MAAFKAN SAYA | Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi kekuatan dan peluang untuk menulis post seterusnya.. Semasa menulis post ini jiwa saya agak kurang tenteram kerana mengetahui 'gurauan' saya terlebih hingga menyinggung perasaan seseorang.. Demi Allah saya tak berniat menyakitkan hati sesiapa..

Dalam keadaan kita seharian seringkali mendengar berita kematian di sana sini, saya selalu berfikir bagaimana pula pengakhiran hayat saya nanti.. Tambahan pula, selalu berurusan pergi dan balik kerja di jalanraya tak mustahil kemalangan menjadi penyebabnya.. Oleh itu saya mudah terasa dan sensitif jika berbuat salah kepada orang lain.. Saya bukan manusia jenis 'ada aku kisah?'.. Yes I do care! Saya jenis sangat kisah andai ada hati yang terasa disebabkan perbuatan saya walaupun tanpa sengaja.. Saya jadi serba salah, sedih, kecewa dan serba serbi tak kena..

 

Masih terngiang-ngiang di telinga perbualan arwah adik saya bercerita dengan emak. "Mak, tadi nampak kawan aku Farid accident depan mata.. Kepala dia terhantuk divider jalanraya. Nyawa dia masih ada masa aku riba sementara tunggu ambulance tiba, dia nazak, tentu sakitkan masa tu.." arwah adik cerita bersungguh-sungguh dengan raut wajah ngeri dan takut. Pada ketika itu, mak hanya berpesan kepadanya supaya berhati-hati semasa di jalanraya.

Beberapa bulan selepas itu, adik saya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya dengan keadaan lebih tragis dari kematian rakannya, arwah Farid. Arwah adik saya tentu tak menyangka pengakhiran hayatnya begitu kannn.. Life is fragile, we are not guaranteed a tomorrow.. 

Jadi dari peristiwa itu saya sangat terkesan. Andai ada salah silap saya sesama manusia, cepat-cepat saya minta maaf.. Mungkin esok saya tiada.. Dosa dengan Allah akan diampunkan dengan taubat, in shaa Allah tetapi dosa sesama manusia hanya dengan maaf dan redhanya.    

Oleh itu, maafkan saya andai ada komen-komen saya yang menyinggung perasaan saudara saudari.. Demi Allah saya tak berniat untuk mengaibkan sesiapa.. Begitu juga kepada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, maafkan saya andai ada hati yang terluka..

Sekian, wasalam..
Regards,