Monday, February 20, 2017

MAAFKAN SAYA

MAAFKAN SAYA | Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi kekuatan dan peluang untuk menulis post seterusnya.. Semasa menulis post ini jiwa saya agak kurang tenteram kerana mengetahui 'gurauan' saya terlebih hingga menyinggung perasaan seseorang.. Demi Allah saya tak berniat menyakitkan hati sesiapa..

Dalam keadaan kita seharian seringkali mendengar berita kematian di sana sini, saya selalu berfikir bagaimana pula pengakhiran hayat saya nanti.. Tambahan pula, selalu berurusan pergi dan balik kerja di jalanraya tak mustahil kemalangan menjadi penyebabnya.. Oleh itu saya mudah terasa dan sensitif jika berbuat salah kepada orang lain.. Saya bukan manusia jenis 'ada aku kisah?'.. Yes I do care! Saya jenis sangat kisah andai ada hati yang terasa disebabkan perbuatan saya walaupun tanpa sengaja.. Saya jadi serba salah, sedih, kecewa dan serba serbi tak kena..

 

Masih terngiang-ngiang di telinga perbualan arwah adik saya bercerita dengan emak. "Mak, tadi nampak kawan aku Farid accident depan mata.. Kepala dia terhantuk divider jalanraya. Nyawa dia masih ada masa aku riba sementara tunggu ambulance tiba, dia nazak, tentu sakitkan masa tu.." arwah adik cerita bersungguh-sungguh dengan raut wajah ngeri dan takut. Pada ketika itu, mak hanya berpesan kepadanya supaya berhati-hati semasa di jalanraya.

Beberapa bulan selepas itu, adik saya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya dengan keadaan lebih tragis dari kematian rakannya, arwah Farid. Arwah adik saya tentu tak menyangka pengakhiran hayatnya begitu kannn.. Life is fragile, we are not guaranteed a tomorrow.. 

Jadi dari peristiwa itu saya sangat terkesan. Andai ada salah silap saya sesama manusia, cepat-cepat saya minta maaf.. Mungkin esok saya tiada.. Dosa dengan Allah akan diampunkan dengan taubat, in shaa Allah tetapi dosa sesama manusia hanya dengan maaf dan redhanya.    

Oleh itu, maafkan saya andai ada komen-komen saya yang menyinggung perasaan saudara saudari.. Demi Allah saya tak berniat untuk mengaibkan sesiapa.. Begitu juga kepada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, maafkan saya andai ada hati yang terluka..

Sekian, wasalam..
Regards,

42 Comments:

  1. Memohon maaf satu sikap yang terpuji. Tahniah LZ.

    Ada orang hatinya terlalu sensitif. Berbaik sangka je lah.

    Dont be sad. Keep smiling pretty 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Ana sangat memahami.. Luv u dear.. 😍

      Delete
  2. Setiap orang tak lari daripada melakukan kesilapan kak.
    Jangan sedih-sedih hehehe.

    ReplyDelete
  3. haishhh. tiba2 pulak entry sedih ni. sobb sobb. salam takziah miss LZ. :( sedihh baca cerita miss Lz ni. Semoga kita semua dijauhkan dari kejadian mcm tu.. :(

    Amer maafkan Miss Lz walaupun tiada salah apa. and amer pun mtk maaf jugak kat miss Lz sebab letak blog miss lz dalam bloglist amer. :D

    Blogwalking sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Amer, Al-Fatihah kepada arwah..
      Amin. Semoga kita sentiasa dijauhkan dari malapetaka yg tidak diingini..

      Okay LZ pun akan letak blog Amer Jaya di blog list ini. Thanks for your support..

      Delete
  4. Al fatihah buat adik akak.. moga2an kita semua dapat dijauhkan dengan kejadian yang tak baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Semoga dimakhbulkan..
      Terima kasih Rockysweety 😍

      Delete
  5. Aduhhhh.... terasa jugak ni LZ. Betul cakap awak tu LZ, ajal kita bila bila masa aje sebenarnya. Kadang kadang mmg terfikir jugak pasal kematian ni. Nak nak umur yg dah hampir senja mcm saya

    Sedihnya baca cerita pasal arwah adik tu. Yelahkan sapalah yg nak mati, kalau boleh nak merasai usia yg panjang lagi.
    Samalah ye LZ, saya pun mohon maaf jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita beringat Mak Nom.. Setiap manusia x lepas dari melakukan kesalahan.. 😃

      Delete
  6. sayu bila baca entry ni dan dalam masa yang sama terkesan juga sebab pastinya sebagai manusia kita ada banyak salah dengan manusia yang lain kan? Terdetik kat hati, kalau kita tak sempat nak minta maaf dengan mereka2 yang mungkin pernahh kita berbuat salah (lost contact)... bagaimanakah caranya untuk kita tebus kesalahan tersebut ya? hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Siti Awadah, kita manusia biasa tak lepas dari kesilapan. Persoalan tu x pasti pula saya bagaimana caranya, mungkin wajar kita sama2 rujuk kepada alim ulama..

      Delete
  7. Takziaah kak atas kehilangan part of your family. Ira dapat rasakan macam mana pilu kehilangan insan yang dulu selalu ada bersama kita tapi sekarang hanya kenangan yang tidak bernyawa. Semoga yang baik-baik aje untuk kita semua IA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, terima kasih Ira.. :-)

      Memang betul Ira, terasa mcm baru semalam dia pergi pdhal dah 13 tahun berlalu..

