Assalamualaikum & Selamat Sejahtera to all readers.. Happy Monday everyone.. Pagi ni saya ada meeting pengurusan, saya sebagai Secretariat yang akan mencatat minit mesyuarat. Meeting ni I tell you memang memeningkan kepala dan make me stress.. Ditambah lagi tugas ni bukan kerja hakiki saya tapi scope kerja orang lain. Arrrggghhhh..
Whatever it is, doakan saya semoga dipermudahkan dan saya juga doakan rakan-rakan semua sihat dan ceria selalu..
Okay, bagi mood happy sikit. Tajuk post 'Stationery Addict', apa benda sampai ketagih tu? Kali ni saya nak cerita tentang stationery or alat tulis yang membuatkan saya ketagih or addicted. Basic alat tulis kita masa zaman sekolah ialah pen, pensil, pembaris, getah pemadam, gunting dan liquid paper. Tapi zaman sekarang macam-macam jenis stationery ada. Dahlah cute, canggih, berwarna-warni, macam-macam pula kegunaannya, rambang mata dibuatnya so macam mana saya tak ketagih especially bila kita masuk ke Daiso..
Contoh seperti ini:
Sejak saya join group planner di Instagram dan exchange stationeries dengan penpal di luar negara, saya jadi seorang yang 'gila' stationery. Pantang saja masuk kedai buku or kedai alat tulis tak sah kalau tak beli sesuatu alat tulis. Kegunaan alat tulis saya yang berwarna-warni ni lebih digunakan untuk menandakan planner. Planners or organizer saya lebih kepada financial planning. Jadi setiap warna menunjukkan kod tertentu, contoh camni:
Sample from @mswenduhh
Ni koleksi gel pens saya..
Ini pula haul dari Daiso iaitu fail untuk Lifetime binder, pouch, charms untuk my foamdori, pen for my planner (my pocket Filofax dalam bag) dan postcards album.
Ini pula bookmarks, stickers and washi tapes for planners decoration.
Stickers tu saya gunakan untuk ini, my daily expenses record :
Ini pula small stickers for planners. Contoh, bila tarikh gaji saya akan lekatkan sticker 'Payday', bila tiba tarikh due date untuk bayar loan Rumah, credit card or apa saja bayaran, saya akan tampal sticker 'To pay' pada tarikh planner dalam bulan tersebut dan banyak lagi icon-icon comel lagi untuk menandakan sesuatu supaya kita alert.
Then, di bawah ni nama dia washi tapes. Sat lagi saya tunjukkan kegunaan washi tapes ni.
Bawah ni saya senaraikan design washi tapes yang saya ada supaya tak terbeli lebih dari satu design.
Camnilah kegunaan washi tapes iaitu digunakan sebagai border supaya sudut kertas tak bergulung or lebih kepada décor:
Berikut stationeries haul dari Kaison iaitu buku nota comel dan washi tapes. Buku nota tu untuk projek foamdori saya.. hehehe so excited!
Ni pula, inserts untuk foamdori saya iaitu financial planner untuk weekly dan monthly budget serta wallet planner untuk rekod perbelanjaan harian saya.
Ini pula my foamdori passport size (merah) dan saiz Midori Travelers Note (MTN) warna biru. Saya buat sendiri foamdori ni sekadar hobi untuk mengisi masa lapang.
My foamdori in red.
My foamdori in blue.
Ini pula my planner pages. Decorations untuk bulan January 2015. Frankly speaking saya tak pandai decorate planners berbanding gang-gang group yang memang super terror. Design saya sangaaaat kaku..
Ni pula contoh planner page decorated by Sara via her IG @sarahplanner.
Cantik..
Okay setakat ini sahaja entry untuk release stress. Cerita kosong tentang seorang Stationery Addict dan bagaimana dia menggunakan planners dan buku nota untuk merancang aktiviti harian supaya on track. Begitulah cara saya 'merakam' segala aktiviti harian. Apa pun, kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan.
That's all for now..
Thank you for reading.
Wasalam..
Regards,
I am LZ
7 Comments:
Tengok planner dalam ig semua cantik2 dan kreatif. Kalau Ana yg buat, nampak hambar je rasanya. Tak kreatif langsung. Puas pikir tp pengakhirannya tetap hambar. 😅😅😅
Mana tau hambar, itu perasaan Ana kot.. Cuba tunjuk mesti wow 😮.. It's okay janji ada usaha di situ dear 😍
perfect!hi lz..i love reading yours..u know ..dulu cita-cita irda nak jad lawyer..heheh now i have u my blog frends lawyer..hihi follow u
Thank you so much Irda 💕..
LZ pun suka baca blog Irda, tunggu masa untuk khatam entri satu persatu sebab baru kenal blog Irda hari ni 😍.
Hahaha planner saya lagi hambar kak LZ.
Yang pasti lepas ada planner comel tu sy selalu masuk bahagian stationary untuk cari mendalah sticker comel2 tu. Haha jangkit pula ketagihan yang sama.
Permulaan memang belum meriah Mai..
Tunggulah bila Mai dah terror nanti mesti lebih creative dari akak..
Haaaa itulah penangan planner, sure terus jadi stationery addict! By the way welcome to the planner world Mai 😘💕
Baru2 ni ana ke DIY yg baru di buka dekat rumah MIL. Banyak sgt sticker2 menarik mcm atas ni. Geram je tgk tp tak tahu nak buat apa. Beli lah 1-2 untuk puaskan hati. Hehe 😊😊
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!