Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini hari Jumaat yang penuh baraqah.. Semoga urusan kita dipermudahkan dan segala amalan kita diterima oleh-Nya.. Entri kali ini saya ingin kongsi satu product yang sememangnya di luar jangkaan saya.. Siapa pernah rasa Sambal Hitam Pahang? Frankly speaking, selama ini saya tak pernah kenal dengan sambal hitam Pahang (kesian tak? ketinggalan zaman..) sehinggalah satu hari office mate promote kepada saya.. Saya pula jenis suka cuba pelbagai jenis sambal jadi tanpa banyak soal saya terus cuba sendiri sambal hitam Pahang itu.. 

Selain itu packaging sambal hitam Pahang ini juga menarik  perhatian saya.. You know I like kombinasi warna hitam dan merah kannns....

Sambal hitam Pahang viral
Sambal hitam Pahang
Bila baca label "Do you know it took 10 to 11 hours just to prepare this delicious sambal hitam truly Pahang delicacy.. " barulah saya tahu bahawa pembuatan sambal hitam Pahang memerlukan masa yang lama.. Tempoh 10 hingga 11 jam seperti bakar lemang okay.. Pada saya agak renyah, tapi itulah kelebihan masakan orang dulu-dulu.. Mereka tak kisah mengambil masa yang lama asalkan hasilnya sedap, boleh disimpan lama dan resepi kekal turun-temurun.. 

Resepi ini mungkin dari Pahang kalau tidak kenapa diberi nama Sambal Hitam Pahang kannnn (lagi mau tanya,, hahaha).. Mungkin orang Pahang boleh komen tentang pembuatan sambal hitam Pahang ini dan mengesahkan nama asal usul sambal ini.. Cer komen sikit, nak tahu jugak..

Sambal hitam Pahang viral 
Menarik bukan label sambal hitam Pahang ini, unik dan jelas dinyatakan bahan-bahan pembuatan sambal ini.

Untuk pengetahuan pembaca, kali ini dah 4 botol saya repeat order sejak cuba kali pertama.. Fuhh memang marvelous! Kelmarin order 2 botol, balik rumah masak bubur nasi semata-mata untuk dimakan bersama sambal hitam Pahang.. Hitam jangan disangka pelik tapi hitam sambal ini memang hot! Terasa masam, masin, pedas memang tepat dan kena dengan citarasa saya.. Sesuai sebagai pembuka selera.. Sedap dimakan dengan nasi panas selain bubur. Ini bukan statement auta tapi hakikat sebenar yang perlu saya kongsi dan nyatakan di sini..

Sambal hitam Pahang 
Terbukti kesedapan sambal hitam Pahang ini.. Kalau tidak, mustahil saya repeat order sampai 4 botol makan sendiri.. Sedap tau! Sapa suka dan nak rasa boleh contact supplier sambal hitam Pahang ini.. Tak silap saya sempena Year End Sale ada harga promosi iaitu RM15.00 sebotol tawaran sah hingga 31 Disember 2017..

Sambal hitam Pahang viral 
Apa-apa pun siapa berminat boleh deal sendiri dengan supplier.. Contact number saya sertakan di bawah ini atau follow social media Sambal Hitam Pahang viral untuk baca komen dan testimony dari pemakan sambal ini.. 

WhatsApp : 6012-6507699 (Pn. Fiza)

Begitulah perkongsian kelazatan sambal hitam Pahang.. 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,