Etika Berpakaian Ketika Menghadiri Mahkamah Terbuka
ETIKA BERPAKAIAN KETIKA MENGHADIRI MAHKAMAH TERBUKA | Entri saya masih berkisar tentang prosedur ketika berada di Mahkamah. Kali ini tentang etika berpakaian ketika menghadiri Mahkamah terbuka untuk orang awam. Jangan hairan bukan setakat Hakim / Peguam tertakluk kepada etika berpakaian tapi orang awam juga tak terkecuali. Etika berpakaian yang akan saya kongsikan di sini adalah ketika orang awam mengikuti kes di Mahkamah terbuka.
Okay sebelum itu, sesiapa belum pernah masuk Mahkamah? Jika masih belum pernah, gambar di bawah ini menunjukkan keadaan sebenar dalam Mahkamah ketika Mahkamah telah selesai bersidang. Di atas adalah tempat Hakim, di hadapan Hakim adalah Jurubahasa, sebelah kiri kandang saksi, row depan untuk barisan Peguam, belakang barisan Peguam pula tempat orang kena tuduh (OKT - kes jenayah) dan bahagian belakang adalah galeri awam iaitu tempat orang awam mengikuti perjalanan kes ketika prosiding Mahkamah berlangsung. Gambar ni diambil sorok-sorok tau sebab satu kesalahan merakam gambar dalam court room.
Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, izinkan saya terangkan apa itu Mahkamah Terbuka dan Mahkamah Tertutup.
APAKAH MAHKAMAH TERBUKA (open court)?
Mahkamah terbuka ialah bilik Mahkamah di mana sesuatu kes sivil / jenayah dibicarakan secara umum di mana orang awam dibenarkan mengikuti perjalanan kes ketika perbicaraan berlangsung.
APAKAH MAHKAMAH TERTUTUP?
Mahkamah tertutup pula sesuatu kes dijalankan secara tertutup tanpa kehadiran orang awam menyaksikan perjalanan kes perbicaraan berkenaan jika Mahkamah berpuas hati sekiranya tindakan demikian adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan, keadilan, ketenteraman awam, keselamatan awam atau sebab-sebab lain yang difikirkan wajar.
Itu beza antara Mahkamah Terbuka dan Mahkamah Tertutup.
Jika sebelum ini saya berkongsi tentang Fesyen Peguam ketika berada di Mahkamah, kali ini saya ingin berkongsi pula mengenai etika berpakaian orang awam ketika menghadiri kes di Mahkamah terbuka tak kiralah sebagai Plaintif, Defendan, Saksi atau orang awam. Tujuan etika berpakaian ini diwujudkan adalah untuk menerapkan dispilin kepada mereka yang berurusan di Mahkamah di samping menunjukkan hormat kepada institusi Mahkamah.
ETIKA BERPAKAIAN
Selain dari berpakaian sopan, bersih, kemas dan bersesuaian, orang awam dilarang memakai pakaian mencolok mata.
Selain itu, pakaian-pakaian seperti berikut adalah dilarang sama sekali:
- Seluar/skirt pendek;
- Jeans;
- Selipar;
- Baju t-shirt tanpa collar / baju kemeja tanpa lengan;
- Jaket tidak formal seperti jaket kulit, jaket denim dan seumpamanya;
- Pemakaian topi keledar, topi dan cermin mata hitam adalah juga tidak dibenarkan;
- Pakaian warna terang dan sarat dengan perhiasan serta boleh menarik perhatian orang ramai juga tidak dibenarkan.
Sekiranya anda ingkar dengan etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh Mahkamah, anda akan serta-merta diusir keluar dari bilik Mahkamah oleh Jurubahasa / Polis yang ditempatkan di situ. Jadi pastikan anda mematuhi etika berpakaian ketika berada dalam Mahkamah terbuka untuk mengelakkan perkara ini berlaku.
Begitulah perkongsian saya. Semoga entri ini menambahkan pengetahuan kepada pembaca..
19 Comments
Wau, pakaian terang and flashy pon tak boleh. patot la dalam movie semua orang pakai nampak dull je. memamng semua boleh masok je ke? like "eh, ada mahkamah terbuka, jom masok." ?
ReplyDelete// Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
HERE
Exactly Nurul Afifah..
DeleteSetiap hari ada kes di Mahkamah Terbuka, sesiapa berminat boleh masuk dan ikuti perbicaraan kes.
hai :) giveaway belum habis la. 27 julai ni baru habis hehhee
ReplyDeleteAkan menyusul ke blog Mek Zumbie later, in shaa Allah 😊
Deletee'ijn tak penah pun jejak kaki kat mahkamah.. baru tahu jeans tak boleh pakai..
ReplyDeleteSemoga entri akak memberi pengetahuan baru kpd E'in.. 😊
Deletepekerjaan saya memang kadang-kadang kena ke mahkamah, tapi saya tak pernah lagi. pernah masuk mahkamah shariah je sis.thanks share ye.info berguna ni
ReplyDeleteHehehe kalau minat dengar kes boleh singgah sat Sal.. 😁
DeleteBaru mama tau.. Tq for ilmu ye
ReplyDeleteAlhamdulillah, ilmu baharu untuk mamapp..
DeleteMy pleasure mamapp 😍
baru tahu beza mahkamah tetutup n open court..tq dear for sharing
ReplyDeleteSmall matter dear, my pleasure 😉
Deletedulu hampir nak ke bidang peguaman baru nak mimpi2 penampilan elegan ke mahkamah tarik troli pegang file tapi apakah daya Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya hehe
ReplyDeletewww.neezalife.com
Betul Haneeza kerjaya peguam nampak glamer tapi hakikatnya pd saya tak seperti yang dibayangkan, huhuhu
DeleteAlhamdulillah atas segala kurniaanNya 😊..
Salam.. Sis nak tanya.. Wanita yang berniqab/berpurdah boleh masuk tak mahkamah terbuka untuk mendengar sesi perbicaraan ??. Saya belum pernah lagi ke mahkamah.. Dan saya memakai niqab..
ReplyDeleteW'salam JFF, setakat ni tiada sebarang arahan dikeluarkan untuk wanita berniqab, jadi tiada halangan untuk JFF mengikuti kes di Mahkamah terbuka 😄..
DeleteTerima kasih sis atas penjelasan.. 🙂
Deletehi, kalau boleh tau mcm mana kita nak tau kat mana dimana masa semua untuk open court?
ReplyDeleteWinda boleh pergi ke Mahkamah di kawasan Winda, ada tanda untuk setiap Court room. Sebelum pintu masuk ada notice board senarai kes yang akan dijalankan untuk courtrooms berkenaan. Masuk dan duduk di galeri awam untuk mengikuti perjalanan kes. Sebaiknya cari courtrooms yang ada kes bicara. Saya syorkan Winda dengar kes bicara di Mahkamah Tinggi Jenayah untuk exposure..
DeleteLeave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!