My Foxydori Planner Setup

MY FOXYDORI PLANNER SETUP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terima kasih diucapkan atas kunjungan dan sokongan kalian.. Kali ini adalah masa yang sangat sesuai untuk saya berkongsi tentang my FoxyDori planner set up

Saya cerita sedikit mengenai coincident planner ini.. Kebetulan saya sedang tercari-cari planner yang sesuai sebelum ini.. Saya berhasrat untuk membeli planner dari jenis Midori Traveler's Note atau salah satu koleksi wide planner Foxy Fix atau dari koleksi Chic Sparrow.. Ketika sedang membuat study tentang planner yang dihajati mengikut keperluan, saya terbaca bahawa blogger Eeca Shyaa berhasrat untuk let go FoxyDori planner miliknya.. Kata pepatah : Bagai mengantuk disorongkan bantal.. Jadi saya tak mahu lepaskan peluang itu dan terus menerima tawaran Eeca Shyaa memandangkan jenis planner tersebut adalah wide planner yang saya cari dan harga yang ditawarkan oleh Eeca juga adalah sangat murah berbanding harga asal FoxyDori tersebut.. Good quality with a bargain price, tak sanggup saya biarkan peluang itu.. Thank you Eeca.. I love it so much!!

My FoxyDori Planner Set up
Transaksi jual beli dengan Eeca juga dipermudahkan, alhamdulillah.. The next day selepas bayaran dibuat, saya terima planner tersebut.. Jadi hari ini lebih kurang 2 minggu sudah planner itu berada ditangan saya dan semalam baru berkesempatan untuk set up planner tersebut.. Banyak ciri-ciri planner ini yang kebetulan memenuhi citarasa saya.. Happy sangat! Saya akan kongsi dalam entri akan datang..

Untuk pengetahuan harga sebuah planner jenis midori bermula dari RM180.00 ke atas bergantung kepada jenis dan pengeluar yang rata-rata dari Japan dan USA. Ianya agak pricey kerana kebanyakkan original midori planner adalah handmade dan dibuat dari kulit yang berkualiti. 

MIDORI  vs  RING BINDER PLANNER

Saya menggunakan Filofax Personal Planner sebelum ini tetapi telah beralih arah setelah saya mengenali midori planner. Saya suka menggunakan planner jenis midori kerana ianya boleh memuatkan banyak inserts. Inserts tersebut boleh diasing mengikut kategori serta boleh ditukar mengikut mood berbanding ring binder planner. Jika menggunakan ring binder planner, setiap mukasurat perlu ditebuk. Ianya mencacatkan page tersebut. Dari segi ketebalan, planner jenis midori menggunakan elastic dan mampu menampung ketebalan tertentu berbanding ring binder planner yang mempunyai ruang terhad.

My Red Foamdori & My New FoxyDori Planner
Selama ini saya menggunakan foamdori yang dibuat sendiri dan juga dijual melalui Instagram @papernplanner. Hari ini saya bertukar dari foamdori asal (gambar kiri) ke FoxyDori planner dan saya dengan gembira ingin kongsi hasilnya di sini bersama pembaca blog ini..
6 planner inserts
Bagi seorang planner addict, buku-buku di atas ini tentu sudah tidak asing lagi bagi mereka.. Buku-buku ini dipanggil insert(s). Terdapat 6 jenis inserts saya guna iaitu monthly, weekly, financial, budget planner, inspiration dan information.
 

Seterusnya saya susun kesemua inserts tersebut dalam susunan berikut :

Insert pertama : Monthly Planner

Monthly insert
Berikut pula monthly insert.. Mukasurat pertama saya letak quote berkaitan insert tersebut..

 
Monthly insert pages
Insert kedua : Weekly Planner

Weekly planner
Berikut pula merupakan salah satu page dalam weekly planner insert, saya decor ikut mood / idea ketika itu dan setiap page berlainan decoration.. 

