers..
Kali ni nak cerita tentang my sweetheart or pengerang jantung hatiku.. Mana satu? Jangan salah anggap dengan jantung hati ni.. Kenalkan : this is my Filofax Finsbury Pocket Raspberry Leather
v v  
Apa itu Filofax? Mana yang belum tahu boleh click -> Filofax atau di sini 
Sebenarnya sejak di college lagi saya mengidam guna Filofax ni. Memandangkan susah nak dapat di Malaysia so hasrat ini hanya mampu dipendam dalam hati. For info, di Malaysia Filofax hanya dijual di Kinokuniya Book Store di KLCC. Harga sekali dengan tax dan jenis pun agak terhad. Website Filofax tidak menyediakan penghantaran ke Malaysia, so sad. Walau bagaimana pun, akhirnya tertunai juga hasrat saya. Saya kirim melalui kenalan di UK.
Pengguna Filofax ni ada group yang dinamakan #filoaddict or #filofaxers.. Members dalam tu semua addicted and gila Filofax to the max. Mereka bertukar-tukar pendapat dan idea bagaimana menggunakan planner dalam menguruskan masa seharian.
Mesti ada yang terdetik, zaman sekarang ni zaman sains & teknologi.  Majoriti semua  carry smartphone canggih-canggih so macam-macam applications ada dalam tu termasuklah diary, planner or organizer kann... Tapi pada saya tak sama kepuasan itu dengan menggunakan planner or organizer yang kita tulis sendiri.. boleh decorate, lukis, tampal gambar, abadikan kenangan dan ianya mempunyai identiti tersendiri tentang diri kita. Kita boleh baca semula coretan itu bila-bila masa.. Peminat agenda, planner or organizer tentu lebih faham how it feel right?..
Okay, this is my first Filofax bernama Filofax City Pocket Organizer in black bonded leather. Saya guna lebih beberapa bulan sebelum bertukar ke Filofax Finsbury..
My first Filofax i.e Filofax City Organizer in pocket size
Filofax calendar week in 2 pages
 Kemudian saya bertukar ke Filofax Finsbury in pocket size which is now become my sweetheart gitu..

Seronok sangat bila planner ni sampai ke tangan saya pada 19.8.2014.. Maklumlah 2 minggu order baru sampai ke tangan, punyalah lama.. This planner is the perfect tool for keeping my personal finances. Mostly, I record all my expenditure in this planner dari daily, weekly, monthly and yearly..
Saya bahagikan setiap halaman dengan tabs seperti berikut :
PERSONAL
  • Personal information - (maklumat peribadi)
  • Website - website / blog yang selalu saya kunjungi & telah mendaftar menjadi ahli cth : zalora, poplook, malaysian bloggers etc.
  • Password - kata laluan untuk website tersebut. Saya tak letak password online banking.
  • To Do - saya akan tulis apa yang akan saya buat untuk mengelakkan terlupa
DIARY
  • Calendar 2014
  • Monthly calendar in 2 pages - start from January to December
  • Weekly - mula dari hari Isnin
  • Birthday / Anniversaries
FINANCES
  • Financial Summary - personal budget
  • Bills / fees
  • Store sales - catatan jualan untuk online boutique saya i.e My Exclusive Boutique
EXPENSES
  • Shopping lists - senarai barang untuk dibeli
  • Stationery - senarai alat tulis / buku yang dibeli di book store
  • Wishlists - sesuatu yang ingin dibeli akan datang melibatkan harga yang mahal
  •  Expenses tracker - jumlah RM yang telah dibelanjakan pada bulan tersebut
Last page ada satu pocket for storing receipts, gift cards, vouchers and other banking bits and apa-apa sahajalah.. 
 Hasilnya, planner tadi telah menjadi gemuk, tadaaa...
Kemudian bermulalah sesi hias menghias mengikut mood untuk weekly page, seperti ini :
Bahan-bahan hiasan kebanyakkan saya beli di Daiso yang berdosa (kata-kata dari blogger mana ntah yang pernah saya baca).. Kenapa Daiso berdosa? sebab kata dia bila masuk jer mesti nak beli, semacam ada yang menghasut lak.. hahahahaha

 This is my craft corner.. Di sinilah saya menjahit, menulis dan di sini jugalah saya mendekorasi planner..
So heaven lebih-lebih lagi bila buat kerja ditemani a mug of coffee.. manyak syok!
My humble craft corner
  Sentiasa bersama saya ke mana-mana..

Okay, itu sahaja yang ingin dikongsi bersama..
Enjoy reading, until then.. bye-bye

7 Comments:

wah..leh geng ngan BFF Ayu..dia pun suka sgt ngan planner mcm ni. Try gak follow, tapi kejab jer.. he he

Peminat planner MA, memang x dapat dipisahkan.. Bila dah biasa okaylah nnti silap haribulan x boleh tidur sbb x update planner lagi, hehehe 😄

Mai pun lebih prefer menggunakan planner bertulis. Terima kasih entry yang sangat berguna dan menjadi inspirasi untuk saya menggunakan planner dengan baik.

Sedihnya tak banyak kat Malaysia, mujur ada Paper & Planner so semua orang boleh dapat planner cantik sendiri. Hihi.

Semoga boleh dimanfaatkan bersama Mai.. Kalau boleh dipraktikkan sangat bagus Mai 👍

PapernPlanner wujud sebab susah cari planner yg memenuhi citarasa sendiri, hehehe 😄

1st time dgr filofax time tengok movie 27dresses kalau tak silap few years ago...craft corner LZ tu, menarik..sweet simple..

Filofax tak berapa popular di Malaysia Mrs.Pip sebab mahal.. Kalau beli online delivery address pun RM150.00 x berbaloi-baloi..

Thanks Mrs. Pip, craft corner simple jer, hehehe 💕

Kagumnya tgk planner LZ yg cantik tu. Ana suka tgk org yang guna planner ni sebab kebanyakkan mereka org2 yg kreatif. Tgk je lah planner masing2 berwarna warni penuh dengan catatan yg menarik. Kalau ana lah, mmg tak dapat lah secantik sekreatif mcm tu. Buta seni org kata 😅

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More