      Delete
  8. Incident yg terjadi pada adik LZ similar dgn salah satu remaja yg terlibat dlm kemalangan basikal 8 remaja baru-baru ini. Sebelum dia pergi dia ada bertanya pada ibunya tentang meninggal accident. Lepas itu dia pun sama. Manalah ibu dan keluarga tak sedih. Kakak yg sekadar baca dari whatsapp pun menitik airmata. Moga rohnya dicucuri rahmah Allah.

    Bermaafan amat dituntut dalam Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kebetulan sama Kak Zakie, memang terkesan sgt kak.

      Aminnn..

      Delete
  9. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga rohnya dicucuri rahmat dariNya..Amin..

      Delete
  10. Perkongsian yang bagus sis.. Betul tu kematian datang tidak bertanda.. kalau boleh memang meminta maaf dan salin memaafi.. semoga Allah sentiasa merahmati sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Betul Sha..
      Same goes to you.. Semoga Sha dipermudahkan segala urusan dan dirahmatiNya selalu..

      Delete
  11. Yelah, setiap orang tidak dapat lari dari membuat kesilapan. Kadang2 kita rasa apa yang kita tuturkan 'ok je' tapi pada orang lain yang menerimanya 'tidak'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Sweetie, itulah yg berlaku.. Pd LZ ok tapi sebaliknya.. Hanya mampu mohon maaf dan berjanji akan berhati2 memberi pendapat..

      Delete
  12. Allah akak. Baca entry ni, saya pun sedar akan kesilapan yang selalu saya buat. Dengan personaliti yang mudah marah dan mudah sejuk. Setiap kali ada yang buatkan hati saya sakit, laju je mulut membidas balik. Dan, kemudian mulalah rasa bersalah dan nak mntak maaf.

    Saya pun sama kak. Mohon maaf kalau ada tersilap bicara. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana x elok kita ubah sikit2 Fatihah, kita manusia biasa.. Belajar dari kesilapan..

      Ana Fatihah xde salah dgn akak.. Akak pun sama kalau ada tersilap bicara yer.. 😄

      Delete
  13. betul2 terkesan dengan entry ni.. kedang2 terlalu ikut kan perasaan sampai tak sedar kite ade buat org tersinggung.. mohon maaf sekirnya ada kata-kata yg mengguris =')
    follow sini #44

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde salah MisDiarios pd LZ 😄.
      Sayang nak memutuskan persahabatan dgn kesilapan yg x disengajakan..Betul kadang-kadang memang x sedar bahawa perkataan kita menyinggung perasaan org..

      Terima kasih sudi follow.. 😃

      Delete
  14. Assalam LZ.
    pakcik ikut blog LZ.
    Sama2lah kita bermaaf2an tak kira ada silap atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam pakcik WP..
      Yer samalah kita..
      Semoga pakcik WP diluaskan pintu rezeki & dirahmatiNya selalu..

      Delete
  15. akak takde buat salah dengan kite pun.. :)

    kite sebagai manusia tak lari dari buat silap.. yang penting kite sedar dan minta maaf.. jangan ego..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul E'in..
      Terima kasih adikku sudi jadi sahabat blogger LZ..

      Delete
  16. manusia LZ, pasti akan buat silap. bila kita terlebih bergurau, memang tanpa kita sedar kengkadang boleh terlajak gurau. yg penting kita minta maaf dan memaafkan org 😄 happy 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg berlaku Nour Adieb,
      Manalah tau ada org terlalu sensitive sehingga x boleh terima teguran atau gurauan..

      Jadi LZ belajar dari kesilapan.. Maaflah yg mampu ku pinta..😖

      Delete
  17. memohon maaf adalah satu sifat terpuji.. :) dan al-fatihah untuk arwah adik akak.. InshaAllah dia sntiasa tenang di sana :)

    ReplyDelete
  18. semoga roh adik LZ tenang di sana.. al fatihah
    hari2 fikir pasal mati. mengingatinya buat kita hari2 insaf dan nak berubah tmbah2 ke tempat kerja tgk org accident.

    dikelilingi dgn org2 jenis ada aku kisah buat nina faham perassan LZ.. semoga org2 ini sedar tp entah bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Betul Nina, bila ingat mati rasa hal duniawi kita x berapa peduli sangat cuma perlu jaga hubungan sesama manusia kerana mati kita bawa dosa dari dunia..

      LZ hanya mampu bersabar dan berdoa yg terbaik.. Thanks Nina 😍

      Delete
  19. Harap kita di maafkan dn kita pon maafkan org yg buat slh dgn kita :) InsyaAllah kita akn lebih tenang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali Mek..
      Hati pun tenang bila takde simpan dendam.. 😄

      Delete
  20. saya sekrang pun takut nak komen atau bergurau , takut ada yang tersinggung. niat kita lain, disangkanya lain... tapi hanya mampu bersabar & berdoa semoga diberikan ketabahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameennn..
      Betul Dorsett Pink, jadikan ianya sebagai peringatan kita bersama.. 😢

      Delete
  21. Betul tu kak Lz, kematian bukan menunggu tua, tiba-tiba sahaja boleh datang.

    Semoga pemergiaan kita nanti tidak membawa bersama dendam dan dosa sesama manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn, perlu saling memaafkan.. Semoga kita terhindar dari penyakit hati.. 💕

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!