JANGAN AMBIL MUDAH PENUKARAN PIN & PAY | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Adakah anda pengguna kad debit atau kad kredit dari mana-mana bank di Malaysia? Jika "Ya", mesej ini untuk anda.. Umum sedia maklum dengan penggunaan pin untuk semua transaksi kad pembayaran dalam negara atau lebih dikenali sebagai "PIN & PAY" yang mula berkuatkuasa hari ini, 1 Julai 2017. Bank Negara Malaysia telah membuat hebahan melalui akhbar dan bank-bank di seluruh Malaysia supaya pemberitahuan ini disampaikan kepada pemegang akaun di bank masing-masing sebelum tarikh tersebut.
Seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia sebelum ini, mulai 1 Julai 2017, semua transaksi kad pembayaran dalam negara perlu disahkan dengan menggunakan PIN. Pengesahan melalui tandatangan tidak akan lagi diterima mulai tarikh tersebut. - Bank Negara Malaysia,23 Jun 2017.
Adakah anda telah menyahut saranan Bank Negara Malaysia?
Berikut merupakan email yang saya terima kerana saya adalah pemegang kad CIMB Bank.. Tentu rakan-rakan blogger pernah menerima pemberitahuan melalui email seumpama ini.
MENGAPA PERLU TUKAR KEPADA PIN?
Saya
sarankan jangan abaikan mesej tersebut. Mungkin ada yang kata : "Aku tak guna kad debit untuk beli barang."
Jangan ambil mudah perkara ini kerana mungkin satu hari nanti
ketika kita dalam keadaan terdesak, perlu melakukan pembayaran melalui
kad debit (menggunakan wang dalam akaun simpanan) atau kad kredit, ketika inilah penggunaan PIN & PAY diperlukan. Contoh menggunakan kad debit untuk pembayaran bil hospital sewaktu kecemasan ketika tiada wang tunai mencukupi dalam tangan atau membayar kos pembaikan kenderaan yang tiba-tiba rosak. Tak kelam kabut dibuatnya..
Bukan susah pun untuk aktifkan pin kad bank tersebut. Contoh kad kredit CIMB Bank, kita boleh aktifkan kad melalui SMS dengan cara seperti berikut:
Untuk bank-bank lain, sila layari website bank berkenaan untuk mengetahui cara pengaktifan pin.
Selain diperlukan ketika membuat pembayaran secara offline, transaksi pembayaran menggunakan PIN & PAY turut diperlukan ketika membuat pembelian secara online.
Begitulah pesanan khidmat masyarakat yang ingin disampaikan..
Selamat Hari Raya LZ. Maaf zahir batin :)
ReplyDeletePart ni Ana serah pada en suami je sebab dia yg guna kad kredit. Ana setakat kad bank biasa je tu. Heheaa
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Ana sekeluarga.
DeleteMaaf Zahir Batin.
Elok tu Ana..
Kena beringat selalu sebelum keadaan mendesak kannn Ana..
Alamak, mcm mana ye mama dh buat pin tapi lupa dah
ReplyDeleteMamapp boleh call customer service bank berkenaan (contact number biasanya ditulis belakang kad bank) atau layari website bank berkenaan utk dapatkan contact number.
DeleteKemudian beritahu untuk reset pin sebab terlupa pin number sblm ni.
Harap membantu 😄..
Bagus pesanan ni. Ramai lagi yang masih leka.. Good job LZ..
ReplyDeleteJust friendly reminder DP.. Jangan bila terdesak kelam kabut dibuatnya 😊..
DeleteTepat sekali Tuan NA..
ReplyDeleteDh tarikh tutup pu.
ReplyDeleteHarap2 semuanya dah beres.
Ya pakcik WP, sehari sudah berlalu..
DeleteHarap mereka yang berkenaan sempat buat pertukaran sebelum berdepan masalah akan datang..
guna juga kad debit time terdesak mcm kat airport dulu 😂
ReplyDeleteJadi elok buat persediaan awal untuk elak hassle 😊..
Deletebetul..bab duit tak boleh ambil mudah. kita mana tau kalau tiba-tiba kecemasan kan.
ReplyDeleteSetuju sangat Sal 👍..
DeleteJangan fikir sekarang, kena fikir jauh ke hadapan 😊..
Perkongsian yg bagus ni.. Lea pun tak tahu menahu tentang hal ni.. Thanzk LZ..
ReplyDeleteYou're most welcome Lea..
DeleteSemoga dimanfaatkan pesanan ini :-)
Ada satu kad credit yg belum diaktifkan pinnya LZ. Hari tu dengan husband gi aktifkan lepas tu kena telan adoiyaiii
ReplyDeleteHarap2 dah settle urusan kad credit Mak Nom..
DeleteBolehlah start guna, krik krik krik 😁