WHAT YOUR COFFEE SAYS ABOUT YOU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.. Dah minum coffee hari ni? Untuk pengetahuan pembaca, hari saya akan ceria jika dimulakan dengan pengambilan kopi panas semasa sarapan pagi.. Frankly speaking, kalau sehari tak pekena coffee memang tak boleh kerja.. Saya tak boleh focus, seperti ada 'sesuatu tak kena'.. seperti ada yang kurang selain akan sakit kepala yang amat sangat. Begitulah penangan coffee. Coffee sudah sebati dalam diri dan I tell you boleh dikatakan peminum coffee tegar or coffee lover. Jenis coffee pula saya tak kisah jenama apa janji ada bau dan rasa coffee kaw selain best.. Tapi bukan kopi luwak okay..
Umum mengetahui bahawa kopi merupakan minuman terkenal di seluruh dunia. Kopi telah wujud berabad lama tetapi kini telah dikomersialkan untuk dinikmati oleh penggemar kopi. Antara jenama besar yang menguasai pasaran dunia seperti Starbucks, Costa, Tim Hortons etc. Kopi McDonalds dan Nescafe pun tak kurang hebat, saya suka!
Kini terdapat pelbagai variasi coffee boleh dinikmati. Terdapat 2 kategori pencinta kopi iaitu kategori pertama, penggemar kopi yang minum kopi tulen tanpa campuran lain dan kategori kedua, pencinta kopi yang gemar mencampur kopi dengan bahan-bahan lain seperti susu, creamer, coklat dan sebagainya untuk memberikan kelainan rasa kopi tersebut. Saya jenis pencinta kopi nombor 2!
Okay, saya kongsi di sini hasil kajian dan pemerhatian pakar yang dipetik dari doghousediaries mengenai coffee yang dikatakan berkait rapat dengan personaliti penggemar coffee berkenaan.. Sila baca dan teliti mana satu variasi coffee pilihan anda:
Espresso |
You're friendly and adaptive. You actually like the taste of coffee, a rare but admirable trait.
Double Expresso |
You're practical and hardworking. You like knowing that one shot just doesn't do it for you anymore.
Triple Espresso |
TRIPLE ESPRESSO
You're enthusiastic but obsessive. You've been awake since the late 90's.
Mocha |
You're fun-loving and creative. You hate the taste of coffee, but you need the pick-me-up, so you improvise.
Latte |
You're reflective but often indecisive. In a world of unknowns, you like the safe pick.
Cappuccino |
You're warm-hearted but obvious at times. Your friends have to remind you to wipe the foam off your lip.
Macchiato |
You're traditional and reserved, but for the most part, you hate the foam mustaches.
Iced coffee |
ICED COFFEE
You're assertive and outspoken. You don't let seasons dictate how you live your life. Also, you like straws.
Americano |
You're calm and conscientious. You enjoy the simple things in life, like picnics in the park, birds chirping and watery coffee.
Frappuccino |
You're happy and energetic. You claim to love coffee, but really, you just love ice cream.
Coffee on the go |
COFFEE TO GO
You're serious and focused. You believe when the going gets though, the tough get cardboard sleeves because the cups too hot.
Expresso |
EXPRESSO
You're clever, annoying or both. You knowingly or unknowingly mispronounce eSpresso. Either way..
Espresso
: Mesin membuat kopi jenis ini dipanggil espresso. Coffee jenis espresso diperbuat dari
kopi asli dicampur air panas tekanan tinggi ke atas biji kopi tersebut.
Biasanya, espresso mempunyai rasa yang sangat pahit dan kebanyakan
peminum kopi biasa mungkin tidak boleh menerima rasa espresso ini tetapi
untuk peminum kopi tegar, espresso adalah pilihan utama mereka.
Expresso pula adalah mempunyai maksud yang sama dengan espresso tetapi perkataan ini dipercayai telah misspelled dari perkataan asal Itali yang bermaksud satu minuman panas yang terkenal di dunia pada hari ini.
Jadi tak kira mana satu coffee pilihan anda, ianya tetap mengikut citarasa sendiri.. Selain minum kopi pada waktu pagi, in between sebelah petang juga saya akan pekena sekali lagi sesi kopi tetapi sebelah petang saya suka kopi sejuk..
Okay, apa pula komen anda.. Ada tak antara pembaca blog ini seorang coffee lover atau sebaliknya.. You all prefer minuman panas antara tea or coffee?.. Jom kita tukar pendapat coz for me "Good Coffee is a pleasure.. Good Friends are a treasure.."
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
24 Comments:
Byk rupanya jenis2 kopi ni. Ana hanya boleh minum mocha je. Yg lain kalau minum confirm sakit kepala terus.
Ada sesetengah orang memang tak boleh minum kopi Ana sebab sakit kepala atau tak boleh tidur..
Mocha sedap sebab ada rasa coklat dan coffee dia pun not too strong. 😄
Yeay mama mmg fun loving and creative haha
Sesekali minum coffee satu nikmat luar biasa bagi PC..dulu bagi PC kalau sebut coffee..ya kopilah..hitam...rupanya boleh dipelbagaikan dengan pelbagai campuran dan rasa yang berbeza keenakkannya..
That means mamapp suka mocha, hihihi 😁
Sangat nikmat rasa coffee PC lebih2 lagi campur susu pekat manis atau susu segar.. Sedap tau, hehehe 😋
Alamakkkk...sy tak tau saya yang mana satu...mcm semua suka je..hahaha
saya suka mocha je. kopi lain semua pahitttt hahaha
Hehehehe tentu Nini coffee addict jugak kannnn 😊
Waaa Mazni seorang fun-loving dan creative 😊..
akk suka latte, cappucino dan Americano...semua karater tu akk ada..hahaha
Sha suka kopi.. Dalam pelbagai bentuk.. Bergantung pada mood.. Kalau tengah membaca secawan kopi panas sangat mengasyikkan.. Kalau tengah berkerja, secawan kopi ais melegakan.. Hehehe
Alamak macam sama je dengan personaliti saya, hahaha. :P Tapi saya selalu pekena nescafe, kopi jugak kan? :P
Baru tau makna EXPRESSO & ESPRESSO, thank you ilmu baru sis.
Hihi pandai lz
Waaaah kalau camtu Kak Fuzy coffee lover laaaa, hehehe 😊
Seriously kannn Sha, coffee ni layan dan mengasyikkan.. best sangat.. 😊
Nescafe tu jenama kopi juga Mai.. Sis pun selalu minum nescafe.. 😊
My pleasure Mai.. Thanks sudi singgah 💕
Saya memang penggemar kopi..tak lengkap kalau sehari tanpa kopi..
Pilihan saya - americano
Karakter FS menurut artikel tersebut : You're calm and conscientious. You enjoy the simple things in life, like picnics in the park, birds chirping and watery coffee.. 😊
busyra jarang minum coffee tp kalau nk minum pun time pg sja..
Oic, Busyra bukan coffee addict kot, hihihi
Suka minum kopi 434 buat sendiri kat rumah. Tak pekat sangat...best wooo
Orang Muo memang peminum tegar kopi 434.. Sedaplah Mak Nom, teringat makan dengan roti bakar kat café 434 depan bus stand Pagoh..huhuhu tinggal kenangan.
Betul tu LZ.. Pelbagai jenis kopi untuk pelbagai jenis mood.. Kikiki.. 😍😍
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!