Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini sempat blogwalking hingga tiba ke satu blog di mana terdapat gambar berwarna merah yang menarik perhatian saya, al-maklum merah warna kegemaranku.. Jadi saya tertarik untuk sertai segmen anjuran rakan blogger bernama Farhanna Jafri yang diberi tajuk "Pencarian Bloglist 2018 Blog FarhannaJafri" di samping syarat-syarat penyertaan juga mudah - of course sebab saya suka sertai segmen atau giveaway yang tidak terlalu complicated ;-)..

Okay jom kita semak syarat-syarat penyertaan segmen ini:

Pencarian Bloglist 2018 Blog FarhannaJafri
Sila click banner untuk Syarat-syarat Penyertaan Lengkap


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1. Follow blog Farhanna Jafri. 
2. Follow Instagram.
3. Follow semua blog & social media peserta lain yang join segmen ni.
4. Update post untuk segmen ni dengan tajuk 'Pencarian Bloglist 2018 Blog FarhannaJafri' dan tulis sikit tentang blog ni, sebarang komen, cadangan ataupun permintaan pun boleh. Kemudian backlinkkan ke ENTRI INI.
5. Tinggalkan link entri dekat kotak komen & semua media sosial yang korang nak peserta lain follow. 

REVIEW BLOG 
Pendapat saya blog Farhanna cantik, kemas dan teratur. Penggunaan warna pink sangat sesuai, redup mata memandang apabila membaca setiap post Farhanna.. Selain itu blog juga fast loading which is I like it very much. Tak perlu tunggu lama, jadi banyak post sempat dibaca..

CADANGAN PENAMBAIKAN
Farhanna mungkin boleh adjust atau minimize bahagian "Popular Posts", "Neighbors" dan "Pengomen Tegar" kepada scroll bar. Bahagian tersebut terlalu panjang dan mengambil ruang  sehingga menjadikan home page panjang. 

Akhir kata, saya doakan semoga Farhanna terus maju jaya dalam segala bidang yang diceburi termasuk dalam dunia blogging. Kepada pembaca yang menyertai segmen ini saya ucapkan : Good Luck! Semoga ada rezeki kita untuk tersenarai dalam blog Farhanna Jafri.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..



Regards,
I am LZ