Friday, December 15, 2017

PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN 2018, TIPS SHOPPING PERALATAN SEKOLAH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Syukur alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan menjalankan segala aktiviti harian.. Cuti sekolah berbaki lebih kurang 2 minggu lagi sebelum sesi persekolahan tahun 2018 bermula. Di sekolah anak saya pembelian buku bagi sesi persekolahan tahun 2018 telah dibuka bermula semalam. Anak saya, Arief akan menduduki tahun 4 iaitu Tahap 2 tahun depan, jadi kebanyakkan buku perlu dibeli kerana syllabus pelajaran juga telah berubah berbanding tahun ini.

Persediaan awal juga perlu dibuat memandangkan kesihatan bapa saya yang masih belum stabil, jadi mana perkara yang boleh diselesaikan dahulu saya buat lebih awal. Semalam during lunch hour saya mengambil kesempatan untuk membeli segala macam buku-buku yang diperlukan seperti yang tersenarai dalam borang pembelian buku.

Sesi Persekolahan 2018
Kedai Buku Sekolah

Dari senarai yang telah disediakan oleh pihak sekolah, kategori buku-buku dan alat tulis dibahagi kepada 4 bahagian iaitu :

(A) Buku Rampaian & Pengukuhan di sekolah - 20 items berjumlah RM137.80
(B) Buku Rujukan - 7 items = RM86.50
(C) Alat Keperluan Sekolah - 6 items = RM89.90
(D) Alat Tulis - 7 items = RM43.50
Jumlah keseluruhan : RM357.70


TIPS JIMAT

Namun tak semua barang-barang yang disenaraikan perlu dibeli. Ibu bapa perlu bijak 'menapis' barang-barang yang perlu dibeli atau sebaliknya. Itulah yang saya amalkan, setiap satu items saya semak dan hanya beli barang yang relevan sahaja. Cara ini lebih jimat bagi mengelakkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.

Hasil semakan dan 'cantasan' yang dilakukan terdapat beberapa items dalam senarai barang telah diringkaskan kepada :

(A) Buku Rampaian & Pengukuhan di sekolah - 20 17 items berjumlah RM137.80 RM106.50
(B) Buku Rujukan - 7 6 items = RM86.50 RM68.55
(C) Alat Keperluan Sekolah - 6 1 items = RM89.90 RM18.50
(D) Alat Tulis - 7 items = RM43.50
Jumlah keseluruhan : RM193.55 (Jimat RM164.15)

Cara ini mungkin tidak sesuai untuk anak yang baru memasuki Tahun 1 kerana pelajar Tahun 1 memerlukan keperluan persekolahan yang lengkap. Bimbang ada barang yang tertinggal leceh pula..

Buku Sekolah Tahun 4
Buku Sekolah Tahun 4 - Sesi Persekolahan 2018

Inilah kesemua keperluan sekolah yang telah dibeli.. Fuhhhh lega selesai satu bab! Lepas ni tak perlu fikir lagi tentang buku-buku sekolah dan alat tulis. Persediaan uniform dan yuran sahaja masih belum selesai. 

Sesi Persekolahan Tahun 2018 

Bagaimana pula persediaan persekolahan anak-anak rakan-rakan blogger? Berapa percent siap? Bagaimana pula cara anda berjimat dalam menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak? Jangan lupa share tips.. 

Pembaca yang masih belum berkeluarga tentu ada adik-beradik or mungkin boleh juga berkongsi bagaimana ibu bapa adik-adik menguruskan perbelanjaan persekolahan? Siapa tahu mungkin ada tips berguna yang boleh dikongsi bersama pembaca lain.. 

Okay,begitulah perkongsian yang ingin saya sampaikan..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


20 COMENTΓƒRIOS:

Wah dah siap buku sekali ye... Ada masa shopping online lebih murah sis.. beg anak saya beli online.. murah separuh daripada harga kat sini...

betul ckp sis tu.. last year anak sy darjah 1, beli ikut list yg sekolah bagi.. tp sebenarnya ada jugak yg x perlu dibeli atau boleh beli diluar.. thn ni kena tapis2 sikit apa yg ada dlm list tu..

jemput join giveaway saya nanti ye sis.. http://www.ceriteraibu.com/2017/12/giveaway-bulan-cinta-by-dilah.html

Good idea Tn. NA, tak terfikir pun shopping kelengkapan sekolah via online. Selalu shopping barang sendiri, hehehe
Thanks for the info, really appreciate it.

Betul Ibu Dilah, tak semua dalam senarai pembelian tu kena beli, at least boleh jimat untuk keperluan lain..

LZ akan menyusul untuk giveaway Ibu Dilah, thanks for your invitation..

Alamak, nak jawab soalan last tu kena ada anak dulu .. hahaha..

Hahaha soalan cepu cemas Zhi 😁

ntah berpa % siap, hahah
kasut sek pon tak beli lagi, weekend ni baru nak cari

Sememangnya perlu merancang sebelum berbelanja. Dengan keadaan ekonomi sekarang, wang bukan hanya untuk bersuka2..

Don't worry Zie, ada 2 minggu lagi, hehehe πŸ˜‰..

Setuju dgn MH, nowadays mesti rancang perbelanjaan & pandai berjimat-cermat πŸ’•..

rindunya zaman sekolahhhh..sobbbsss!!

Exactly NQ, me too 😁

wahhh.. nice tips akakk.. serius busyra rindu zaman skolah.. :( rindu nak beli beg, nak mcm mcm lah.. huhu.

Kenangan terindah di bangku sekolah kannn dear πŸ’•..
Rindu moment itu..

Baru ni ikut akak beli barang untuk anak dia nak masuk darjah satu, pergi kedai yang ayah pernah bawak untuk beli beg bagai.. Fuhh.. Rindu sgt nak masuk sekolah balik..

Zaman persekolahan kenangan terindah Flavnesz..
Tak fikir masalah hidup masa tu..

Teringat zaman sekolah dulu. Hari first punya excited sebab semua baru. Nak guna pemadam pon guna sebelah je xkasi kawan pinjam. Heheee. Takde anak lagi sempat laa throwback.

Betul Fatin, moment itu juga salah satu kenangan terindah bagi sis πŸ’•..

GV terkejut budak darjah satu ada kelas orientasi. GV rasa GV dah jauh ketinggalan dengan sistem pendidikan zaman kini. Itu belum masuk lagi KBAT. GV dulu pun struggle gile nak hadap KBKK punya soalan. huhu. Kelengkapan sekolah pun makin lama makin mahal. Dulu buku rujukan ini zaman sekolah menengah je ada. Skang sekolah rendah pun dah ada. huhu.

Sis dulu pun begitu GV, sejak anak sekolah baru berjinak-jinak dengan sistem pendidikan yang ada sekarang. Budak darjah 3 sekarang ada 13 subject memang jauh beza dengan sistem pendidikan dahulu..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Back to Top