Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih atas sokongan kalian selama ini. Bulan Disember sudah masuk hari ke-6 tetapi entri saya setakat ini hanya satu. Itu pun entri 'ringan' tanpa memerah otak iaitu entri mengumumkan Top 5 Commentators. Sebenarnya susah untuk saya mulakan entri kali ini kerana ianya melibatkan emosi saya sejak kebelakangan ini.. Bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar berkongsi rasa hati ketika saya sedang diuji.. 

Al-kisah, bapa saya tak sihat.. Kaki kanan beliau bengkak dan tidak boleh menapak disebabkan oleh koyakkan tisu kaki hingga beliau tidak boleh berjalan. Seumur hidup saya, tak pernah lagi saya melihat beliau sakit teruk begini.. Kini sudah hampir 2 minggu beliau terlantar dan mengerang kesakitan walaupun telah mendapatkan rawatan di klinik.. Lebih merisaukan lagi beliau merupakan pengidap diabetes tetapi takut ke hospital!


Apabila bercerita tentang ini, airmata saya tak mampu dibendung lagi dan secara tak sengaja mengalir laju.. Manakan tidak, saya mengenali beliau sebagai seorang yang tabah dan tahan sakit. Buktinya, pada tahun lepas tangan beliau luka semasa memotong besi menggunakan mesin gergaji besi elektrik. Akibatnya jari telunjuk sebelah kanannya terkoyak separuh hingga menampakkan tulang jari. Darah memancut dan tak henti-henti mengalir.. Beliau merawat luka itu sendiri hingga sembuh tanpa pergi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan. Berbulan-bulan lamanya jari beliau berbalut.. Alhamdulillah luka itu kini sudah sembuh sepenuhnya.

Jadi apabila beliau mengerang kesakitan, saya dapat rasakan ianya memang terlalu sakit hingga beliau sendiri tidak dapat menahannya.. Begitulah keadaan beliau sekarang..

Walau pun sedang bersedih saya cuba untuk sorok perasaan ini dari pengetahuan officemate atau orang sekeliling.. Saya tidak mahu memulakan cerita tentang hal ini kerana dikhuatiri tidak dapat menahan sedih malah saya menjalani urusan pejabat seperti biasa but on the other hand saya dapat rasakan diri ini tidak kuat menahan rasa risau dan sedih itu. 

Selepas melawat beliau tempoh hari saya mengalami demam panas tahap tak boleh bangun bermula dari hari Sabtu dan beransur sihat pada Isnin lalu.. Mungkin kerana perasaan saya terlalu sedih dan tak kuat semangat.. Anak mana tak sayang bapa kannn.. Terasa tamparan yang sangat hebat.. Sebagai anak perempuan sulung saya ingat selama saya hidup beliau tidak pernah menghampakan permintaan saya..

HILANG FOCUS

Apabila emosi terganggu tanpa saya sedari saya kerap cuai akibat hilang focus. Apa yang berlaku saya tak pernah tertinggal tablet tetapi semalam tertinggal di pejabat tanpa ada perasaan risau (sebelum ni tertinggal sanggup datang office semula tetapi kini hurmmm hilang pun hilanglah kalau dah takde rezeki), pen drive yang mengandungi banyak maklumat sulit sepatutnya dikeluarkan dari CPU office tetapi  dibiarkan melekat, pagi ini pula lupa semat pin tudung, lebih memalukan kelmarin lupa bayar hutang makan (saya makan dengan officemate seramai 4 orang so salah seorang akan advance payment dan kami akan bayar kemudian), pagi ni juga masak kari sotong biasa dalam periuk tetapi saya masak dalam kuali dan apabila bercakap seringkali slip of  the tongue. Apa yang berlaku semua akibat hilang focus. Jasad ada di situ tetapi minda di awang-awangan..

DOA & HARAPAN


Okay, begitulah cerita terkini dari saya.. Sebelum mengakhiri entri ini saya sentiasa berdoa agar beliau segera sembuh. Kawan-kawan semua jangan lupa doakan kesihatan bapa saya.. Dalam keadaan ini saya perlu kuat dan tabah dengan ujian ini, in shaa Allah.. Ada lagi insan lain yang diuji dengan lebih hebat. Life is a test! Allah does not burden a soul beyond that it can bear. Hidup perlu diteruskan.. Itulah kekuatan dan kata-kata semangat untuk diri saya.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,