RESEPI OAT DALAM JAR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.. Apa sarapan pagi ini? Jangan pening kepala memikirkan sarapan apa yang hendak dimakan hari ini sama ada nasi lemak, bihun goreng, nasi kerabu, nasi dagang atau kuih-muih manis. 

No.. no.. no.. sesekali apa kata kita makan makanan berserat dan berkhasiat seperti oat. Umum sedia maklum oat antara bijirin sihat di dunia namun kurang diambil oleh masyarakat Malaysia. Apa kata kita ubah cara pemakanan sarapan pagi.

Sebenarnya cara penyediaan oat sebagai sarapan pagi amat mudah disediakan berbanding makanan seperti disebutkan tadi..

Sesiapa selalu ketandusan idea untuk menu sarapan boleh cuba oat in the jar ni.. Jom saya bagi idea dan cara penyediaannya..

Sediakan 5 bekas jar seperti di bawah untuk stok 5 hari bekerja..

 
Bahan-bahan :

5 buah jar (ikut pilihan masing-masing)
1/2 cawan oat segera / rolled oats
1/4 yogurt perisa asli / Greek yogurt
2 sudu besar buah-buahan segar seperti : pisang, blueberry, raspberry, strawberry etc.
1 sudu besar kacang yang telah dicincang seperti pecan, hazelnut - pilihan
1/4 - 1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil madu / maple syrup

Cara-cara
Masukkan 1/2 cawan oat segera / rolled oats  dan kekacang (pilihan / optional) ke dalam jar.

 

Kemudian masukkan yogurt perisa asli / Greek yogurt untuk lapisan kedua.

 

Seterusnya masukkan buah-buahan segar mengikut citarasa seperti Isnin : strawberry, Selasa : pisang, Rabu : blueberry, Khamis : raspberry etc. 

Akhir sekali, masukkan susu segar dan madu. Sukatan susu bergantung kepada kesesuaian sama ada ingin lebih susu atau kurang.. Bergantung kepada citarasa masing-masing.

Tutup jar dan biarkan semalaman dalam peti sejuk.


Esok pagi sebelum ke pejabat, capai satu jar untuk dinikmati sebagai sarapan pagi.  Mudah sangatkan.. Selain menjimatkan masa, ianya baik untuk kesihatan.. Sesuai untuk mereka yang sedang diet juga. 

Sebenarnya banyak version oat in the jar. Resepi boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan masing-masing, ada suka letak coklat, perisa vanilla, sedikit kayu manis dan sebagainya..

Sehingga kita bertemu lagi..
Sekian, wasalam..


Regards,
* photos credit to Google