Weekly planner pages
Insert ketiga : Information Planner

Information Planner
Ini pula page information iaitu terms yang digunakan dalam undang-undang bagi kes sivil di Mahkamah.. Ianya sebagai sumber rujukan saya. maklumlah lama sudah meninggalkan kuliah undang-undang jadi dengan cara ini ianya mudah diingati.. Just ambil relevant clause sahaja dan tepek di page ini..   

My information planner pages
Bukan sahaja maklumat tentang undang-undang tetapi berkenaan lain-lain yang memberikan informasi kepada saya..

Insert keempat : Budget Planner 

Budget Planner insert
Sebelum Budget Planner insert saya meletakkan sekeping divider untuk melekatkan sticky note. Sticky note tersebut untuk menulis shopping list atau to do list..

Clear divider for sticky notes
 Insert kelima : Financial Planner 

 
Financial Planner pages
Segala perbelanjaan pada bulan berkenaan akan direkodkan dalam financial planner yang berfungsi sebagai spending tracker. Senarai perbelanjaan diambil dari resit-resit yang telah dibelanjakan. Setiap awal bulan saya akan membuat analisis mengenai perbelanjaan yang telah dibelanjakan bagi bulan berkenaan.. Dari situ saya tahu mana pergi duit saya..

 Insert keenam : Inspiration planner

Inspiration Planner insert
Insert untuk inspiration planner. Bagi kategori inspiration saya suka menulis atau menampal quote untuk memberi motivasi kepada diri ini..

Insert ini merupakan segala macam inspirasi atau idea.. Segalanya saya tulis dalam insert ini sebagai panduan.. Ianya lebih berunsur keagamaan dan matlamat hidup.. Ketika saya down saya akan baca semula apa yang ditulis sebelum ini dan menulis perancang yang akan saya lakukan pada masa hadapan tentang kehidupan..

Front page Inspiration Planner Insert
PLANNER ACCESORIES

Midori Card Holder

Bahagian ini saya letak cardstock paper sebagai hiasan..

Midori Card Holder
Midori Zippered Pocket

Zip poket ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian hadapan sleeve dengan 2 slits di setiap satu bahagian. Saya menggunakan bahagian berzip untuk menyimpan wang tunai. Wang tunai tersebut biasanya adalah peruntukkan perbelanjaan sehari.

Midori Zippered Pocket
 Midori Paper Folder

Saya gunakan midori paper folder ini untuk meletakkan resit-resit perbelanjaan pada hari/bulan berkenaan. 

Midori Paper Folder
 Saya suka folder ini kerana terdapat 2 bahagian yang dibuat dari kertas tebal berkualiti.

Midori Paper Folder
Begitulah hasil susunan FoxyDori Planner mengikut keperluan saya ketika ini..

My FoxyDori Planner
Berikut merupakan website koleksi planner idaman saya seperti dinyatakan di atas :



Apa pendapat you all? Suka tak tengok planner saya ni? Suka atau tidak, apa kata letakkan komen di bawah untuk kongsi pendapat anda.. Segala komen yang ditinggalkan amat dihargai dan saya ucapkan thank you in advance atas sokongan kalian..

Okay itu sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


PROMOSI TRICK OR TREAT! BY FAMOUS AMOS..

PROMOSI TRICK OR TREAT! BY FAMOUS AMOS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Today is Friyay!! Trick or Treat! Opssss sorry saya bukan menghebahkan atau mengagungkan perayaan Halloween, tapi saya ingin berkongsi entri tentang promosi Trick or Treat! dari Famous Amos.. Promosi sepaket 80g cookie pada harga RM5.00 sahaja! Murah tau.. Harga biasa RM8.50 tidak termasuk GST. Penggemar Famous Amos sudah tentu tak akan lepaskan peluang.. Lagi pun promosi ini terhad! Bukan selalu dapat harga murah camni.

