Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 42 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

KEISTIMEWAAN KRIM TANGAN & KUKU JENAMA MARKS & SPENCER

KEISTIMEWAAN ROSE HAND & NAIL CREAM FLORAL COLLECTION BY MARKS & SEPENCER | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Didoakan semoga pembaca semua dipermudahkan segala urusan dan dilindungiNya selalu.. Alhamdulillah, bersua kita di post ini..

Kali ini saya nak buat product review mengenai Rose Hand & Nail Cream Floral Collection by Marks & Spencer..

 

Untuk pengetahuan saya telah menggunakan krim ini bertahun lamanya kerana krim ini mempunyai keistimewaan tersendiri..

Apa keistimewaan krim ini?
Cuba lihat  kulit tangan model di bawah (cewahhhh.. I guna model tau, jangan marah...) :


Mula-mula picit cream sebesar saiz kacang pea untuk setiap tangan.. 
(Jadi tak hairanlah jika cream ini mampu bertahan lama..)


Gosok rata keseluruhan tangan dan pada kuku hingga krim betul-betul meresap dan tiada rasa greasy..

  

Lihatlah hasilnya, nampak tak kulit lembab dan lembut.. Bukan itu sahaja, bau wangian rose semerbak harum kekal mewangi memang semangat buat kerja.. 

Itulah keistimewaan krim ini iaitu :

  • tidak melekit (non-greasy)
  • melembabkan kulit tangan
  • kulit tangan menjadi lembut
  • menguatkan kuku
  • bau haruman bunga semerbak harum mewangi

Pernah saya post di blog sebelum ini mengenai 3 rutin harian saya di pejabat iaitu salah satu darinya menyapu losyen / krim di tangan sebelum buat kerja.. Al-maklum, bila menaip kadang-kadang kuku tersiat. Jadi krim tangan dan kuku ini juga boleh membantu mencegah masalah tersebut..

Itulah serba sedikit review tentang product Marks & Spencer - Floral Collection Rose Hand & Nail Cream. Untuk keterangan lanjut dan testimonial krim ini boleh kunjungi website Mark & Spencer : Floral Collection Rose Hand & Nail Cream

Oh ya, packaging kini sudah bertukar.. Jangan pula cari sama macam dalam gambar, memang tak jumpalah..
 
Ini dia packaging terkini.. 

Bagaimana pula dengan harga? 
Ooooo jangan risau harga hanya RM18.00 sahaja..


  

Ini sudah menjadi pemandangan biasa setiap pagi sebelum membuat kerja di pejabat - a mug of coffee and losyen kemudian barulah computer.. Pernah diceritakan di sini.


Begitulah kisahnya.. Sebelum berakhir, sudi-sudilah kiranya berkongsi pendapat tentang losyen kegemaran masing-masing.. Okay, itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di post akan datang..
Sekian, wasalam..


Regards,

Comments

  1. Memang nampak kelembapan kulit tu lepas apply lah LZ. Ana jarang pakai krim/lotion ni. Memula beli je semangat pakai lepas tu ke laut. Memang tak consistent langsung. Kecuali untuk kulit muka. Boleh pulak hari2 pakai. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best losyen ni Ana.. LZ suka sebab bau ros wangi.. Kulit tangan LZ sangat sensitif bila basuh pinggan mangkuk, akan rasa kering dan kasar. Tu sebab perlu sapu losyen untuk stay lembab dan halus.. hehehe

      Kulit muka of course kena focus lebih Ana, hehehehe 😉

      Delete
  2. Bestnya! Dapat bayang la bau rose semerbak harum hehe.. Tapi saya setia dengan johnson's baby je. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis dah addicted to roses fragrance Qila.. hehehe tapi Johnson's baby lotion pun best juga.. 😄

      Delete
  3. Hehehe betul ke kalau pakai losyen makin lebat bulu roma, sampai takut sy nak pakai losyen sebab terpercaya dgn mitos tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mitos ni akak baru dengar Mayy.. Setahu akak kelebatan bulu bergantung kepada hormones. So far akak guna losyen takde lebat bulu roma, masih seperti biasa 😉

      Delete
  4. Tak mahal juga kan rm18 je, tapi kalau wangi memang saya pun suka bau... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahal sangat Noor Azlan, harga mampu milik, kualiti pun bagus. 😄

      Delete
  5. lama dh tak pakai losyen.. hehehe
    selalunya nivea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nivea pun antara jenama terbaik sejak dulu lagi Nina..
      Bagus kalau Nina guna Nivea setiap hari, nanti kulit bertambah halus mulus.. :-)

      Delete
  6. Bagus produk ni.
    Rasanya orang lelaki pun boleh pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh WP..
      Losyen tangan dan kuku sesiapa boleh pakai tak kira jantina.. :-)

      Delete
  7. wanita memang kena jaga penampilan....

    ReplyDelete
  8. Trasa nk beli je losyen tu tp mek jenis kejap je istiqamah nye --' lepas keringgggg losyen atas meja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kulit Mek dah halus mulus, comey lote.. sesekali sapu losyen pun takpe. Elok x yah beli Mek kalau kering atas meja, membazir amalan syaitan tau, hehehe saje gurau.. 😁

      Delete
  9. Siqah takut nak masuk M&S. Hehe. Sebab barangnya mahal. Hihi. Maybe boleh masuk pasni untuk beli losyen ni je. Macam menarik je baca review akak :) Siqah sekarang pakai losyen Nivea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk jer Siqah 😁.. Banyak juga produk lain mampu beli selain baju.. Kasut pun akak suka tapi kena pandai pilih material kalau tidak keras kejung dan awas ada pig skin lining jugak tau..

      Siqah sama macam Nina, Nina Mads pun suka guna losyen Nivea.. Bagus losyen tu sejak berzaman lagi masih ada sampai sekarang..

      Delete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

ppl love these

Resepi Scone Kismis Gebu, Simple & Sedap
RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua p…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
Pokok Bonsai Bunga Kertas Menjadi Idaman
POKOK BONSAI BUNGA KERTAS MENJADI IDAMAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely r…
Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini
SAYONARA STATIONERY GIVEAWAY BY NINIHANINI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pemb…