RESEPI ASAM PEDAS SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua rakan blogger. Asam pedas memang lauk kegemaran saya dulu kini dan selamanya.. Minggu ni saja 2 kali saya pekena asam pedas air tangan sendiri, memang mables! Setakat ni masih belum jemu. Umum mengetahui, negeri Melaka dan Johor memang terkenal dengan asam pedas sejak dulu lagi..
Resepi Asam Pedas |
Post kali ni tak mau cerita panjang, saya ingin berkongsi resepi asam pedas sedap dan mudah pula disediakan.
BAHAN-BAHAN
• segengam cili kering* (rendam dengan air panas hingga kembang)
• 1 biji bawang besar*
• 4 ulas bawang putih*
• 1 inci halia*
•. 1 inci kunyit*
• 1 sudu besar serbuk lada hitam*
•. 1 inci belacan*
• Air asam jawa
•. Beberapa ekor ikan (jenis ikan ikut citarasa sendiri)
•. daun kesum dan bendi
• 2 putik bunga kantan dibelah dua
•. Sedikit garam dan gula secukup rasa
CARA :
1. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit minyak dan air. Tips : minyak berfungsi untuk menghancurkan biji cili.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar halus. Masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan, biar seketika hingga ikan masak. Terbalikkan supaya ikan disalut dengan bahan tumis dalam periuk.
5. Masukkan bendi, daun kesum dan bunga kantan. Tunggu seketika hingga masak.
6. Sedia untuk dihidang.
Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar halus. Masak hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.. |
Masukkan ikan dan biar hingga ikan masak.. Sedia untuk dihidang.. |
Saya suka letak sayur kubis masin dan bendi lebih.. Ini optional, ikut citarasa masing-masing. Begitulah resepi Asam Pedas Sedap.
Ana kalau asam pedas suka ikan pari atau tenggiri. Lepas tu makan dengan nasi dan kicap. Tu untuk lunch lah. Kalau minum petang, buat jemput-jemput cecah kuah asam pedas. 😘😘😘
ReplyDeleteLZ macam Ana, bila mkn asam pedas mesti letak kicap 😁.. Tak sah bila habis nasi terus hirup kuah.. Yup betul, sedap kuah dia cicah cekodok, hihihi 😆
DeleteSedapnya kak asam pedas. saya pun suka juga asam pedas sebab mak selalu masak. Asam pedas ni antara makanan yg senang untuk dimasak tapi yang penting rasa dia sedap :')
ReplyDeleteYes tepat sekali Syed..
DeleteSedap kalau kena rasa dia kannn.. 😄
Kat rumah jarang sangat masak asam pedas ni. Nanti boleh cuba resepi akak LZ ni. 😊
ReplyDeleteSilakan CikRenex..
DeleteNanti share outcome dia tau.. 😄
sedapnyaa. busyra tak reti nak buat asam pedas pekat mcm ni.. sbb kalau kedah asam pedas dia cair. hehe. tngok yg ni mmg sedap!
ReplyDeleteMesti boleh Busyra.. cuba kurangkan air dia dan semasa rebus tunggu hingga kuah pekat.. 😄
DeleteSelamat mencuba 😍
Sedapnyaa asam pedas. Tp, kalau asam pedas versi kat rumah saya wrna kuning and tak letak cili kering. Just letak cili padi nak bagi pedas je. Hee :)
ReplyDeleteWow mesti asam pedas versi masakan kat rmh Fatihah pedas berapi sbb guna cili padi..
DeleteLain jugak cara dia yaa..😄
Perghhh... nampak pon dh sedap. hmmm...
ReplyDeleteKannn Ridz, nampak pun dah sedap apalagi kalau dapat rasa memang sedap, hehehe
DeleteSedap ek letak lada hitam tu LZ. Hakak masak asam pedas tak pernah letak. Pernah dengar jugak org buh lada hitam tp asam pedas ayam.
ReplyDeleteSedap Mak Nom.. Lada hitam sbg optional.. Ada org letak halba tapi LZ x suka..
DeleteSesekali boleh cuba letak lada hitam, tengok kena selera atau tidak.. 😉
Sedapnyaaa asam pedas! Siqah suka ikan pari masak asam pedas. Fuhhh! Terangkat makan. Tambah lagi kalau kuah asam pedas yang pekat :D
ReplyDeleteFuhhh Siqah describe pun dah terbayang rupa asam pedas tu.. Memang best kuah pekat makan dengan nasi panas letak kicap, hehehehe 😅
DeleteSedapnya asam pedas! Sampai sekarang tak reti lagi buat asam pedas T_T
ReplyDeleteApa kata Nad follow step by step resepi akak, in shaa Allah terror 😍
DeleteAdoi!!! entry yang kejam.
ReplyDeleteTelan air liur Mrs. A dibuatnya.
Hehehehe saje bagi Mrs. A terliur.. kihkihkih 😆
Deletesedapnyaaa asam pedas.. lama tak makan kena buat ni.hehehe
ReplyDeleteMemang betul sedap Nina, kena masak sendiri baru puas hati 😄
Deletehai akak.tq for follow me..memang sedap asam pedas ni.lama dah x makan..hehe..umi masak sedap
ReplyDeleteSama2 kasih Rabia..
DeleteMasakan ibu memang sedap tiada tandingan kann 😍
Mudah jugak nk prepare asam pedas ni kecuali tang kisar mngisar tu --' Mek antara insan yg paling malas ntuk kisar mengisar --'
ReplyDeleteKalau Mek malas mengisar apalagi guna cili boh lah jawabnya.. LZ pun sama malas kisar-mengisar, selalu guna cili boh jugak.. hehehe 😁
DeleteNampak pekat asam pedas kak LZ. Mai suka asam pedas ni, bulan ramadhan je selalu juga mak buat.hehehe
ReplyDeleteAkak memang suka asam pedas pekat Mai..
DeleteKalau cair macam tak cukup syarat pulak, hehehe
Oooo lauk Mai bila bulan puasa..