Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 42 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

SEMAK TARIKH LUPUT KOSMETIK ANDA

SEMAK TARIKH LUPUT KOSMETIK ANDA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Tahukah anda bahawa bukan hanya makanan sahaja mempunyai tarikh luput malah product cosmetic seperti alat solek dan perfumes juga mempunyai jangka hayat tertentu.


Jadi bagaimana cara untuk menyemak tarikh luput product kecantikan tersebut? Selain daripada menyemak tarikh luput, kita juga boleh menyemak keaslian wangian / perfumes yang dibeli. 

Post kali ini saya share bagaimana caranya. Tapi harus diingat bahawa kaedah ini hanya boleh digunakan untuk product jenama luar negara seperti yang disenaraikan.

Okay, kita pergi ke website : CheckFresh.com

CheckFresh.com 

Mula-mula pilih jenama produk kecantikan anda seperti yang disenaraikan.. 
Setiap product kecantikan terdapat code pada bahagian kotak.. Semak code dan masukkan code di bahagian 'Batch code'. Saya buat satu contoh perfume yang baru saya beli tempoh hari, jenama Christian Dior Poison Girl.

Code pada kotak bernombor : 5Y02
 Batch code yang terdapat pada kotak ialah  5Y02.

 

Pilih jenama produk kosmetik, kemudian isi ruangan 'Batch Code'

 

Selepas masukkan maklumat yang dikehendaki, click 'Check' untuk mendapatkan keputusan.


Lihat laporan yang dikeluarkan seperti yang dipaparkan dalam kotak merah.. Terdapat maklumat mengenai perfume tersebut. 

Jika kita memasukkan jenama dan batch code yang tidak padan, maka salah satu maklumat tidak betul seperti jenama product yang berlainan atau langsung tidak menunjukkan sebarang keputusan.


Begitulah kaedah yang boleh digunakan.
Semoga maklumat ini membantu pembaca menentukan tarikh luput barangan kecantikan yang digunakan untuk mengelakkan pembaca menggunakan product kecantikan yang telah luput. Kesan penggunaan product yang telah luput berkemungkinan kita akan mengalami masalah kulit akibat dari ramuan kosmetik tersebut.

Itu sahaja maklumat yang ingin dikongsi bersama.
Sekian, wasalam.

Regards,

Comments

  1. Patutnya benda ni apply sekali dengan produk dalam negara.... memang terbaik info ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa malangnya tak cover info utk local produk Noor Azlan..

      Delete
  2. Oo untuk produk luar je. Kalau boleh guna untuk dlm ngra lagi bgus kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Cik Renex, harap pengusaha produk kecantikan dalam negara akan buat juga database spt ini in the future.. 😊

      Delete
  3. haha...menarik.
    balik karang I try...

    nampak nau banyak perfume zaman purba...
    pakai sedas dua...bosan ... beli baru. bosan lagi beli baru.
    hihihi...
    agaknya sebab tu lah perfume kena beli botol kecil.
    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try jgn x try Nhhas..

      Kita serupa cepat jemu dgn bau yg sama tp x menahan beli botol besar.. Kalau beli botol kecil blm sempat jemu dah habis, hehehehe itulah mslhnya.. 😁

      Delete
  4. Kadang kadang nak masuk web tu malas.... lagi pun kosmetik yg ada pun bukannya banyak haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak pun kena ingat jugak expiry date dia Mak Nom.. Kang terguna bedak expired habis kulit wajah halus mulus tumbuh jerawat.. huhuhu

      Delete
  5. Perkongsian yang menarik.. Sha tak pakai make up.. perfume pula suka beli yang botol kecil.. kalau besar, alamatnya bertahun-tahun baru habis.. hehehea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oic, senang macam tu Sha x perlu lama bersiap sebelum keluar.. LZ memang akan ambil masa lama utk bersiap sebelum pergi mana2, hehehe

      Delete
    2. Ana pun sama macam Sha. Just pakai aloevera gel, lipbalm dan secalit perfume. Lepas tu happy keluar sampai petang. Hehe.

      Delete
    3. Untung Sha dan Ana sebab x make up sangat, jadi tak ambil masa lama bila bersiap keluar.. 😄

      Delete
  6. terima kasih atas perkongsian ni akak. busyra tak tau pun bila tarikh luput. bila tngok post akak ni snnag la skit. hehe

    ReplyDelete
  7. Baru tahu pasal kemudahan check expired date makeup ni. Mai agak2 ja, rasa macam dah keras atau 2 tahun macam tu, terus buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better tulis kat mana-mana bahagian make-up tu tarikh beli Mai..
      Kalau terguna make-up expired takut ada kesan sampingan..
      Cara Mai tu okay jugak, kalau dah bertukar maknanya tak elok lagi..

      Delete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

ppl love these

Resepi Scone Kismis Gebu, Simple & Sedap
RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua p…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
Pokok Bonsai Bunga Kertas Menjadi Idaman
POKOK BONSAI BUNGA KERTAS MENJADI IDAMAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely r…
Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini
SAYONARA STATIONERY GIVEAWAY BY NINIHANINI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pemb…