Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Syukur alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan menjalankan segala aktiviti harian.. Cuti sekolah berbaki lebih kurang 2 minggu lagi sebelum sesi persekolahan tahun 2018 bermula. Di sekolah anak saya pembelian buku bagi sesi persekolahan tahun 2018 telah dibuka bermula semalam. Anak saya, Arief akan menduduki tahun 4 iaitu Tahap 2 tahun depan, jadi kebanyakkan buku perlu dibeli kerana syllabus pelajaran juga telah berubah berbanding tahun ini.

Persediaan awal juga perlu dibuat memandangkan kesihatan bapa saya yang masih belum stabil, jadi mana perkara yang boleh diselesaikan dahulu saya buat lebih awal. Semalam during lunch hour saya mengambil kesempatan untuk membeli segala macam buku-buku yang diperlukan seperti yang tersenarai dalam borang pembelian buku.

Sesi Persekolahan 2018
Kedai Buku Sekolah

Dari senarai yang telah disediakan oleh pihak sekolah, kategori buku-buku dan alat tulis dibahagi kepada 4 bahagian iaitu :

(A) Buku Rampaian & Pengukuhan di sekolah - 20 items berjumlah RM137.80
(B) Buku Rujukan - 7 items = RM86.50
(C) Alat Keperluan Sekolah - 6 items = RM89.90
(D) Alat Tulis - 7 items = RM43.50
Jumlah keseluruhan : RM357.70


TIPS JIMAT

Namun tak semua barang-barang yang disenaraikan perlu dibeli. Ibu bapa perlu bijak 'menapis' barang-barang yang perlu dibeli atau sebaliknya. Itulah yang saya amalkan, setiap satu items saya semak dan hanya beli barang yang relevan sahaja. Cara ini lebih jimat bagi mengelakkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.

Hasil semakan dan 'cantasan' yang dilakukan terdapat beberapa items dalam senarai barang telah diringkaskan kepada :

(A) Buku Rampaian & Pengukuhan di sekolah - 20 17 items berjumlah RM137.80 RM106.50
(B) Buku Rujukan - 7 6 items = RM86.50 RM68.55
(C) Alat Keperluan Sekolah - 6 1 items = RM89.90 RM18.50
(D) Alat Tulis - 7 items = RM43.50
Jumlah keseluruhan : RM193.55 (Jimat RM164.15)

Cara ini mungkin tidak sesuai untuk anak yang baru memasuki Tahun 1 kerana pelajar Tahun 1 memerlukan keperluan persekolahan yang lengkap. Bimbang ada barang yang tertinggal leceh pula..

Buku Sekolah Tahun 4
Buku Sekolah Tahun 4 - Sesi Persekolahan 2018

Inilah kesemua keperluan sekolah yang telah dibeli.. Fuhhhh lega selesai satu bab! Lepas ni tak perlu fikir lagi tentang buku-buku sekolah dan alat tulis. Persediaan uniform dan yuran sahaja masih belum selesai. 

Sesi Persekolahan Tahun 2018 

Bagaimana pula persediaan persekolahan anak-anak rakan-rakan blogger? Berapa percent siap? Bagaimana pula cara anda berjimat dalam menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak? Jangan lupa share tips.. 

Pembaca yang masih belum berkeluarga tentu ada adik-beradik or mungkin boleh juga berkongsi bagaimana ibu bapa adik-adik menguruskan perbelanjaan persekolahan? Siapa tahu mungkin ada tips berguna yang boleh dikongsi bersama pembaca lain.. 

Okay,begitulah perkongsian yang ingin saya sampaikan..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,