Trick or Treat! Happy Halloween by Famous Amos
After came across iklan itu saya terus blast #ganglunch.. "Gang esok jangan lupa terjah Famous Amos lepas lunch, ada promosi tau!" Maka misi direalisasi lepas lunch hari ini..

Click photo for more info
Terma dan syarat-syarat promosi seperti berikut :

1. Tempoh sah dari 26 - 31 Oktober 2017 dari 12pm hingga 6 pm sahaja,
2. Promosi ini tidak termasuk outlet Famous Amos di Penang, Pantai Timur, Boulevard Kuching & Miri dan Permy Mall Miri.
3. Promosi hanya kepada standard cookies sahaja,
4. Terhad kepada 4 paket sahaja bagi seorang pelanggan,
5. Tidak sah kepada harga diskaun yang lain, dan
6. Tawaran sah sementara stok masih ada.

Discounts untuk promosi lain di Famous Amos
Famous Amos outlet di AEON Seremban 2
Mungkin tak ramai tahu tentang promosi ini kerana semasa kami sampai di outlet Famous Amos di AEON Seremban 2, lengang.. Kami membeli dengan selesa tanpa berebut.. Tapi tak lama selepas itu ada sekumpulan pelanggan datang dan mulalah ramai pelanggan di situ..

Famous Amos, freshly baked cookies
#ganglunch membeli 4 paket setiap seorang..  Alang-alang murah memang kami tak akan lepaskan peluang.. Sempena hari Jumaat penuh barakah ini saya hadiahkan beberapa paket kepada officemate..

#ganglunch
Kebetulan ada sebuah photo booth Halloween di AEON Seremban 2.. Jadi sebelum balik semula ke office singgah sebentar di photo booth itu.. Seorang aunty baik hati dengan rela mengambil gambar kami.. Snap photo sekadar suka-suka sebab decor Halloween ni rare, hehehe.  Gambar ini bukan bermakna kami tumpang meraikan tau, takde niat sama sekali.. Harap maklum.. ;-)


Okay itu sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


DITIMPA KEMALANGAN, HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

DITIMPA KEMALANGAN, HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk terus hidup dan meneruskan aktiviti harian.. Semalam ketika pulang dari kerja bersama anak, saya terlibat dalam kemalangan dengan motorsikal.. Hari ini, jam 6.20 petang genap sehari peristiwa itu berlalu namun trauma masih ada.. Bila tutup mata masih ternampak jelas peristiwa itu dan kaki terasa lemah untuk menapak..


Al-kisah ketika hendak masuk ke simpang saya perlu melintas jalan utama 2 hala yang sibuk dengan kenderaan.. Sebuah kenderaan berhenti memberi laluan  kepada saya.. Ketika sedang meninjau lorong satu lagi, tiba-tiba sebuah motorsikal dipandu laju oleh seorang remaja berumur 24 tahun dari arah kiri melanggar sisi bahagian hadapan kereta saya.. Dia sempat membrek but it's too late.. kerana terlalu laju brek tak mahu berhenti. Impak pelanggaran terlalu kuat hingga motor berada di bawah kereta saya manakala dia melambung terus melantun di atas bonet depan kereta saya lalu jatuh berguling di atas jalanraya.. Semuanya berlaku sangat pantas, depan mata saya dan anak.. 

Panik! Itulah perasaan saya ketika itu.. Anak mengadu takut dan menggeletar. Ayat pertama di fikiran : "Ya Allah! Mengapa aku yang terlibat dalam kemalangan ini?!" Saya masih berada dalam kereta berhenti di tengah jalan untuk pastikan keadaan remaja itu. Tak lama kemudian dia bangun dengan kaki terhencut-hencut.. Dia cuba mengambil motornya yang tersepit di bawah kereta.. Apa yang hairan, orang awam hanya berhenti memerhati daripada menolong.. Saya terus keluar dari kereta dan cuba sama-sama mengeluarkan motornya dari bawah kereta.. Saya menyuruh dia menyorong motor itu ke tepi bagi memberi laluan kepada pengguna jalanraya lain manakala saya memandu kereta dan parked kereta saya di bahu jalan berhampiran motornya. Kami berbincang dan saya pastikan dia tiada kecederaan lain  sambil diperhatikan orang awam seperti satu persembahan.. Motornya hancur berkecai, kereta saya pula kemek sedikit..  Syukurlah tiada patah riuk atau melibatkan kemalangan maut..

