JANGAN AMBIL MUDAH PENUKARAN PIN & PAY  | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Adakah anda pengguna kad debit atau kad kredit dari mana-mana bank di Malaysia? Jika "Ya", mesej ini untuk anda.. Umum sedia maklum dengan penggunaan pin untuk semua transaksi kad pembayaran dalam negara atau lebih dikenali sebagai "PIN & PAY" yang mula berkuatkuasa hari ini, 1 Julai 2017. Bank Negara Malaysia telah membuat hebahan melalui akhbar dan bank-bank di seluruh Malaysia supaya pemberitahuan ini disampaikan kepada pemegang akaun di bank masing-masing sebelum tarikh tersebut. 

Seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia sebelum ini, mulai 1 Julai 2017, semua transaksi kad pembayaran dalam negara perlu disahkan dengan menggunakan PIN. Pengesahan melalui tandatangan tidak akan lagi diterima mulai tarikh tersebut. - Bank Negara Malaysia,23 Jun 2017.

Adakah anda telah menyahut saranan Bank Negara Malaysia?

Berikut merupakan email yang saya terima kerana saya adalah pemegang kad CIMB Bank.. Tentu rakan-rakan blogger pernah menerima pemberitahuan melalui email seumpama ini.

 

MENGAPA PERLU TUKAR KEPADA PIN?
  
Saya sarankan jangan abaikan mesej tersebut. Mungkin ada yang kata : "Aku tak guna kad debit untuk beli barang." 

Jangan ambil mudah perkara ini kerana mungkin satu hari nanti ketika kita dalam keadaan terdesak, perlu melakukan pembayaran melalui kad debit (menggunakan wang dalam akaun simpanan) atau kad kredit, ketika inilah penggunaan PIN & PAY diperlukan. Contoh menggunakan kad debit untuk  pembayaran bil hospital sewaktu kecemasan ketika tiada wang tunai mencukupi dalam tangan atau membayar kos pembaikan kenderaan yang tiba-tiba rosak. Tak kelam kabut dibuatnya..

Bukan susah pun untuk aktifkan pin kad bank tersebut. Contoh kad kredit CIMB Bank, kita boleh aktifkan kad melalui SMS dengan cara seperti berikut:
 
 

Untuk bank-bank lain, sila layari website bank berkenaan untuk mengetahui cara pengaktifan pin. 

Selain diperlukan ketika membuat pembayaran secara offline, transaksi pembayaran menggunakan PIN & PAY turut diperlukan ketika membuat pembelian secara online. 

Begitulah pesanan khidmat masyarakat yang ingin disampaikan.. 




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,