EASY KIMCHI RECIPE BY MAANGCHI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Hari yang penuh produktif, projek membuat kimchi yang sekian lama tertangguh akhirnya direalisasikan dengan jayanya, syukur alhamdulillah dapat juga menepis sikap M yang melanda.. 

Untuk pengetahuan, saya sememangnya peminat tegar kimchi.. Stock kimchi mesti ada dalam peti ais sepanjang masa. Sebelum ini asyik membeli kimchi di AEON Seremban 2 tetapi bila difikir semula tahap kebersihan dan cara pembuatan, hurrmmm lebih baik buat sendiri puas hati. 


Oleh sebab itu, saya perlu master dalam pembuatan kimchi bagi memastikan stock tidak putus. Okay, pembaca yang pernah mengikuti blog lama mesti sudah tahu bagaimana cara pembuatan kimchi. Kalau sudah tahu, entry ini dikira sebagai entry ulangan. Bagi pembaca yang masih belum tahu, it's okay, saya ulang semula di blog ini. Resepi ini saya belajar dari resepi original Korea iaitu melalui Chef Maangchi.

BAHAN-BAHAN

2 pokok napa cabbage (baechu)
2 inci halia*
5 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang holand*
1 cawan sos ikan*
2 sudu kecil cencaluk (menggantikan sotong)
2 pokok daun bawang
5 pokok daun kucai (buchu)
1 biji lobak merah
1 biji lobak putih
1 pek kecil garam kasar
1/2 cawan tepung beras
1/4 gula perang (brown sugar)
3 cawan air

CARA-CARA :


Potong napa cabbage seperti di atas. Basuh dan rendam dalam air seketika kemudian toskan. Tabur garam kasar di setiap lapisan cabbage dan ketepikan selama 2 jam. Selang 30 minit, olah cabbage dari bawah ke atas dan buang air lebihan yang ada.

Sementara tunggu cabbage diperap, buat porridge kimchi. Masukkan air ke dalam periuk. Didihkan atas api sederhana bersama tepung beras, tutup api dan masukkan gula perang. Kacau hingga gula larut dan tepung tidak berketul. Ketepikan dan tunggu sejuk.

Kemudian, kisar bahan bertanda * iaitu halia, bawang Holland, bawang putih bersama sos ikan.  
Napa cabbage (baechu) Halia Bawang putih Bawang Holland Serbuk cili kasar (chilli flakes) Sos ikan Cencaluk (menggantikan sotong basah) Daun bawang Daun kuchai (buchu) Lobak merah Lobak putih Garam kasar Tepung beras Gula perang (brown sugar) Air

50% Off:


Masukkan bahan kisar ke dalam besen besar. Kemudian masukkan porridge yang telah sejuk bersama cencaluk dan serbuk cili / cili flakes. Kacau hingga sebati dan ketepikan seketika. 


Selepas itu, hiris lobak merah, lobak putih, daun bawang dan daun kucai (buchu). Masukkan bahan yang telah dihiris ke dalam besen besar tadi.

 

Gaul semua bahan hingga sebati seperti gambar di atas. Selepas semua bahan sebati, ketepikan. Bersihkan napa cabbage dengan air bersih dan bilas sebanyak 5 kali bagi memastikan tiada sisa garam dan betul-betul bersih.

 
Napa cabbage yang telah dibersihkan. Tibalah masa untuk mencampurkan cabbage yang telah dibersihkan bersama bahan-bahan lain.

 
Lumur semua bahagian cabbage hingga sekata. Proses ni dilakukan sedikit demi sedikit sehingga habis kesemua cabbage yang ada.

 

Okay inilah hasilnya.. Tekan kimchi supaya padat dalam bekas simpanan. Hasilnya, saya dapat dua bekas kimchi.. Sedia untuk disimpan.

 

Saya akan biarkan proses fermentation dilakukan di luar selama sehari. Apabila jus dari proses fermentation telah keluar, saya akan masukkan ke dalam refrigerator selama 14 hari. Selepas itu barulah boleh dimakan..  Begitulah proses pembuatan kimchi yang sememangnya sangat mudah..

Sesiapa yang tak berapa faham dengan penerangan di atas, boleh tonton video dari Chef Maangchi di YouTube atau layari website beliau : How To Make Kimchi


Okaylah, akak dah penat you all.. Akak berhenti setakat ini sahaja.. Terima kasih sudi mengikuti perkembangan blog ini.. Selamat mencuba!



Sebelum berakhir, akak nak tanya, siapa antara pembaca suka makan kimchi or ada peminat tegar kimchi macam akak? Kongsilah apa-apa pun cerita tentang kimchi, so dapatlah kita sembang-sembang kimchi.. hehehehe

Okay, itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di post akan datang..
Sekian, wasalam..


Regards,