Hikmah di sebalik musibah
Tak mahu dijadikan bahan tontonan jadi tanpa berlengah saya meninggalkan tempat kejadian.. Saya mengambil keputusan membawa dia ke klinik untuk pemeriksaan lanjut, bimbang ada internal injuries.. Alhamdulillah doctor mengesahkan tiada kecederaan serious. Saya tak mahu meninggalkannya begitu sahaja tanpa mengesahkan tahap kesihatannya. Semasa di dalam kereta, dia memohon maaf berkali-kali.. Dia tak mahu saya lodge police report kerana dia mengaku salah, memandu dengan laju, tanpa memakai helmet, motor pinjam.. Saya tak tanya lanjut hingga ke lesen memandu dan sebagainya.. Cukuplah 2 kesalahan itu.. Dia pun sudah mengaku salah.. 

Setelah membayar ubat, saya menghulurkan sejumlah wang sebagai bayaran kos membaiki motornya walaupun dia menolak dengan bersungguh-sungguh.. Semasa di klinik dia menghubungi rakan serumahnya.. Apabila rakannya tiba, saya terangkan segala yang berlaku dan rakannya angguk faham.. Rakannya terus menghubungi keluarga mangsa memaklumkan keadaan anak mereka.. Selesai semua, saya meninggalkan mereka...


Saya bukan jenis berkira, dalam hal ini saya tak kira siapa betul siapa salah.. Menurut ceritanya dia berasal dari Terengganu, mengikut kawan memulakan kerja di Seremban sejak beberapa bulan lalu demi menyara keluarga.. Bekerja di sini sebagai Sales Agent selepas habis belajar di UiTM Kelantan. Bukan kerana lembut hati 'termakan' kisah dia tetapi saya letakkan diri saya atau ahli keluarga saya di tempatnya.. Saya ingin memudahkan urusannya dengan harapan suatu hari nanti urusan saya juga dipermudahkan.. Walaupun ditimpa musibah saya masih bersyukur, ianya tak kritikal malah saya berlapang dada dengan ujianNya.. Saya tak dibebankan dengan kemalangan maut! Bukan saya tunjuk alim tapi kerana semua ini telah tertulis... Kita tak mampu mengubah apa yang Allah atur.. Tak guna menyalahkan takdir, fikir hikmah di sebalik setiap yang berlaku.. Mungkin juga ianya peringatan atas dosa-dosa lalu, wallahualam..

TRAUMA

Pernahkah pembaca mengalami kemalangan begini? Selepas kejadian itu saya rasa lemah semangat, masih lagi ada rasa takut, menggeletar, badan rasa lesu.. Bila pejam mata saya ternampak peristiwa itu dengan jelas.. Malah hari ini ketika memandu kaki terasa lemah hingga tak terasa memijak paddle.. Adakah ini trauma? 

Semoga keadaan ini tidak berpanjangan.. Andai ada pembaca yang ingin share cara untuk mengatasinya, amatlah saya harapkan.. Terima kasih atas perkongsian kalian..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM

SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 - MRSZACOM | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Di kesempatan ini saya ingin sertai segmen anjuran blogger Mrs. Za Mohmad atau lebih mesra dengan panggilan Mrs. Za. Mrs. Za menganjurkan Segmen Blogger Aktif 2017 untuk melengkapkan widget  di blognya sempena meraikan template baharu..

