RESEPI ASAM PEDAS SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua rakan blogger. Asam pedas memang lauk kegemaran saya dulu kini dan selamanya.. Minggu ni saja 2 kali saya pekena asam pedas air tangan sendiri, memang mables! Setakat ni masih belum jemu. Umum mengetahui, negeri Melaka dan Johor memang terkenal dengan asam pedas sejak dulu lagi..

Resepi Asam Pedas 
Post kali ni tak mau cerita panjang, saya ingin berkongsi resepi asam pedas sedap dan mudah pula disediakan.

BAHAN-BAHAN
• segengam cili kering* (rendam dengan air panas hingga kembang)
•  1 biji bawang besar*
•  4 ulas bawang putih*
•  1 inci halia*
•. 1 inci kunyit*
•  1 sudu besar serbuk lada hitam*
•. 1 inci belacan*
•  Air asam jawa
•. Beberapa ekor ikan (jenis ikan ikut citarasa sendiri)
•. daun kesum dan bendi
• 2 putik bunga kantan dibelah dua
•. Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA :

1. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit minyak dan air. Tips : minyak berfungsi untuk menghancurkan biji cili.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar halus. Masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan, biar seketika hingga ikan masak. Terbalikkan supaya ikan disalut dengan bahan tumis dalam periuk.
5. Masukkan bendi, daun kesum dan bunga kantan. Tunggu seketika hingga masak.
6. Sedia untuk dihidang.

Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar halus. Masak hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa..

Masukkan ikan dan biar hingga ikan masak..

Kemudian masukkan daun kesum, bendi dan bunga kantan.. Tunggu seketika hingga mendidh dan kuah pekat.
Sedia untuk dihidang..

Saya suka letak sayur kubis masin dan bendi lebih.. Ini optional, ikut citarasa masing-masing. Begitulah resepi Asam Pedas Sedap.

Kalau ada tips supaya asam pedas lebih sedap, jangan malu-malu kongsi.. Kita sharing info. Mana tahu boleh menambahkan lagi skill masakan kita.
Akhir kata, selamat mencuba.
Sekian, wasalam..

Regards,