BLOG BERWAJAH BAHARU | Alhamdulillah dipertemukan kita di entri ini. Ketika sedang serabut memikirkan SEO blog ini yang kurang memuaskan, saya mengambil keputusan berblogwalking untuk menghilangkan rasa stress. 

Ketika berblogwalking di blog Sofie Adie saya terbaca bahawa beliau turut mengalami masalah yang sama tapi masalahnya telah selesai setelah mendapat bantuan Mellya.

Tanpa berlengah lagi, saya terus menghubungi Mellya untuk mendapatkan bantuan. Suka dengan feedback dari Mellya, cepat dan komited. Alhamdulillah masalah SEO berjaya diatasinya dengan mudah.

Memandangkan Mellya juga menawarkan perkhidmatan blog editing, saya turut meminta Mellya make over header dan touch up blog saya.

Saya memberitahu Mellya bahawa warna tema blog saya merah, hitam dan clear background. Manakala saya memberi beberapa contoh font yang menjadi pilihan untuk header tersebut. 

Maka inilah hasilnya!

 

Bahagian profile photo pula, saya berikan kebebasan kepada Mellya untuk edit mengikut her creativity.

 

Tadaaaaa settled! Blog saya berubah wajah. Cantik tak?

 
 

Lebih fresh dan membangkitkan semangat untuk terus berblogging. Apa yang membanggakan ianya turut mendapat pujian dari pengunjung setia blog ini:

  
 

Overall saya sangat berpuas hati.. Kerja Mellya cepat dan kemas. Paling penting Mellya dapat menzahirkan apa yang saya ingin untuk blog ini selain sabar melayan karenah saya.

Jadi, sesiapa yang mencari khidmat editting boleh terus hubungi adik manis ini, Mellya.

 

Berikut komen dari blog Mellya mengenai hasil editing yang telah dilakukan:

 

Terima kasih banyak Mellya.. Semoga Mellya diluaskan pintu rezeki. Jangan serik tau berurusan dengan sis 😄..

Begitulah cerita yang ingin dikongsi bersama.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,