Segmen Blogger Aktif 2017 - mrszacom
Segmen Blogger Aktif 2017 - MRSZACOM
Syarat-syarat penyertaan sangat mudah..

1. Terbuka untuk blogger Warganegara Malaysia.
2. Follow blog Mrs Za Com
3. Like Page Mrsza Com
4. Like Instagram : Mrszacom Instagram
5. Buat satu entry bertajuk “SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM”
6. Copy banner di atas dan backlink kan ke entry ni, DI SINI ( Penting )
7. Publishkan entry, dan hantarkan URL penyertaan pada ruangan komen

HADIAH 

1 x Template Blogspot 
2 x Topup Maxis / Umobile / Celcom / Digi dll
10 peserta bertuah akan dipilih untuk menjadi rakan bloglist utama di blog www.mrsza.com

TEMPOH PENYERTAAN
26/10/2017 – 27/10/2017 (11.59pm)

Jemput join ramai-ramai ye…
Esok tarikh akhir tau..
Okay, sekian entri saya kali ini..


Regards,

BLOGGERS WAJAR AMBIL TAHU UNDANG-UNDANG FITNAH (DEFAMATION) DI MALAYSIA

BLOGGERS WAJAR AMBIL TAHU UNDANG-UNDANG FITNAH (DEFAMATION) DI MALAYSIA  | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi topic yang agak berat mengenai Undang-Undang Fitnah atau Defamation, tengok tajuk pun panjang semacam.. Sebagai bloggers kita juga perlu mengetahui etika penulisan kerana bloggers juga memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat. Bloggers terdedah kepada salah satu risiko terbesar andai tersilap langkah iaitu berdepan dengan saman fitnah. Berbeza dengan wartawan, mereka telah dilindungi dengan akta tertentu malah telah 'dilatih' dengan mempelajari cara-cara penulisan bagi mengelakkan ancaman fitnah dan tindakan saman dalam setiap hasil tulisan mereka. 

Memandangkan saya mengendalikan kes sivil, saya fikir adalah penting untuk saya kongsi di sini bersama rakan bloggers asas Undang-Undang Fitnah sebagai panduan kita bersama. Saya terangkan secara ringkas sebagai gambaran kasar, tak mahulah sampai pembaca terasa bosan seperti duduk dalam kuliah undang-undang pula.. Kalau details sangat dan panjang berjela lebih baik baca Akta Fitnah 1957 kann, hehehe

Akta Fitnah 1957 (Akta 286)
Sebelum Writ Saman difailkan terhadap seseorang yang menfitnah, individu tersebut terlebih dahulu akan menerima surat / notis tuntutan (letter / notice of demand) yang menyatakan bahawa jika dia tidak menarikbalik kenyataan yang diterbitkan, dia akan disaman dengan saman fitnah. Ini merupakan prosiding biasa sebelum memulakan sesuatu tindakan sivil di Mahkamah.

APA ITU FITNAH?

Maksud fitnah ialah merendah-rendahkan reputasi seseorang dalam mana-mana jawatan, profession atau perniagaan sehingga menyebabkan dirinya dicemuh, dicaci, dihina, dibenci dan dikeji di mata masyarakat atau umum. 

APAKAH UNDANG-UNDANG TORT FITNAH (DEFAMATION) DI MALAYSIA?

Di Malaysia, fitnah boleh menjadi kesalahan sivil dan jenayah seperti berikut :
(a) Tindakan sivil : Akta Fitnah 1957 (Akta 286)

Sekiranya Plaintif (orang yang menfailkan Saman Fitnah) berjaya membuktikan bahawa terdapat penerbitan pernyataan fitnah telah dilakukan oleh Defendan (orang yang disaman) dan pernyataan fitnah tersebut dibuat dengan niat jahat dan/atau kata-kata berunsur fitnah yang tidak wajar dilakukan.

