HAPPY BIRTHDAY ATAU SELAMAT HARI LAHIR | Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-39 tempoh hari.. Syukur atas nikmatNya selama ini.. Terima kasih kepada ibu yang melahirkan ku..
Selain dari menerima ucapan dari kenalan dan rakan-rakan, Google juga meraikan birthday ku, >_<
Happy Birthday from google.com |
Hanya doa dan harapan untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari mendatang..
Di sebalik ucapan "Happy Birthday to You" dan "Selamat Hari Lahir" terungkap 1001 macam perasaan di kala umur menjangkau awal 40-an:
"Umur 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita
mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (seperti jatuh sakit, kematian
dsb.) atau dari pasangan hidup (seperti masalah rumahtangga, jatuh sakit
dsb.) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang
bermula umur 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat
kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian kerana hanya
dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon
pertolonganNya.
Orang yang BIJAK menggunakan peluang
yang diberikan akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan
dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua
dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang
yang KURANG BIJAK tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap
panggilan Tuhan. Malah di kala orang lain semua bersiap sedia menghadapi
segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.
Ada
yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala
padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta di luar,
sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Amatlah
menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit
dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri. Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya
jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua
lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang. Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan." - credit to WhatsApp group
Peringatan kepada diri sendiri kerana kerap leka..
23 Comments:
kejap yeee. saya masih terkejut dengan umur sis. seriously 40? mmmmm sama umur kakak sulung amer lahir tahun 1977... hrmmmm tahniah sis... rajin berblog. akak amer tu.. hahahaha x nak dia berblog
Sis tahun ni masuk 39 tahun, kira di ambang 40-an (persediaan tahun depan - in shaa Allah kalau panjang umur). Terasa dah tua Amer Jaya.. Kakak Amer Jaya x minat blogging kot, mungkin hobi dia lain.. 😄
Gang WhatsApp rakan sebaya forward text ni sebagai reminder. Jadi sis abadikan di sini..
Happy belated birthday LZ. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang teebaik dan berbahagia didunia dan akhirat. Amin. ❤❤❤
Waaaa serius la akak dah 39 tahun kak? saya ingatkan akak dalam awal 30 an macamtu hehehe. apa-apa pun Selamat Hari Lahir kak. Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Ada orang cakap life begins at 40. entahla haha.
..آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ..
Terima kasih Ana Suhana.. 😘
..آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Betul akak 39 tahun, hehehehe mana ada awal 30-an.. Life begins at 40 tu Syed pendapat masing-masing untuk menginterpretasi maksud itu.. Mula untuk tambah saham akhirat sebenarnya kot cuma org salah tafsir, hehehe.. 😕
Masih belum terlambat nak wish happy birthday to you sis LZ ..semoga hidup diberkati Allah Taala
Hepy Bezday LZ....moga sentiasa dalam limpahan rahmat Allah. Muda lagi tu LZ. ....Yg bertambah cuma angka.
Moga Allah berikan kesihatan yg baik supaya kita dapat beramal dgn mudah...
Seriously akak 39? Terkejut bila tahu umur kak LZ :D Apa pun, happy belated birthday kak. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dan sentiasa berada di bawah lindunganNya :)
Aminnn..
Terima kasih Cik CL atas doa dan ingatan.. 😍
Aminnn..
Terima kasih Mak Nom, hehehehe 😍
Aminnn..
Hehehehe betul Siqah..
Terima kasih atas doa dan ingatan.. 😍
happy belated birthday dear...moga terus bahagia dan ceria selalu
Sanah Helwah..semoga sentiasa dibawah rahmatNya..
Aminnn, semoga Mrs. Anna diberkatiNya sentiasa..
Terima kasih 😍
Aminnn, terima kasih nohas..
Semoga nohas dirahmatiNya selalu.. 😄
Aminn..
Terima kasih mendoakan.. Sis harap Noor Azlan dirahmatiNya selalu..
Happy Belated Birthday!!! Stay pretty, awet muda, bahagia, dirahmati dan diberkati Allah selalu, berjaya dunia akhirat. InsyaAllah ameen... 💐🎈
Ameen..
Terima kasih dear..
Semoga Qila dirahmatiNya selalu..
happy belated birthday LZ!
Terima kasih Nina :-)
InsyaAllah :) Slmt hr lahir LZ ! Mek tk tahu ue baby february :)
Terima kasih Mek..
Yes dear, LZ baby February.. Baby keeeee hehehe 😍
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!