(b) Tindakan jenayah : Bab XXI (Seksyen 499 hingga 502 Kanun Keseksaan)

Plaintif dapat membuktikan bahawa perkataan yang disuarakan atau dibaca atau dengan gaya yang boleh dilihat sehingga boleh dipercayai bahawa perbuatan tersebut berniat untuk membahayakan atau merosakkan reputasi  seseorang.

TUJUAN DIWUJUDKAN UNDANG-UNDANG FITNAH

Matlamat asas undang-undang fitnah adalah untuk memberi perlindungan kepada reputasi individu atau entiti lain seperti perniagaan daripada kenyataan tidak benar dan merosakkan nama baik.


KATEGORI FITNAH 

Terdapat 2 kategori fitnah iaitu :
- Libel : pernyataan yang dibuat dalam bentuk kekal seperti teks bercetak (penerbitan) atau secara bertulis termasuk patung, tugu, filem, video dan gambar.

- Slander : fitnah yang dibuat dalam bentuk sementara melalui kata-kata atau isyarat gaya (gestures). Slander hendaklah dibuktikan bahawa Plaintif dapat menunjukkan bukti bahawa mereka mengalami kerugian khas (special damages) yang boleh dianggarkan dalam bentuk wang.

INNUENDO

Sesuatu kenyataan fitnah tidak semestinya secara langsung mengkritik Plaintif, tetapi ianya mungkin dibuat secara sindiran dengan maksud tersirat yang boleh difahami oleh orang ketiga. Sama ada berunsur fitnah atau sebaliknya ianya bergantung kepada fakta dan bukti.

PEMBUKTIAN FITNAH

Dari perspektif undang-undang, 3 persoalan perlu dibuktikan sebelum menfailkan saman fitnah iaitu:

(a) Adakah terdapat pernyataan fitnah?
(b) Adakah kenyataan tersebut dengan jelas merujuk kepada Plaintif?
(c) Adakah kenyataan tersebut telah diterbitkan dan disebarkan kepada orang ketiga?

SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kemarahan tidak boleh menjadi asas kepada tuntutan fitnah.

SIAPA YANG BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN FITNAH?

Hanya orang yang hidup boleh menfailkan tuntutan fitnah. Undang-Undang Fitnah tidak membenarkan tuntutan dibuat oleh saudara atau wakil si mati untuk menjaga reputasinya semasa hidup.

APAKAH HUKUMAN JIKA ANDA DIDAPATI BERSALAH MENFITNAH?

(a) Tindakan sivil

- Orang yang difitnah (Plaintif) biasanya akan menuntut bayaran gantirugi atau pampasan. Tiada formula tetap bagi menentukan bayaran gantirugi. Kerugian akan dinilai oleh Mahkamah setelah meneliti dan mempertimbangkan beberapa faktor, seperti pengaruh, sejauhmana kerugian yang dialami atau Defendan telah membuat permohonan maaf secara terbuka (bagi kes libel) dan sebagainya.

Gantirugi terdiri daripada gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teladan (exemplary damages), gantirugi teruk (aggravated damages), sekatan / injunksi dan/atau permohonan maaf secara terbuka dengan cara pengiklanan.

(b) Tindakan Jenayah

- Hukuman : Denda atau penjara hingga 2 tahun, atau kedua-duanya.

Itu sahaja secara ringkas mengenai Undang-Undang Fitnah di Malaysia. Harus diingat pembiayaan untuk tindakan undang-undang di Mahkamah melibatkan kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang apatah lagi jika melibatkan Undang-Undang Fitnah. Ini adalah kerana ianya sukar untuk dibuktikan dan memerlukan kepakaran melibatkan pengalaman dalam mengendalikan kes-kes fitnah.

Sila rujuk senarai peguam-peguam yang mengendalikan kes fitnah -> Area of Practice - Defamation.

Okay, begitulah serba-sedikit ilmu yang ingin saya sampaikan.. Boleh faham tak implikasi terhadap Undang-Undang Fitnah? Oleh itu, adalah perlu bagi setiap blogger untuk menapis setiap entri yang diterbitkan supaya tidak menyentuh reputasi individu bagi mewujudkan satu komuniti sihat dan bebas fitnah.

Semoga entri ini sedikit-sebanyak memberi manfaat kepada pembaca blog ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

7 KELEBIHAN BLOG WIDGETS INI

7 KELEBIHAN BLOG WIDGETS INI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari minggu santai begini saya terpanggil untuk bercerita tentang kelebihan blog widgets ini sampai tahap saya mesti letak dalam blog saya sebagai widgets asas. Saya bukan pakar dalam bidang ini tetapi entri ini dihasilkan berdasarkan pembacaan dan pengalaman setelah saya meneliti sendiri betapa penting sesuatu widgets itu sehingga boleh membantu meningkatkan traffics serta menarik pengunjung ke blog kita..
 
Useful Blogger Widgets
Saya kongsi di sini fungsi dan kelebihan blog widgets tersebut :

1. About Me
Contact Us
Saya yakin setiap pengunjung blog tentu ingin tahu siapakah gerangan penulis blog berkenaan.. Begitu juga dengan saya, apabila saya mengunjungi sesebuah blog, saya akan cari profile pemilik blog dan baca latarbelakang beliau seperti nama, umur, tempat asal penulis etc. Jadi profile penulis wajar diberi perhatian.. Maklumat yang diberikan oleh penulis mengenai dirinya sedikit sebanyak memberi bayangan kepada saya tentang diri penulis.. Al-maklum, bloggers berinteraksi melalui alam maya, hanya penulisan sahaja dapat memberi imaginasi kepada pengunjung blog berdasarkan maklumat yang diberikan dan melalui cerita mereka.
 
2. Followers

Followers widget
Selain itu, Followers widget sangat penting bagi saya.. Pada saya Followers sangat penting bagi membolehkan sesi kunjung balas ke blog mereka.. Setiap Followers saya, akan saya susuli ke blog mereka dan be their Followers juga..  Jumlah Followers juga mempengaruhi kepopularitian sesebuah blog tertentu.. setuju?

3. Social Media
Social media widget
Social media widget jangan dipandang remeh kerana melalui social media kita dapat berinteraksi secara terus dengan rakan bloggers. Selain meninggalkan komen di blog, kita dapat meluaskan persahabatan dengan berkomuniti melalui social media. Contoh, saya mewujudkan satu Facebook khas dan Facebook Page bukan kerana syok sendiri tetapi semata-mata untuk mengetahui perkembangan dan aktiviti rakan bloggers.  Selalu saya baca cerita mereka di blog, jadi saya susuli dengan mengenali mereka dengan lebih melalui laman sosial.

4. Contact Me
Contact Me
Saya meletakkan satu tab 'CONTACT ME' di blog dengan menyediakan borang untuk diisi oleh pengunjung blog saya sekiranya mereka berhasrat untuk menghubungi saya. Cara ini pada saya lebih mudah kerana apabila maklumat telah diisi, penghantar pesanan terus click butang 'send'. Mesej akan terus masuk ke email saya. Saya dapat mesej yang dikirim melalui phone di mana juga saya berada.. In shaa Allah dengan cara ini saya tidak akan terlepas pandang mesej yang diterima malah jika masa sesuai, saya boleh terus membalas mesej tersebut.

5. Blog Archive
Blog Archive
Bagi saya memasang Blog Archive juga penting kerana pengunjung yang baru pertama kali melawat blog ini pasti tercari-cari entri sebelum ini. Jadi mereka boleh scroll Blog Archive untuk mengetahui post lain yang pernah dipaparkan dalam blog ini. Melalui Blog Archive juga pengunjung boleh mengetahui jumlah post yang ada dalam sesebuah blog dari awal kewujudan blog tersebut.

6. Google Analytic

Saya juga memasang kod Google Analytics di blog pada bahagian setting untuk menjejaki pelawat yang mengunjungi blog saya. Dari situ saya boleh mengesan sumber traffic dan mengetahui analisis pengunjung secara real-time.


7. Feedjit

Live Feedjit merupakan suapan traffic (traffic feeds) secara live yang boleh memaparkan 100 pengunjung terkini dan lokasi pelawat yang mengunjungi blog ini.   

Feedjit Live Traffic Feeds
Bagaimana pula dengan rakan bloggers, apakah widget lain yang menjadi kemestian di blog anda? Mungkin widget tersebut membantu blog anda berkembang dan dikenali ramai.. Kongsikan pengalaman anda.. Maklumbalas dan perkongsian dari rakan bloggers sangat dihargai 😉..


Okay setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di entri akan datang..
Sekian, wasalam..


Regards,

HAPPY MAIL FROM GERMANY

HAPPY MAIL FROM GERMANY | Assalamualaikum (the Arabic greeting meaning "Peace be unto you") dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Entri ini saya ingin berkongsi kegembiraan setelah mendapat surat balas dari one of my penpal in Germany bernama Beate.. Saya pernah bercerita tentang kenalan ini di entri sebelum ini..

Apakah isi dalam parcel ini.. Jom kita explore..

Happy mail from Germany
Kiriman dihantar dari sebuah bandar bernama Bad Lauterberg yang terletak di selatan Harz. Postcard di bawah ini menunjukkan bandar Bad Lauterberg dan ianya dihantar oleh Beate bulan lalu..

Cerita tentang Bad Lauterberg
Beate begitu memahami saya kerana dia tahu saya planner and stationery addict.. Semua barang yang dikirim berkaitan stationery dan buku nota yang boleh digunakan sebagai planner insert. 

Note books
 Selain itu sebatang pen dakwat purple, erasers dan sticky notepad..

Pen, erasers and sticky notepad
Di samping semua stationery di atas, haruslah disertai dengan surat.. Banyak cerita terkini mengenai kisah kehidupan, aktiviti harian dan tempat baharunya.. Untuk pengetahuan Beate baru sahaja berpindah rumah ke satu daerah yang lebih dekat dengan tempat kerja dan tempat belajar kerana dia baru sahaja menyambung pengajian dalam bidang Perakaunan walaupun setelah mempunyai 3 orang anak berumur antara 14 hingga 20 tahun.





 

Ini semua barang-barang yang dihantar oleh Beate sebagai tanda ingatan persahabatan kami.. Sudah menjadi kemestian, kami akan exchange gift dalam setiap surat yang dikirim sebagai kenang-kenangan.. Jangan salah sangka, hadiah bukan menjadi ukuran sesebuah persahabatan but for me the value of friendship itself. True friendship is a gift that is given without expectation of anything in return.

My happy mail!
Beginilah cara saya menambah kenalan.. Saya suka mencari persamaan dalam setiap persahabatan. Saya ingin tahu kehidupan mereka dan bekongsi apa sahaja cerita mengikut kesesuaian. Bagi saya kawan memang ramai tetapi sahabat yang memahami kita sukar ditemui... Dalam pergaulan kita perlu ada keserasian, persefahaman dan tolak ansur. Jika kita ada sahabat dalam susah dan senang, itu adalah hadiah dariNya.. 

"A great relationship is about 2 things, first, find out the similarities and second... respect the differences."
 



Okay setakat ini sahaja cerita saya..
Bagaimana pula dengan rakan bloggers, apakah maksud persahabatan bagi anda? Or ada antara pembaca mempunyai hobi sama dengan saya? Apa komen anda? Jom kongsi cerita 😉..

Sehingga kita bertemu lagi di entri akan datang..
Sekian, wasalam..


Regards,

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More